Extra : Just (Du-it) - 3

89 6 5
                                    

"I've told you!"

Safuan tutup kedua-dua telinganya dengan menggunakan tapak tangan, tidak mahu mendengar bebelan Salleh yang hampir naik satu oktaf itu.

"I've told you, it'll flew away! But you didn't even bother to listen!"

Cadangan Safuan untuk mengeringkan lapik kaki yang basah itu di atas bumbung kereta tidak berjalan dengan lancar. Sekarang, lapik kaki getah yang diletakkan di atas bumbung kereta itu sudah ghaib sesampainya mereka di destinasi - Sedili Waterfront. Dan kini, Salleh masih tidak berhenti membebel. Siap guna Bahasa Inggeris sepenuhnya lagi.

"Dah, dah. Bawa bertenang. Rasanya ada je tercicir di mana-mana tu. Ikut je jalan balik tadi. Nanti jumpalah," kata Andi, memberi solusi.

"Hm. Betul juga," kata Syam. "Kami pergi cari lapik tu dulu ya."

"Okey. Lagipun barang semua dah bawa keluar, kan?" Salleh pandang ke arah Andi.

"Ada ni ha. Telur ni nak kena rebus dulu. Rasanya dah boleh kupas kot bila mereka jumpa benda tu." Plastik di tangan ditunjukkan.

(...)

Pintu bilik diketuk. Salleh berhenti mengupas telur yang siap direbus menggunakan cerek elektrik lalu bangun dari kerusi. Pintu bilik dibuka.

"Oh, Bray! Masuklah. Kenapa tak beritahu nak datang sini?"

"Saja je. Kan awak kata nak tolong Syam bisnes. Saja datang nak tengok, alang-alang dah ada dekat sini." Bray menjenguk ke dalam bilik. "Syam dengan Safuan, mana?"

"Er..."

(...)

"Hm. Lembap lagilah."

Safuan mengutip lapik kaki yang berada di tengah-tengah jalan itu. Agak lama juga menunggu jalan itu lengang sebelum dia mengambilnya. Diteliti seketika pelapik itu, memeriksa kekotoran tanpa diundang. Tiada.

"Sekurang-kurangnya dah jumpa balik. Syukurlah," gumam Safuan lagi sambil hela nafas. Dia kemudian melintas jalan, menuju ke arah kereta, di mana Syam sedang menunggu di tepi.

"Benda ni tak kering lagilah. Kita letak balik di bumbung, nak?"

Syam terus peluk tubuh, matanya merenung tajam Safuan. "Apa dia?"

"Okey. Tak letak." Safuan terus masuk ke dalam kereta, membawa lapik kaki itu bersamanya.

(...)

"Kasihannya..."

Bray angguk. "Ya. Memang kasihan. Nampak benar tak jamah apa-apa langsung sebelum mula meniaga."

"Memang nampak sangat eksploitasi kanak-kanak di situ. Nanti saya beritahu Hana terus."

Bray membisu. Gitar Salleh di tepi katil direnung. Corak rama-rama berwarna ungu itu kelihatan harmoni pada permukaan gitar berwarna coklat oak itu.

"Salleh."

"Hm?"

"Kenapa gitar awak ada gambar rama-rama warna ungu?"

"Oh. Itu. Adalah," kata Salleh sambil senyum. Sepaket lada sulah diambil lalu dimasukkan ke dalam telur rebus hancur itu.

"Ada sebab ke?"

"Tak semua kembar berjalan seiringan. Ada masanya, salah satunya akan tumbuh sayap dan terbang ke langit."

"Ha?" Bray melopong, gagal memahami.

"Tu simbol yang ada di wad neonatal di hospital luar negara. Saja je nak guna," jelas Salleh. "Tanda bayi-bayi yang kematian kembarnya semasa kelahiran."

"Oh..." Bray angguk.

Pintu bilik tiba-tiba diketuk. Andi yang sedang menyiapkan inti sandwic sardin tanpa goreng terus berhenti seketika, berjalan menuju ke arah pintu dan membukanya.

