1994 part 4

218 9 1
                                    

Azlan

Keesokan harinya, aku datang ke Wijaya TV, dan tunggu sampai waktu lunch, bila Adilah turun untuk keluar dari office.

Aku nampak bekas musuh aku, Harry anak Datuk Mubin datang membawa sejambak bunga. And by the time Adilah tiba berhampiran kereta aku, aku dengar suara Harry merayu pada Adilah.

"Tolonglah bagi chance kat I, sekali je kita keluar, please!"
"Tak nak!"

Jadi, aku pakai cermin mata gelap aku dan keluar dari kereta.

"Dila, masuk dalam kereta."

Adilah kelihatan terkejut, kemudian dia berjalan ke tepi.

"Ooh, kau lagi, Azlan?" kata Harry.
"Ya, apahal?"
"Kau tak sudah-sudah kacau aku, kan?"
"Bila masa aku kacau kau?"

Melihat kereta aku naik ni ada 200 orang je dalam dunia yang mampu pakai, dia berundur.

Adilah masuk dalam kereta.

"Hari tu awak pakai kereta lain, ni kereta lain pulak?"
"Oh, kereta tu dah rosak. Awak nak ke mana ni?"
"Saya nak ke Seri Bendahara, ada sidang media Datuk Seri Azmi."
"Saya pun nak ke sana, sekali lah."

Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi Ibrahim hari ini ada sidang media mingguannya, berkenaan isu semasa. Aku pula nak ke Seri Bendahara untuk jumpa dengan Bang Iz.

"Hafiz bila balik dari Barbados?"
"Lagi dua hari. Dia sibuk sekarang ni ikut delegasi Gelanggayu mempromosi Sukan Komanwel."
"Jarang nampak dia balik rumah dah. Kejap pergi Bangladesh, hari tu pergi India, lepas tu Sri Lanka, lepas tu Maldives, ni pergi Barbados pulak. Sibuk sangat."
"Begitulah," jawab Adilah, pendek.
"Bukan apa, kalau sibuk sangat, nanti dia lupa awak pula."
"Tak, dia tak lupa saya. Dia call je saya setiap malam."
"Walaupun kat Barbados? Tak mahal ke call?"
"Tak tahulah saya. Awak buat apa kat sini?"
"Ada urusan dengan Tengku Ariffin. Lepas tu nak ke Seri Bendahara. Kebetulan awak lalu. Kita singgah makan dulu? Press conference pukul berapa?"

Adilah belek begnya, dan kemudian tengok pada sekeping kertas.

"Jam 2 petang."
"Sekarang baru pukul 12. Kita lunch dulu, sebelum saya hantar awak ke sana."

Macam biasa, aku bawa dia ke St. Pierre.

"Kalau awak ajak saya makan kat sini, saya tak nak."
"Kenapa?"
"Mahal sangat."
"Saya belanja."
"Tak nak. Kalau macam tu, saya naik teksi je ke Seri Bendahara."
"Habis tu, awak nak makan apa?"
"Boleh tak awak ajak saya makan kat warung je? Restoran mamak ke? Nasi campur ke?"

Adilah memeluk tubuh.

"Tak suka makan kat sini?"
"Saya rasa tak selesa. Dan saya tak faham dengan tindak tanduk awak sejak dua menjak ni, Azlan."
"Apa yang awak tak faham?"
"Hantar saya bunga, belanja restoran mahal, belikan perfume. Tolonglah, saya anggap awak ni kawan saya."
"Adilah..."
"Azlan, saya dah bertunang. Dan tunang saya ialah kawan baik awak. Tolong hormat sikit hubungan kami. Kalau awak rasa awak boleh beli saya dengan kereta awak, restoran mewah, perfume mahal, saya rasa awak tak kenal siapa saya."

Peh, macam tu dia tembak aku?

"Saya pergi dulu. Terima kasih sebab selamatkan saya dari si Harry tu, tapi sekarang, saya kena selamatkan diri saya dari awak pulak."

Adilah terus jalan menonong tinggalkan aku. Terkebil-kebil aku dibuatnya. Macam ni je dia buat aku?

Tak boleh jadi. Best man win, dan adalah amat hina aku kalah macam ni dengan Hafiz yang bawak kereta tin susu!

Sedangkan bini orang pun boleh dirampas, apatah lagi tunang. Cheh!

--

Natasha

Sidang DewanWhere stories live. Discover now