2000 part 6

210 12 0
                                    

Aku ikut Claudia yang mengajak aku pergi clubbing di Espanada, pusat clubbing yang baru buka di Wijayapura.

Lagu bingit dengan bass kuat dari party music berkumandang sampai aku tak dengar apa Claudia cakap.

"You tak pernah pergi ke sini?"
"Sorry, what?"
"Tak pernah ke sini ke?"
"No, not my type of music."
"You should."

Lagu Don't Call Me Baby dari Madison Avenue dan Freestyler dari Bomfunk MC berkumandang. Aku tau pun sebab aku tengok di hujung skrin ada tertulis tajuk lagu dan penyanyi.

"You drink?" tanya Claudia.
"Sure."
"Nak minum apa?"
"Teh o beng."

Claudia mencekak pinggang.

"Give me Harper and this fella martini."

Bising betul tempat ni, sampai aku tak boleh nak berfikir.

Tengah aku nak berborak je, tiba-tiba Tengku Ahmad lalu tepi aku.

"Hi, rapist."
"Arsonist."
"Ye ke? Cermin diri tu sikit bro. Justice For 26," Tengku Ahmad kenyit mata ke aku.

Aku teguk martini aku, sebelum aku capai kolar baju dia, dan aku bagi shot penumbuk kat muka dia.

Pengawal dia dah tolak aku ke tepi.

"Ooo, main kasar ye kau?" kata Tengku Ahmad.

Tengok, keliling dia semua tunjuk pistol kat tepi poket.

"Hidung aku berdarah, sial. Ni macam mana nak settle ni, Alan?" kata Tengku Ahmad.

"Nak saya pukul dia ke, bos?"

Dia cuma angkat tangan saja.

"Kau ingat aku ke yang bakar studio radio tu? Woi, bodoh. Aku kat luar Gelanggayu masa tu. Dan walaupun aku ni kaki togok arak, kaki seks, aku bukan kaki bunuh orang la bro. Apatah lagi rogol orang..."

"Tak payah nak tipu aku!"
"Beb, takde manfaat pun aku nak tipu kau. Buat pengetahuan kau, pembunuh Hanis tu, kau kenal sangat dengan dia. Tapi bila kau tau, kau akan terkejut," Tengku Ahmad terus gerak.
"Siapa?"
"Hekeleh, kata James Bond. Apasal tanya aku pulak? Lagi satu, kes kau tumbuk aku ni, semua orang saksi tau. Satu hari nanti, kau akan dapat balik. Sekarang aku takde mood nak tumbuk orang, haha! Chow, rapist."

Tangan aku menggenggam menahan marah. Dia memang sengaja nak bakar kemarahan aku.

--

Aku terus keluar dari clubbing ni. Sini bukan tempat aku.

"Kenapa you tumbuk dia?" tanya Claudia.
"Bad blood. Something happened."
"Well, you can tell me?"
"In 1989, I was a year one at Wijayapura University. There was a girl, her name was Hanis."
"Was?"
"She died because somebody burned our studio. And she was trapped in it."
"And you think it was him?" tanya Claudia.
"Yep."
"Kenapa?"
"Hanis was his girlfriend. Tengku Ahmad ni playboy, so Hanis ni one of his sugarbabies lah."
"I can see that."
"But Hanis fall in love with me. Since then, we have secret relationship. But when he finds out, Hanis get bruise at her eyes. Which Hanis cakap, dia yang tumbuk."

Claudia buat muka geram.

"Then one day, studio terbakar while Hanis trapped inside. I suspect it was him who did it."
"You have any proof?"
"I don't."

Claudia cuma diam sahaja.

"You tau tak, ni tempat favorite I kat Wijayapura ni, and because of you, I mungkin tak boleh masuk lagi until further notice?"
"Hey, you yang ajak I, okay?"
"Well, yeah? I takde pun ajak you buat Fight Club kat dalam tu?"
"Sorry."
"It's okay lah. Wijayapura's clubbing scene is lame anyway. Temasik lagi cool. No kerabats and al-Daulah things. The coolest republic in Nusantara," kata Claudia.
"Sorry, again."
"I'm not in the mood nak clubbing. Jom jalan," kata Claudia.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now