9 (3)

139 14 13
                                    

Adegan kejar-mengejar itu disaksikan sendiri oleh seorang lelaki yang baru sahaja keluar dari Aeon Baiduri itu. Dia tidak turut serta, sebaliknya berlari ke arah jejantas yang merentangi jalan di hadapan bangunan pusat membeli-belah itu.

Nampak sahaja peragut itu masuk ke simpang u-turn, lelaki itu senyum sinis, lalu mengeluarkan sesuatu yang diselit di pinggangnya...

(...)

Zel bagaikan kaku di tengah jalan apabila mendengar hon kereta itu.  Terasa bagai nyawanya di hujung tanduk.

Tiba-tiba sahaja ada daya menarik Zel ke pembahagi jalan, mengelakkannya dari dilanggar kereta itu. Kedua-duanya terjatuh di atas rumput di pembahagi jalan itu.

"Tch. Kau ni... Boleh pulak kau duduk diam kat sana tadi?"

Zel tersentak mendengar gaya percakapan yang rendah mendatar itu. Dia pandang lelaki yang selamatkan dia itu. Lelaki itu mengibas rumput kering yang melekat di pakaiannya.

"Nasib baik aku sempat. Kalau tak... Tak tahulah nak kata apa," bebelnya lagi. Dia pandang Zel yang membatu di sebelahnya, merenungnya tanpa berkelip. "Apa?"

Zel tiba-tiba memeluk lelaki itu. "Tiba-tiba aku rindu kau, Malik!"

"Woi! Apa ni! Lepaslah!"

(...)

Peragut itu memecut laju, cuba meninggalkan kawasan kejadian. Sebaik sahaja dia melepasi jejantas yang merentang jalan berhadapan Aeon Baiduri itu, dia tiba-tiba pengsan dek terkena sesuatu tepat di tengkuknya dan terus terbabas masuk ke dalam parit besar di tepi jalan.

Lelaki di atas jejantas itu hanya senyum merenung hasil kerjanya. "Mission complete," gumamnya perlahan. Pistol yang digunakannya dibelek-belek.

(...)

Salleh berlari mendapatkan dua rakannya yang berada di pembahagi jalan itu. Lupa terus dia pada peragut durjana itu.

"Wei! Korang okey tak?"

"Tak," kata Malik, meronta.

"Eh?" Salleh tersedar sesuatu dari nada suara lelaki itu - Malik sudah ambil alih. Dan Zel, frienemy Malik, sedang memeluknya erat.

"Ini rare." Salleh sengih.

Menyedari reaksi Salleh itu, Zel terus lepaskan pelukannya.

"Sorry, sorry."

"Buang tabiat ke apa minah ni?" Malik mencemuh, terus bangun dari atas rumput. Zel yang buat muka kasihan dipandang dingin. "Bangun sendiri!"

"Yalah, yalah!"

Kereta yang hampir berlanggar dengan Zel tadi berhenti di bahu jalan. Pemandu kereta itu - seorang lelaki berbangsa Cina - keluar dan berjalan menghampiri mereka.

"Kamu berdua tak apa-apa?" Lelaki Cina itu bertanya risau. "Nak saya hantarkan kamu berdua ke klinik?"

"Tak, kami okey. Jangan risau," kata Zel, membersihkan seluarnya yang sedikit kotor.

"Kenapa adik kejar peragut tengah jalan? Bahaya tu!"

Peragut? Sekejap. Ah ya! Peragut tu!

Mereka bertiga baru sahaja menyedari yang peragut itu terbabas masuk parit. Orang ramai mula berkerumun di tepi parit besar itu.

"Uncle, kami pergi sana kejap, ya!" Zel berkata lalu melintas jalan, menuju ke arah parit itu. Malik dan Salleh mengikuti dari belakang.

Uncle? Pun bolehh! Lelaki Cina itu sengih sendiri. Secebis kertas dan sebatang pen dikeluarkan dari saku, lalu dia mencatatkan sesuatu di atasnya.

"Adik, tunggu!" Panggil lelaki Cina itu sambil mengejar Malik dari belakang. Malik berhenti seketika, menoleh ke arah lelaki itu. Kertas tertulis nombor telefon itu dihulur.

"Kalau ada apa-apa nanti, contact saya, ya," kata lelaki Cina itu.

Kertas itu diambil. "Okey," kata Malik perlahan lalu sambung berjalan.

Lelaki Cina itu melintas jalan, masuk semula ke dalam keretanya. Telefonnya berdering di saat enjin dihidupkan.

"Hello, ada apa?"

"Tuan Alex, saksi kes pancung di kedai runcit semalam sudah sedarkan diri," kata seseorang di hujung talian.

(...)

Zel berhenti melangkah apabila ternampak seorang lelaki menuruni tangga jejantas tidak jauh dari parit itu. Matanya tidak lepas dari merenung benda di tangan lelaki itu.

Zel terus selongkar begnya. Tiada. Dia pandang ke arah lelaki itu pula.

"Macam mana kau dapat benda tu?"

Aron sengih. Tippmann TiPX milik Zel - yang digunakan untuk menembak peragut itu tadi - dibelek-belek. "Magis!"

"Pulangkan balik la!" Zel cuba merampas semula pistol paintballnya namun gagal. Aron meliuk-liuk menghalang Zel dari mengambil semula pistol itu. Macam tangkap belut pula gayanya.

"Apa yang korang discuss tadi, ye? Boleh I tahu?"

"Bukan hal kaulah!"

"Okey! Selagi tak beritahu, I tak nak pulangkan balik barang you ni," kata Aron, menjelirkan lidah, lalu melarikan diri. Sekejap sahaja dia sudah hilang dari pandangan.

"DASAR MAMBANG! Siap kau nanti aku kerjakan!" Jeritan Zel menarik perhatian beberapa orang yang berada di tepi parit itu. Malik dan Salleh yang memerhati sejak tadi hanya diam.

"Kenapa pelik benar perangai mamat tu?"

"Er... Sebab... Tu bukan Syam. Bukan Erzen juga."

"Memanglah. Tengok gaya pun aku dah agak. Siapa tu?"

"Tu... Aron. Aron Raiz."

"Aron Raiz? Dekat-dekat dengan Aaron Aziz..."

Salleh garu kepala. Bagaimana nak jelaskan pada si Malik ni?

(...)

Petang. Suasana panas membahang. Membara. Begitu juga hati Zel yang kehilangan senjata kesayangannya dek dibawa lari 'mambang jamban'.

Ikan bilis di dalam lesung itu ditumbuk lumat selumat-lumatnya. Hana dan Nina yang turut membantu Puan Zaidah menyediakan bahan masakan memerhati dari jauh.

"Zel, rasanya dah cukup lumat tu..." Hana berkata perlahan.

"Tak. Belum lagi."

"Kuat la awak tumbuk. Sampai ke ruang tamu bunyinya," kata Nina. Zel menjeling ke arah Nina. Nina cepat-cepat bangun dari atas meja, membasuh batang sayur kangkung yang siap dipotong.

Zel sambung menumbuk ikan bilis dalam lesung itu, giginya diketap kuat.

"Kalau aku dapat mambang tu, aku smackdown dia sampai lumat, lepas tu siat-siat dia, BAGI JAWS MAKAN!"

KRAK!

Lesung itu terbelah dua. Zel terkedu, tidak menyangka tumbukannya sekuat itu.

"Wah, marah sungguh ni. Sampai terbelah lesung," kata Nina perlahan. "Ni, siapa nak ganti ni?"

Zel diam.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now