1985 part 2

914 24 1
                                    

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Azmi Ibrahim melancarkan kereta nasional pertama negara Gelanggayu, JENTAYU. JENTAYU, atau nama sebenarnya Jentera Gelanggayu merupakan kerjasama Gelanggayu dengan sebuah syarikat negara Ryukyu.

Kereta ini berharga 12,000 ringgit di atas jalan.

--

Azlan

Aku tutup televisyen selepas jam sudah melewati pukul 10 malam. Aku terus melangkah ke bilik untuk tidur, sambil membuka radio menanti mata untuk lelap.

Lagu Everybody Wants To Rules The World dari kumpulan Tears For Fears berkumandang. Aku memikirkan kata-kata Pengetua tadi.

Apa perancangan Pengetua, apa helahnya? Apa kait mengait aku dengan ayah yang selalu dia kata rugi kerana mengikut emosi diri.

Tapi aku kena selalu persoal, sebab mempersoal tu adalah penting untuk kau tidak mengikut orang tanpa membabi buta.

Tidurlah, esok pagi nak kena kejar bas lagi.

Jam 6:00 pagi, jam loceng di rumah aku berbunyi. Sedang aku bangun sahaja, aku nampak ibu aku sedang kelam-kabut untuk ke tempat kerja.

Aziz, abang aku, masih menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Gelanggayu (SPG) dan bekerja di sebuah kedai makanan segera, KFC di Seksyen 16, Puncak Jaya.

"Azlan, maafkan ibu. Hari ni ibu tak sempat nak hantar kat stesen bas, Azlan pergi sendiri, ok?"

Aku hanya mengangguk kepala. Dah biasa.

Aku berjalan kaki dalam gelap pekat jam 6:30 pagi dengan bersedia pisau di kocek. Bukan apa, selalu kalau di stesen kereta api, akan ada abang taiko yang mengugut budak sekolah duit belanjanya.

Tapi aku takde pulak selalu kena apa-apa pulak. Tapi bersedia sahajalah.

Aku kemudiannya menaiki bas dari stesen Seksyen 14 Puncak Jaya, ke stesen bas berhampiran sekolah.

Aku tiba di sekolah selalunya ngam-ngam sebelum loceng sekolah berbunyi. Tapi selalu juga aku terlambat sebab kereta api di kawasan rumah aku ni, bukannya boleh diharap sangat.

--

Pintu kelas diketuk.

"Azlan bin Muhammad Niat?"

Nama aku dipanggil.

Aku nampak beberapa pelajar lain dipanggil sedang beratur macam itik serati, membawa beg sekali. Aku diminta untuk menukar ke kelas baru, atas arahan Pengetua.

Jadi, terdapat 15 orang dalam satu kelas, tak ramai orang macam kelas biasa.

Aku pun mengikutlah belakang yang berjalan tu, dan aku nampak Luqman melambai-lambai pada aku.

Aku membalas lambaian tersebut sebab pesan Pengetua. Aku pun tak tau kenapa aku kena rapat dengan budak ni, tapi kelas ini tercipta sebab dia, jadi aku kena dengar cakap dia.

Cikgu kelas aku, Cikgu Rozita adalah cikgu Geografi dalam kelas aku, sedang memperkenalkan diri dan menerangkan kenapa kelas baru ni dibuat.

Kiranya 15 daripada kami ini dipilih berdasarkan keputusan ujian bulanan Geografi, Sejarah dan Ekonomi yang paling cemerlang, dan menjadi pioneer project Pengetua untuk membentuk para diplomat atau para menteri pada masa hadapan.

Tapi aneh, kenapa budak jiran sebelah yang aku rasa agak bijak tu tak dimasukkan ke dalam kelas ni? Ni mesti Pengetua tak nak aku satu kelas dengan budak tu.

"Azlan..." kata Luqman, berbisik pada aku.
"Hmm..."
"Kau free tak habis sekolah?"
"Kenapa?"
"Jom la, kita pergi Paragon Mall. Aku nak tengok wayang. Back To The Future."

Sidang DewanWhere stories live. Discover now