Datuk Syafie mendapat banyak manfaat dari Pengetua, tapi dia main dua kolam. Dia juga ada hubungan dengan Sayap Kuning.

Ini kerana background korporatnya yang memerlukan untuk dia mencari jalan selamat, dan menentang keluarga al-Daulah bukanlah jalan selamat di Gelanggayu.

Pengetua ada kabel antarabangsa, lain cerita. Bukan semua boleh peluk-peluk dengan Henry Kissinger dan panggil Presiden Reagan sekadar 'Ron' macam Pengetua.

Pakcik kepada Datuk Syafie, Datuk Seri Imad bin Salleh merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Imad merupakan juga merupakan Timbalan Presiden Parti Persekutuan dan Ahli Parlimen Tanjung Emas, pusat perdagangan utama Wijayapura.

Nama pun Tanjung Emas, macam mana dia punya kaya tu.

Imad bersaing dengan Naib Presiden Parti Persekutuan, Datuk Rahizan Abu Talib, Menteri Pendidikan.

Sejak perjanjian Freemason Hall antara Pengetua dan Tengku Norman pada tahun 1981, mereka berdua akan berada dalam situasi 'détente' atau gencatan senjata politik, dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Azmi sebagai orang tengah yang neutral antara Pengetua dan Tengku Norman.

Datuk Seri Imad terbaca surat Azlan, merasakan projek aero angkasa di negeri Melaut, bakal membantu merancakkan ekonomi, sekaligus menewaskan gerakan GMM.

Tetapi surat itu akan tiba ke Datuk Rahizan selaku Menteri Pendidikan.

Datuk Rahizan, seperti diketahui umum, berpihak dengan Pengetua. Dan apabila Azlan menghantar surat itu, Datuk Seri Imad nampak seperti Pengetua sedang 'groom' Azlan untuk misi utamanya.

Datuk Seri Imad, menyuruh Datuk Syafie I'zzat, dan 'pantau' budak bernama Azlan ni.

"Budak ni, Sayap Kuning tengah perhatikan," kata Datuk Imad, kepada Datuk Syafie I'zzat.
"Kenapa?" tanya Datuk Syafie.
"Baca kitab Sayyid Muluk."
"Budak ni ke bakal jatuhkan kerajaan al-Daulah macam Sayyid Muluk cakapkan tu?"
"Mungkin. Sebab tu kena perhatikan budak ni elok-elok," kata Datuk Imad.

--

Keesokan harinya, Azlan dan Natasha berjalan berdua berpimpin tangan selepas menonton filem Pretty In Pink di pawagam.

Sedang berjalan, tiba-tiba ada dua orang yang cuba merompak Azlan dan Natasha.

"Wang atau nyawa?"

Azlan ketawa. Dia tahu dirinya selamat dan ada orang di keliling sedang melindunginya. Orang-orang Pengetua.

"Atau," jawab Azlan, sarkastik.
"Kau kenal tak kitorang ni siapa?"
"Patutnya kau yang tanya, aku ni siapa?" kata Azlan.

Kejap lagi, Ali keluar dari tepi lorong bawa botol beer.

"Wei, Lan! Pe cerita lu?"

Natasha terkejut melihat Ali datang memeluk Azlan.

"Ada apa hal? Nak pow dia ni ke? Dia ni, member boss aku. Kau pow dia, besok aku kirim kain kapan kat rumah kampung kau. Faham?" Ali tarik baju dua budak tu.

Kedua-dua budak tu ketakutan dan lari tak cukup tanah. Brader Ali memang terkenal kesadisannya.

"Pe cerita ni, Alan?"
"Budak-budak baru nak belajar mengepow, kau apa cerita, Li?"

Ali mengetuk rokok, kemudian bakar.

"Rokok?" Ali hulur pada kepada Azlan. Azlan capai rokok dan bakar.
"Hi, errr, thanks tau pasal tadi," kata Natasha.
"Takde hal, beb. Makwe Alan pun masuk dalam protection program. Kau jangan bimbang. Weh, korang lapar tak?"

Natasha mengangguk lapar.

"Berminat tak, makan dim sum Kwantung?" kata Ali. Mendengar betapa exoticnya nama tu, Natasha jadi kecur air liur.

Sidang DewanWhere stories live. Discover now