4 (1)

142 11 14
                                    

Zel belek-belek pistol paintball jenis Tippmann TiPX di hadapannya. Kagum. Azlin yang sedang membersihkan paintball markernya hanya sengih.

"Tak pernah tengok pistol paintball ke?"

Zel menggeleng. "Zel nak jugak. Benda ni lagi senang nak angkut daripada benda tu," katanya sambil menunding ke arah paintball marker di tangan Azlin itu.

"Nak?"

Zel mengangguk.

"Tapi kan, akak rasa awak tak perlukan benda tulah."

"Ala. Kenapa pula?"

Azlin pasang semula paintball marker yang dibersihkan itu sehingga menjadi senapang. "Kenapa, awak tanya? Bila kita main game 'scenario', awak main posisi apa?"

"Sniper."

"Posisi akak?"

"Tank."

"Ha. Tulah sebabnya. Buat apa sniper nak ada pistol extra, kan? Kalau tank, tak apalah."

Zel mencebik. Azlin hanya ketawa.

(...)

Langit pagi itu cerah seperti biasa. Lelaki Cina itu berdiri tidak berganjak di hadapan rumah usang itu. Kali ini, tiada sesiapa pun yang berada di dalam rumah itu.

"Kalau datang siang, rumah ni memang nampak macam rumah tinggal, kan."

Lelaki itu tersentak lalu menoleh ke sebelahnya. Seorang remaja perempuan serba hitam dengan selendang terlilit di leher berdiri tegak di situ. Matanya melilau ke sekitar rumah di hadapan mereka itu.

"Hisy, kamu ni, Laily. Terkejut saya. Teleport ke apa?" Lelaki itu merungut.

"Hm. Seorang lagi fikir saya boleh teleport," kata Laily, tidak puas hati.

"Dah tu, tiba-tiba ada di sebelah. Tadi tak ada pun."

Laily hela nafas. Dia menoleh ke arah lelaki Cina itu.

"Sia-sia saja En. Alex datang ke sini pada waktu begini. Mereka dah gerak sejam lepas."

"Saya tahu. Sebab itulah saya datang sini sekarang."

Laily kehairanan mendengar jawapan itu.

(...)

"Zel?"

"Mhmm."

"Dah tengah hari ni. Bangunlah."

"Tak nak."

Hana dan Nina saling berpandangan. Mereka kemudian pandang Zel yang berselubung di atas katil. Zel hanya begini jika dia terlalu murung.

Bila fikir balik, hal semalam memang cukup untuk buat dia alami depressi.

"Ni, tart keju blueberry semalam ada lebih. Nak tak?"

"Awak berdua makan sajalah."

Hana dan Nina sedikit terkejut mendengar jawapan Zel, kemudian mereka sama-sama mengeluh lemah.

Kalau sampai ke tahap tak mahu tart keju blueberry...

Ya. Zel alami depressi.

Hana terus ambil telefon bimbitnya di atas meja. Mungkin dua rakannya yang stayback di KBJ itu boleh tolong.

(...)

Telefon bimbit Salleh di atas meja berbunyi. Salleh mengambilnya, melihat skrin. Ada mesej baru.

SOS! Zel OOC! - Hana

"Zel OOC?" Salleh kerut dahi. Andi yang baru keluar tandas terkejut mendengarnya.

"OOC, Out Of Character. Kenapa dengan Zel?"

"Mesti pasal semalam."

"Kenapa semalam?"

Salleh terdiam. Yalah, Andi mana tahu apa yang dah jadi.

"Nanti aku beritahu," kata Salleh, membalas mesej Hana, bertanyakan lokasinya sekarang ini.

Laju sahaja balasan mesej sampai.

"Alamak. Jauhlah pulak! Macam mana nak pergi ni?" Salleh menggumam.

Tiba-tiba telefon Salleh berdering. Nama 'Kakak' terpamer di skrin. Salleh terus menjawab panggilan itu. Wajah Salleh terus bertukar teruja selepas panggilan ditamatkan.

"Andi, cepat kemas beg. Kak Shila ajak kita holiday! Dekat pula tu hotelnya dengan rumah makciknya Hana dengan Zel! Yeay!"

Andi hanya tenung Salleh yang terlompat-lompat gembira sambil buat muka blur.

(...)

Adam berdiri di tepi stesen minyak itu, sesekali melihat botol-botol di dalam raga. Tiada sesiapa pun yang mahu membeli barang jualannya hari ini.

"Awak masih di sini?"

Adam tersentak. Matanya tertancap di dinding stesen minyak di belakangnya. Laily berpeluk tubuh, bersandar di situ. Bila masa entah remaja serba hitam itu berada berhampirannya.

"Awak memang tak mahu keluar dari 'situ', ya?"

"Akak... Akak tak faham. Walid kata, ini satu-satunya cara untuk selamatkan..."

"Adik, kalau ikutkan, tempat adik belajar tu patutnya dah ditutup dua tahun lepas, ya," kata Laily dingin. "Nampak sangat mak ayah awak tak alert pasal ni masa hantar awak ke sana."

Adam terkejut. "Tutup? Akak tipu!"

"Kalau begitu, beritahu akak, apa yang awak belajar sepanjang berada di 'situ'?"

Adam bungkam. Betul juga. Sejak dia mendaftar masuk, apa yang diajar hanyalah cara-cara berniaga. Langsung tiada kena mengena dengan tujuan asal dia ke 'situ'.

"Sebab itulah akak suruh kamu keluar. Pergi ke pusat tahfiz bertauliah. Faham?"

Laily terus berlalu pergi, menghilang di sebalik pokok. Adam masih lagi diam, berdiri kaku di situ.

(...)

Gitar yang diambil di tepi lokar diusap perlahan. Sudah lama dia tidak bermain gitar. Sibuk dengan tugasanlah, katakan.

"Salleh, awak nak bawa benda tu sekali?" Andi bertanya sambil zip beg sandangnya. Salleh mengangguk.

"Dah lama tak busking. Lesen seniman jalanan pun tak check, valid lagi tak," kata Salleh, meletakkan gitar di sisinya lalu memeriksa kad lesen seniman jalanan yang diperolehi sewaktu mendaftar di pejabat Majlis Bandaraya tahun lepas. Tarikh luput dilihat. Ada lagi setahun.

"Valid lagi. Bolehlah kalau nak busking lagi," kata Salleh sambil sengih, menyimpan semula kad itu ke dalam dompetnya.

"Lesen seniman jalanan tu, bukan ke terpakai di sini je?"

"Memanglah. Aku bawa gitar ni, bukan sebab nak busking pun," kata Salleh. Dia berfikir seketika. "Eh, bagus juga idea tu. Dapat duit lebih sikit..."

Gitar di sisi kemudian diambil, lalu dilaraskan sedikit. Melodi mudah dimainkan.

"🎼Satu, terima kasihku
Dua, jagalah dirimu
Tiga, hapuskan diriku
Moga, bahagia selalu...🎵"

Telefon Salleh berbunyi. Salleh mencebik. "Kacaulah," bebelnya perlahan. Dia melihat skrin. Salleh kemudian bangun, mengambil beg sandangnya. Gitarnya dibawa bersama.

"Jom gerak. Kakak aku dah sampai kat parking lot."

"Okey."

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now