2 (1)

282 16 5
                                    

Zel berjalan laju ke arah Hana yang berdiri di bawah pokok di halaman rumah, lalu memegang kedua bahunya. Wajahnya merah menahan amarah, dan basah dengan air mata. Hana masih lagi kekal tenang.

"Awak... Awak patut jadi saksi, tahu! Sebab awak tak nak jadi saksi langsung... Dia... Dia terlepas dari dihukum!"

Wajah Hana berubah tegang.

"Saya yang salah?" Hana bertanya geram.

"Ya! Awak tahu semuanya! Dari awal! Kalau tak, kenapa awak beria-ia ganggu arwah Kak Lin bila dia pergi dating dengan malaun tu sebelum ni? Macam mana awak tahu pasal ladang getah tu?"

Hana membisu, serba salah.

"Semuanya salah awak!"

"Jadi, buat ke, tak buat ke, sama saja hasilnya..." Hana berkata perlahan.

"Huh?"

"Awak tahu, kenapa saya diam je walaupun saya tahu pasal malaun tu?" Hana tunduk merenung tanah. "Sebab kalau saya beritahu pun, tiada sesiapa pun yang akan percaya."

Zel hairan. "Apa... Maksud awak?"

"Saya tahu..." Hana telan air liurnya, tarik nafas sedalam-dalamnya. "...sebab saya nampak apa yang dia fikir."

Zel terdiam. Terkedu.

"Ya, Zel. Saya boleh nampak fikiran orang sejak sedar dari koma, enam bulan lepas. Saya boleh nampak fikiran dia yang kotor tu. Tapi kan, cuba beritahu saya, polis terima tak bukti melalui 'nampak fikiran', ya? Silap-silap saya kena tuduh alami delusi, atau lebih teruk, skizofrenia!"

Tangan Zel di bahu Hana ditolak jatuh.

"Bukan awak saja yang terasa kehilangan, ingat tu."

Hana terus berlalu pergi, meninggalkan Zel diam di situ.

(...)

"Adam, kenapa tak jual habis ni?"

Budak lelaki berserban itu - Adam - tundukkan kepalanya. Di hadapannya berdiri seorang lelaki berserban, tubuhnya besar bagaikan komando tentera, lengkap dengan misai lentik dan janggut sejemput, bercekak pinggang, di wajahnya terpamer amarah. Botol-botol di dalam raga dibelek-belek.

"Semalam pun tak habis. Apa yang kau buat hah? Main-main ya?"

Adam membisu. Tidak berani untuk menjawab pertanyaan lelaki di hadapannya itu.

"Nizam, kenapa ni?" Seorang lelaki dengan wajah lembut, begitu juga gaya bicaranya, berjalan menghampiri lelaki yang sedang memarahi Adam itu.

"Dia ni ha, Walid. Jual tak habis," kata Nizam.

"Tak apa. Meniaga ni ada pasang surutnya," katanya sambil mengusap lembut kepala Adam. "Kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi."

"Wa... Walid... Adam nak... Tanya, boleh?"

"Nak tanya apa?" Senyuman lelaki yang dipanggil 'Walid' itu tidak lekang di bibirnya.

"Kenapa... Kita belum mula kelas tilawah lagi?"

Lelaki itu terdiam.

(...)

Zel hela nafas sambil meletakkan beg di salah satu bilik di rumah ibu saudara mereka itu. Hana hanya sengih melihat reaksi Zel itu.

"Macam manalah boleh tak ingat yang si Nina tu peminat Syam?" Zel membebel perlahan.

Sewaktu sahaja mereka sampai dari KST bersama keluarga masing-masing, Nina, anak Mak Lang mereka, bertanyakan perihal Syam. Cara Nina bertanya pula mengalahkan wartawan yang temuramah mereka sewaktu keluar hutan dahulu. Siap simpan lagi keratan akhbar mereka berenam sesat di hutan hari itu. Kes Exotika.

"Dia ingat kita jumpa Syam masa sesat kat hutan tu, agaknya," kata Hana.

"Oh, ya? Kali pertama kita jumpa dia, dia kena rasuk 'hantu katana'. Siap angkut pedang lagi ke hulu ke hilir. Kali kedua, 'mambang jamban buaya darat' pula rasuk dia. Bila masa pula kita jumpa dia yang betul-betul dia?"

"Saya ada jumpa dia. Di Pusat Kesihatan. Lepas awak terajang dia sampai pengsan."

Zel mencebik. "Tak kelakar, ya."

"Yalah. Kenapa awak panggil 'mereka' hantu dengan mambang pula?"

"La. Kan awak pernah beritahu dulu, orang yang kesedarannya 'pecah' ni, cuma ada dua jenis je. Sama ada dia selalu kena rasuk hantu, atau dia ada split personality. Tak ingat?"

"Jadi, awak declare 'mereka' tu hantu dengan mambanglah ya?" Hana tertawa kecil. Zel peluk tubuh, pandang ke arah lain.

"Hm... Saya tak kisah kalau Nina jumpa Syam masa pameran buku nanti. Saya kisah kalau dia terjumpa 'mambang jamban' tu. Sangat. Sangat. Kisah," kata Zel perlahan.

(...)

"Ha, sampai pun. Ingatkan sesat tadi," kata Syam sambil bercekak pinggang, memandang Bray dan Safuan yang baru sahaja sampai di Hotel Melati yang terletak berhampiran berhampiran Dewan Persada - lokasi pameran buku yang bermula pada hari itu.

Biliknya - yang dikongsi dengan dua lagi abangnya - dan bilik ibu bapanya disewa berasingan, jadi dia ajak sekali Bray dan Safuan ke situ. Boleh juga bercuti. Lagipun, hotel tempat mereka menginap ini dekat dengan pantai.

"Nyaris. Apps Waze bawa kami pergi jirat cina, tahu. Kau rasa?" Bray berkata, meletakkan begnya. "Sampai sini pun pakai Google Maps je. Boleh tahan berbelit juga jalan ke sini."

Syam ketawa.

(...)

"Ala, Zel, bolehlah."

Zel yang sedang menggoreng telur itu buat pekak dengan permintaan Nina.

"Zel, awak kan kenal Syam Syahrul Azmi. Bawalah saya jumpa dia. Please."

Zel pandang wajah Nina, tajam.

"Sekali lagi kau sebut nama tu, aku tepek muka kau dengan sudip panas ni. Diamlah! Dari sejam lepas nama tu je aku dengar dari mulut kau! Nama lain, tak ada ke?"

Nina mencebik. Dia terus duduk di meja makan. "Ada lauk, tak nak makan. Sibuk nak goreng telur."

Hana yang mendengar hanya sengih. "Nina, kan Zel alah dengan kerang. Tersentuh sikit je dah gatal. Mak Lang masak apa? Kerang goreng sambal, kan."

"Ha-ah la. Lupa." Nina tepuk dahi.

"Kalau nak jumpa sangat Syam tu, pergi sajalah Ahad nanti. Ada sesi bertemu peminat hari tu," kata Hana.

"Esok kan Ahad?"

"Ahad lagi satu. Ahad ni fan-meet untuk kartunis," kata Hana. "Kemain semangat lagi nak jumpa idola, ya?"

Nina senyum teruja.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now