Extra : Tragedi (Tart)

168 9 14
                                    

*Ini cerpen random. Latar masa, di antara '17 (2)' dan '18 (1)'. Saja je tulis huhuhuhu 😅


"Kak Hana."

"Kenapa, Laily?"

Tupperware berisi tart ditunjuk. Separuh daripada isinya sudah hilang.

"Tart hilang. Tikus makan."

"Tikus?"

"Tikus besar kepala hitam."

(...)

Bunyi ombak menghempas pantai kedengaran dari tempat Laily berdiri. Laily berdiri menghadap pantai itu, sebelum berpusing, berjalan ke arah deretan kedai di tepi pantai itu.

Dia berhenti di hadapan kedai menjual buah-buahan potong. Peti sejuk berisi buah-buahan itu direnung lama.

"Adik, nak beli?" Seorang gadis - jurujual di gerai itu - menegur.

Laily pandang ke arah gadis itu. Tangannya menunding ke arah salah satu plastik berisi buah-buahan di dalam peti sejuk itu.

"Itu... Boleh dimakan begitu sahaja?"

Jurujual itu melihat ke arah yang ditunjukkan Laily, kemudian dia sengih.

"Ya."

"Tipulah!"

"Nak cuba?"

Laily tenung gadis itu. Rasa was-was menyelubungi hatinya.

(...)

"Ha, macam tu la buat kulit tart," kata Hana, melihat adunan kulit tart siap diletakkan ke dalam acuan. Zel dan Laily yang memerhati mengangguk.

"Kak Hana, nak tanya," kata Laily.

"Apa dia, ya?"

"Tart ni, tak kisah kan nak letak inti apa, kan?"

Hana senyum. "Dia macam karipaplah. Terpeluang nak letak inti apa. Kulit ni sama je cara buatnya, tak kiralah intinya manis atau savouri. Kenapa tanya?"

Laily keluarkan satu bekas kecil dari dalam begnya di atas meja. Dia tunjukkan bekas itu kepada Hana.

"Ingat nak cuba benda ni buat inti tart. Boleh, kan?"

Hana dan Zel renung bekas di tangan Laily itu.

(...)

Pameran buku berlangsung untuk hari terakhir. Reruai pempamer kini kurang sesak dengan kehadiran manusia. Yalah, sudah tengah hari. Laily dan Hana berjalan membawa satu tupperware besar berisi tart keju blueberry yang dibuat malam tadi, sementara Zel mencari tempat untuk meletak kereta di ruang parkir.

"Banyak duit nak buat semua ni," kata Laily.

"Apa salahnya. Hari ini hari terakhir pameran buku. Apa salahnya kita cuba-cuba meniaga, kan?"

Laily renung bekas berisi tart di tangannya itu. "Kak Hana tahu, kan, ada tart inti lain dalam ni?"

Hana tertawa kecil mendengar kata-kata Laily. "Akak dah asingkanlah. Inti yang awak beri tu, cukup buat isi tiga biji je. Hm... Tak payah letak keju pun. Ada dalam plastik dalam tupperware tu."

Laily angguk.

"Akak tak terfikir pula awak guna benda tu buat inti," kata Hana sambil ketawa perlahan.

Laily kekal muka tanpa perasaannya. Sesekali dia mengintai tart di dalam tupperware itu.

"Wah, besarnya tupperware! Bawa apa tu?" Satu suara menegur mereka. Hana menoleh ke arah tuan empunya suara.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now