16 (3)

112 10 8
                                    

Bunyi menandakan mesej WhatsApp masuk kedengaran dari telefon bimbit Zel. Dengan segera Zel membaca mesej baru dalam group PCK 2.0 itu.

Syam hilang! - Salleh.

"Zel, tengok apa di telefon tu?" Hana yang baru sahaja masuk ke bilik menegur.

"Oh. Salleh hantar..." Zel tenung semula mesej itu. Dahinya berkerut.

'🚫 This message was deleted.'

Mata Zel mengecil. Rasa curiga membuak di hati.

(...)

"Adeh! Nasib baik sempat padam. Janganlah ada sesiapa baca."

"Kau ni. Ada ke patut pos dalam group?" Bray mengkritik. Salleh hanya sengih.

"Aku cari di area sini. Kau pula naik tingkat satu. Cuba check kedai manisan, bakeri dengan butik pakaian berjenama. Mungkin dia di sana."

"Okey!"

Mereka berdua membawa haluan masing-masing, berlari anak sambil mencari.

(...)

Langkah Bray terhenti di kawasan taman permainan dalam bangunan Plaza Iskandar. Telinganya menangkap perbualan kanak-kanak di situ.

"Kesian kan abang tu. Nangis tak dapat main gelongsor."

Eh?

Bray merapati kumpulan kanak-kanak itu.

"Adik, boleh abang tanya?"

(...)

Salleh termengah-mengah di sekitar kawasan medan selera Plaza Iskandar. Dia berhenti seketika, melepaskan lelah. Plaza Iskandar ini sudahlah luas. Dia kemudian pergi ke kawasan di mana kedai-kedai tenant terletak.

Matanya tertancap ke arah seseorang yang memasuki kedai mainan yang agak besar di tingkat itu.

Itu...

Salleh terus masuk ke situ, mencari di celahan rak mainan-mainan yang banyak di situ. Sempat juga dia melihat tanda harga mainan-mainan itu. Naik takut dibuatnya melihat harga mainan di situ.

"Peh... Harga mainan paling murah di sini cukup untuk aku makan seminggu!" Salleh merungut.

Di hujung rak, penuh dengan patung plushie binatang, kelihatan seseorang duduk di atas lantai, memeluk sebuah patung beruang yang hampir sama tinggi dengannya. Salleh terus menghampiri orang itu.

"Syam? Buat apa kat sini?"

(...)

Telefon Bray berdering di saat Bray selesai berbicara dengan kumpulan kanak-kanak itu. Skrin telefon dilihat.

"Kenapa dengan Salleh ni?"

Panggilan dijawab. Kedengaran Salleh menangis di hujung talian.

"Weih, tolong aku! Bankrap! Bankrap aku! Aku ada RM50 je dalam tangan," kata Salleh, masih teresak-esak.

"Apahal ni?"

"Aku jumpa Syam, dia pergi bedal tulis nama dia pada mainan-mainan dalam kedai ni. Dahlah mahal! Lepas tu tauke kedai tak bagi aku keluar dari sini sampailah aku bayar harga semua mainan yang ada nama dia tu. Apahal dengan dia ha? Tak pernahnya aku tengok dia macam ni..."

Bray terdiam. Sah, 'budak' itu yang muncul.

"Kau di mana? Tunggu aku datang. Syam ada lagi ke di sana?"

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now