"Lama juga kamu berdua cari benda tu."

"Memanglah. Di tengah-tengah jalan benda tu tercicir," kata Syam sambil menjeling ke arah Safuan di belakang. Mereka berdua melangkah masuk. "Eh, Bray? Apa kau buat di sini?"

(...)

"Eh? Boleh jual di pameran buku tu ke?" Safuan bertanya. "Kalau tak silap penganjur tak bagi jual makanan, kan?"

Bray angguk. "Ada tanya Abang Raz tadi. Dia kata boleh. Tapi waktu malam je, sebab kafe tutup awal."

"Ha. Baguslah. Kita pecah dua kumpulan. Biar kami jual di sini, awak pula tolong jual di pameran buku sana. Nanti kita jumpa, kira balik untung rugi," cadang Salleh.

"Boleh juga." Bray pandang Safuan. "Kau pergi jual di pameran buku tu. Biar aku jaga sini pula."

"Uh... Habis, macam mana nak angkut sandwic ni?" soal Safuan.

"Teleport."

Safuan tenung Bray. Lama.

"Hisy. Kan kereta aku yang korang pinjam tadi. Bukannya banyak sangat nak bawa pun. Lagipun, manalah tahu kau kotorkan pelapik lagi... Yalah, macam tadi."

Safuan terus sengih.

(...)

Malam menjelang. Angin bertiup lembut membawa bau air laut. Ada beberapa orang berjalan-jalan di tepi pantai. Ada juga yang berkelah di pantai yang disinari lampu limpah itu.

Meja batu yang paling hampir dengan pantai sudah dipenuhi dengan bungkusan sandwic telur dan sardin. Kedudukan meja batu itu agak jauh dari deretan gerai yang memang sedia ada di situ, maka agak ramai juga pengunjung pantai yang membeli sandwic mereka itu.

Salleh tidak turut serta dalam urusan jual beli sandwic, sebaliknya dia mengangkut gitarnya bersama. Dia mula busking tidak jauh dari meja batu itu. Sempat juga dia menyanyi dua tiga lagu. Mahu tarik perhatian pemgunjunglah kiranya.

"Boleh tahan juga larisnya. Mungkin sebab letak harga RM2 je," kata Bray sambil membelek-belek bungkusan sandwic sardin itu.

"Yalah. Kalau beli sandwic yang sama jenis di kedai, yang paling murah pun kena tambah 50 sen dari harga sandwic ni," kata Andi sambil mengira wang di dalam tabung di atas ribanya.

"Dah tu, kenapa tak letak harga sama dengan kedai je?"

"Ada tengok resit? Kos bahan agak murah. Takkanlah nak selari dengan harga kedai. Jangan lupa pasal roti."

"Roti? Oh." Bray garu kepalanya sambil sengih. Lupa pula dia pada tarikh luput roti itu.

Salleh menghampiri Andi lalu meletakkan gitarnya di tepi meja.

"Aku nak ke tandas kejap. Tiba-tiba je perut ni memulas."

"Pergilah," kata Andi. "Saya tolong tengokkan gitar awak ni."

"Thanks!" Salleh terus berlari ke arah tandas yang terletak berhampiran deretan gerai di tepi pantai itu.

"Kejap. Mana Syam?" Andi pandang sekeliling pantai, baru sahaja menyedari kehilangan lelaki itu.

"Dia kata nak beli air tadi. Haus."

"Oh. Okey."

(...)

Syam, yang sedang dalam perjalanan kembali ke meja batu sambil minum sebotol jus blueberry yang dibeli di gerai tidak jauh dari situ, berhenti seketika di hadapan sekumpulan belia yang baru sahaja selesai busking. Nampaknya mereka sedang mengemas peralatan masing-masing. Alat muzik milik seorang gadis direnung lama. Matanya tiba-tiba bersinar kekaguman.

Dengan segera dia menghampiri gadis itu...

-TBC 😉-

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now