5 (1)

145 11 4
                                    

"Awak okey?"

"Awak rasa?"

"Dah tu, yang gatal-gatal cari pasal sampai melempengkan diri tu, siapa suruh?"

Salleh yang masih tertiarap, tidak bergerak di atas pasir pantai itu hanya mendecit.

"Eh, Zel macam mana?"

Andi yang mencangkung di sisi Salleh itu menoleh ke arah Zel yang kini duduk di bangku batu bersama Hana dan yang lain. Nampaknya Zel sudah pulih sedikit dari OOC yang dialaminya itu.

"Awak rasa?" Andi tanya semula.

"Ceh. Kita tanya dia, dia tanya kita balik."

Andi sengih, membantu Salleh bangun. Salleh berdiri, mengaduh kesakitan, kedua belah tangannya memegang pinggang yang masih terasa sakit impak dismackdown Zel tadi. Dia pandang Zel. Terus tersenyum dibuatnya.

"Heh. Kira berbaloilah jadi lempeng tadi," kata Salleh.

(...)

"Eh, serius?" Salleh tanya.

Safuan angguk.

"Dia... Nak fly... Oversea... Sambung belajar?"

Safuan angguk lagi sekali.

Salleh pandang Syam yang berjalan ke arah mereka, di tangannya ada sebotol air mineral yang dibeli di kedai berhampiran.

"Eh, kamu serius ke ni?" Salleh terus tanya tuan empunya badan sebaik sahaja dia duduk di sebelah Salleh.

"Serius pasal apa?" Syam tanya, kabur dengan soalan itu.

"Alah, pasal kau nak sambung belajar tu la," kata Safuan.

"Oh. Yalah. Betullah tu."

"Eh, tak ada masalah ke ni nanti?" Salleh bertanya, ragu-ragu.

Syam sengih. "Tak ada masalahlah."

Salleh pandang Syam, lama. "Saya tak cakap pasal awak. Saya cakap pasal 'mereka'."

Syam terus bungkam.

(...)

"Hana."

"Ya?" Hana pandang Bray yang berada di sebelahnya. Mereka berada di hadapan kedai menjual buah-buahan potong.

"Boleh tak awak cerita, apa sebenarnya yang buatkan Zel jadi begitu?"

"Maksud awak?" Hana ambil dua plastik berisi jambu batu potong di dalam peti sejuk di hadapannya.

"Yalah. Rasanya ni first time saya nampak Aron kena bedal dengan perempuan." Bray sengih. "Tak pernah-pernah jadi macam tu selama dia wujud."

Hana membisu seketika. Berfikir. Matanya memandang sekilas ke arah Syam yang berada tidak jauh dari mereka, berbual dengan Salleh dan Safuan. Zel juga ada di situ, sudah okey, dan sedang berbual dengan Andi. Lega dapat lepas geram pada Salleh tadi agaknya.

"Satu lagi, apa benda 'pensel' tu?" Bray bertanya Hana yang mula senyum melihat keadaan Zel yang tidak semurung tadi.

"Hm? Awak nak tahu?"

Bray angguk.

"Pasal Zel... Minta telefon awak kejap," kata Hana. Bray keluarkan telefon bimbit dari saku seluarnya, menyerahkannya kepada Hana. Dia menelefon telefonnya sendiri menggunakan telefon bimbit Bray sebelum memulangkannya semula.

"Tengah malam ni, saya beritahu melalui mesej. Pastikan telefon ni sentiasa dengan kamu. Dan seperkara lagi..." Hana pandang sekilas ke arah Syam. "Jangan beritahu Syam. Boleh tak?"

Bray angguk. Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam saku.

"Ah ya. Pasal 'pensel' tu, itu kod sebenarnya. Sebab kami berempat ni bukannya kenal sangat dengan dia. Jadi, untuk elakkan kekeliruan, kami buat kod nama, khas untuk dia tu," kata Hana sambil menunding ke arah Syam.

"Kod?"

Hana angguk. "Pensel, pedang, pistol. Awak fikirlah sendiri," kata Hana.

Pensel, pedang, pistol? Bray berfikir. Oh ya! Betullah! Bray tepuk tangan sekali. Baru sahaja dia mahu buka mulut, Hana beri isyarat supaya dia diam.

(...)

"Tipu!" Suara Andi ternaik satu oktaf apabila mendengar berita itu.

"Tak. Tak tipu," kata Salleh.

"Tapi, awak sendiri cakap yang dia..." Andi terus menunding ke arah Syam yang kini berada di antara mereka berdua.

Salleh angkat bahu. "Tanya dia sendiri."

Safuan yang mendengar sejak tadi cuit bahu Salleh. "Apahal kawan kau tu?"

Salleh bisik ke telinga Safuan. Safuan tersentak. "Serius?"

Salleh angguk.

"Siapa roommate dia?"

Salleh tunding diri sendiri. "Dua tahun. Kau hado?"

"Gigih kau tahan menghadap dia, ya?"

Salleh sengih. "Aku kawan baik dia sejak sekolah menengah lagilah. Setakat dua tahun duduk sebilik tu, tak ada masalah. Walaupun... Banyak jugalah bala yang dia terjemput tanpa sedar." Salleh terus teringat semua perkara pelik-pelik yang dia hadapi apabila Andi 'hilang' sepanjang belajar di KST. Daripada sekecil-kecil hal anak ayam merayap di pantri KBJ, sehinggalah seteruk-teruk kes pencawang elektrik utama KST terbakar dan sebabkan seluruh kolej terputus bekalan elektrik selama dua hari - mujurlah pihak kolej tidak dapat jumpa siapa punya angkara.

Safuan terus diam.

Andi pandang Syam. Syam pandang Andi. Tiba-tiba terasa awkward. Mereka terus pandang depan, ke arah laut. Lama mereka berdua membisu.

"Awak... Berani."

"Eh? Mana ada berani?"

"Beranilah tu. Saya sambung belajar dalam negara pun takut kalau-kalau jadi benda pelik-pelik. Awak tu... Pergi luar negara tu. Kalau orang normal pun boleh homesick, awak pula..." kata Andi sambil topang dagu.

Syam terus tertawa.

"Eh, dia gelak pula."

"Tak adalah. Saya tak berani pun. Takut, adalah."

Andi terus pandang Syam. "Takut dengan diri sendiri, kan?"

Syam angguk sekali.

"Hm. Faham sangat rasa tu." Andi pandang semula ke arah laut.

Suasana kembali sepi untuk seketika. Masing-masing menghayati bunyi deru ombak yang menghempas pantai.

"Er... Boleh saya tanya?"

"Hm?" Andi pandang Syam. "Tanya apa?"

"Macam mana awak tahu pasal 'masalah' awak tu?"

"Macam mana?" Andi pandang semula ke arah laut. "Jumpa doktor la."

"Ceh. Lain ditanya, lain pula dijawabnya."

"Lah. Saya salah jawab ke?"

Salleh dan Safuan yang mendengar sejak tadi terus ketawa.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now