1989 part 4

283 14 0
                                    

Sidang media di Seri Bendahara hari ini menarik ramai para wartawan dari dalam dan luar negeri. Bersesak-sesak wartawan berhimpit-himpit mencari ruang untuk kamera televisyen.

Masing-masing menanti pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim untuk mengumumkan timbalannya.

Ramai pemerhati politik menjangkakan Datuk Rahizan bakal menjadi timbalannya, sekaligus 'proses menghalau' golongan Pro-Imad bermula.

Mereka menanti Perdana Menteri untuk membuat pengumuman.

Beberapa minit kemudian, Perdana Menteri keluar bersama Datuk Rahizan, yang kedua-duanya memakai songkok dan suit hitam, seperti baru pulang dari Istana Negara.

"Assalamualaikum, semua," Perdana Menteri mula memegang rostrum. Latar belakang jata negara Gelanggayu, menunjukkan pengumuman penting bakal diumumkan.

"Hari ni, ada dua perkara yang nak saya umumkan. Pertama, selepas bertemu dengan Baginda Sultan Gelanggayu, Sultan Aminul Rasyid Jalaluddin Syah al-Daulah, baginda telah memperkenankan perlantikan Datuk Rahizan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru."

Pancaran cahaya kamera berpancaran ke muka Datuk Seri Azmi dan Datuk Rahizan, yang tersenyum lebar depan kamera.

"Sehubungan dengan itu, sekiranya saya berada di luar negara atau bercuti, Datuk Rahizan yang akan memangku jawatan saya."

Datuk Rahizan tidak dapat menahan senyumannya saat Datuk Seri Azmi melafazkan ayat itu.

"Dipersilakan, Datuk Rahizan, untuk bercakap sepatah dua," Datuk Seri Azmi berundur dan Datuk Rahizan mara ke rostrum.

"Assalamualaikum, kepada semua para media yang hadir, saya dengan ini bersyukur ke atas hadrat Ilahi, dan merafak sembah terima kasih atas perkenan Paduka Baginda Sultan, ke atas perlantikan saya selaku Timbalan Perdana Menteri. Saya juga berterima kasih, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim, atas perlantikan ini. Saya berjanji, atas perlantikan ini, saya akan terus memikul amanah ini dengan sebaiknya. Seterusnya, jemput Perdana Menteri, untuk kembali ke rostrum, untuk pengumuman kedua."

"Pengumuman kedua, ialah berkenaan ibu negara baru Gelanggayu, yang akan mula dibina pada tahun hadapan. Selepas empat tahun kita dalam proses timbang kira, dan penilaian dari segi ekonomi, strategik dan pelbagai sudut dari jangka panjang, jemaah Kabinet telah bersetuju, bahawa tapak ibu negara baru Gelanggayu, yang diberi nama Kota Warisan, akan didirikan berhampiran pekan Padang Tinggi, dan fasa pertama dijangka siap pada tahun 2000. Kerja meratakan tanah akan bermula tidak lama lagi."

--

"Datuk Seri Azmi telah bertindak dengan adil dalam hal ini, dia bagi Jeneral, Rahizan. Tapi dalam hal projek ibu negara, dia bagi Tengku Norman. Rasanya both sides pun ada yang tak puas hati, but kalau daddy dalam situasi Azmi sekarang, daddy pun akan buat macam tu," kata Datuk Hamdi yang berbincang dengan anaknya, Shahrizal.

"So, what is our next move?" tanya Shahrizal.
"Dari apa yang daddy baca right now, Jeneral nak kita align dengan Rahizan. Tapi bukan sekarang. Right now, Rahizan baru nak bina coalition dia. Kita carry on je jadi pembangkang, until the tide has turn. Then, kita boleh buat move kita."
"Tak boleh ke kita buat move dulu? Takkan semua benda kita kena tunggu Jeneral?" tanya Shahrizal.
"Son, dalam hal ni, gajah sama gajah bergaduh, kita yang kancil ni jangan ada kat tengah-tengah. Buat masa ni, kita dapat dana pun dari Jeneral. Kalau kita salah langkah, bahaya. We better be careful. Both are not easily forgiving."

--

Datuk Seri Abdullah menonton sidang media secara langsung melalui TV di katil wadnya.

"Well, there goes my billion dollar project, gone by the wind," Datuk Abdullah menggenggam tangannya, marah.
"Daddy, sabar."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now