10 (4)

132 10 9
                                    

Suasana medan selera Arena lengang, mungkin kerana baru lepas Asar. Pada waktu begini, medan selera memang tidak ramai orang. Kalau ada yang datang membeli makanan pun, selalunya untuk dibawa pulang.

Komputer riba dibawa keluar dari beg dan diletakkan di atas meja. Butang 'on' ditekan. Logo Windows terpapar di skrin.

"Awak kata awak tak bawa laptop?" Hana bertanya Bray yang membawa komputer riba itu.

"Ha-ah."

"Habis tu, laptop siapa kau rembat ni?" Zel pula bertanya.

"Rembat?" Bray sengih. "Tu, tuannya duduk hujung sana tu ha." Bray menunding ke arah seorang lelaki yang sedang minum air Milo di meja hujung medan selera itu. Wajah Hana dan Zel berkerut sebaik sahaja mereka cam siapa gerangan yang sedang perhatikan mereka itu.

"Kenapa-dia-ada-dekat-sini?" Zel bertanya dengan giginya diketap, merenung Bray yang tersengih-sengih.

"Er... Hana, kamu kata, nak transfer benda masuk pendrive, kan?" Bray cuba alih topik.

Kedua-dua gadis itu merenung tajam Bray. Menuntut penjelasan. Bray garu kepalanya yang tidak gatal, kekal tersengih.

"Dia... Dia pun nak join juga..."

"Tak boleh."

"Tapi..."

"No!" Zel berkata tegas.

"Dengarlah dulu..." Bray berkata kesal. Dahi Hana berkerut. Mulutnya tiba-tiba menggumam sesuatu yang tidak kedengaran.

"Zel, kita bagi je la dia join," kata Hana perlahan.

"Apa? Kenapa?" Zel membantah.

"Ingat kejadian pagi tadi? Yang budak tahfiz kena langgar van tu?"

Zel terdiam. Bray tersentak.

"Kamu berdua pun ada di sana?" Bray terus bertanya.

"Ada. Tapi tak dapat pergi pun. Bila dapat ke sana, budak tu dah tak ada di tempat kejadian. Polis pula baru sampai." kata Zel, berpeluk tubuh. "Kebetulan pula, masa tu kami baru balik dari kedai dobi."

"Mereka berdua yang hantarkan budak tu ke hospital, naik kereta," kata Hana perlahan. "Mereka ni pun baru selesai cuci darah dalam kereta tu. Datang sini pun naik bas."

Zel separa ternganga mendengar kata-kata Hana itu.

"Dan budak tu, macam mana?"

Hana menggeleng. Zel tekup mulutnya dengan sebelah tangan.

(...)

Fail berlabel 'Nour Iman' terbuka di atas meja. Foto Nizam dibawa keluar.

"Yep. Dia," kata Laily.

Tuan Alex mengangguk lalu masukkan semula foto itu ke dalam fail. Dia pandang wajah Laily yang kekal tiada emosi itu. Dia perasan sesuatu. Wajah Laily pucat.

"Kamu okey tak ni?"

"Okey saja, En. Alex. Kenapa bahagian encik belum mula lagi?"

Tuan Alex rapatkan jari-jemarinya ke bawah bibirnya. "Itulah masalahnya. Mereka macam tahu-tahu saja plan saya tu. Tiada walau seorang pun pelajar tahfiz kelihatan hari ini. Mungkin sebab mereka terkesan dengan laporan berita semalam."

"Habis tu, Adam ada je di stesen minyak tu..."

"Yang itu, saya tak pasti. Mungkin rakan-rakannya dibawa lari dan dia sempat terlepas. Mungkinlah. Kalau tak, apa dia buat seorang diri di stesen minyak tu? Barang jualan pun tiada dengan dia. Kenapa Nizam ni cuba tangkap budak ni?"

Laily membisu.

"Sudahlah. Kamu baliklah, ya. Rehat. Biar pihak saya yang uruskan hal ini. Nanti saya minta pegawai saya hantarkan kamu pulang, ya."

"Terima kasih, tapi saya boleh balik sendiri. En. Alex tak perlu risau," kata Laily perlahan, tunduk sedikit tanda hormat, lalu keluar dari pejabat Tuan Alex.

(...)

Nero bersandar di dinding tepi koridor menghadap pejabat Tuan Alex, bagaikan menunggu Laily di situ. Laily hanya tenung sahaja lelaki bercermin mata, berbeanie serupa telinga kucing dan berpakaian serba biru di hadapannya itu.

Sebotol kecil 100Plus Active dihulurkan kepada Laily. Laily renung botol dan Nero bersilih ganti, kemudian mengambil botol itu.

"Hm... Sekejap. Saya bayar balik."

Laily seluk beg silangnya lalu membawa keluar sepaket lozeng berubat khusus untuk sakit tekak. Diberi terus lozeng itu kepada Nero.

"Terima kasih," kata Laily sebelum keluar dari Unit Gerakan Khas ibu pejabat polis itu.

Nero kaku di situ, hanya renung lozeng pemberian Laily di tangannya itu.

(...)

Inspektor Razlan berdiri di hadapan rumah banglo usang itu. Dia lihat sekeliling rumah. Tidak terurus.

Alamat terakhir Nizam, mengikut rekod, adalah di sini. Banglo ini. Rumah yang tiada rupa rumah ini.

"Betul ke alamat ni?"

"Betul, tuan," kata pegawai bawahannya, meneliti maklumat di tangannya.

"Macam rumah tinggal," kata Inspektor Razlan perlahan. "Tak ada rupa institut tahfiz pun."

Pintu pagar ditolak. Terbuka. Inspektor Razlan melangkah masuk. Baru sahaja lima langkah, kedengaran bunyi letupan kuat di bahagian dapur.

Dek terkejut, Inspektor Razlan jatuh terduduk. Api marak mula kelihatan di bahagian dapur rumah itu.

"Cepat! Hubungi bomba!"

"Baik, tuan!"

(...)

Tuan Alex merenung ke luar tingkap pejabatnya. Dia baru sahaja mendapat berita letupan di banglo usang yang selalu dia perhatikan itu. Mujurlah api dapat dikawal dan tiada sesiapa yang cedera.

"Mereka lebih cepat dari yang saya sangka," gumamnya perlahan.

Pintu pejabat diketuk tiga kali.

"Masuk."

Pintu terkuak sedikit. Kepala Nero terjenguk. Dahi Tuan Alex berkerut seketika.

"Ada apa, Nero?"

Kedua tangan Nero bergerak laju.

'Saya rasa, Tuan mesti nak tengok benda ni.'

(...)

Malam. Hujan turun renyai-renyai membasahi bumi. Langit gelap. Tiada lampu di sekitar kawasan itu.

Seorang remaja, kedua tangannya dibasahi darah, berdiri di tepi sebuah lubang yang besar, sedang merenung ke dalamnya. Wajahnya kosong, namun hatinya galau. Hampa, takut dan marah bercampur aduk.

Ini tidak sepatutnya berlaku.

Walaupun... Jiwa manusia yang sedang dilihatnya itu hitam segelap arang, semua ini tidak sepatutnya berlaku.

Matanya melirik ke arah jasad manusia yang dibasahi darah di dalam lubang itu. Beberapa batang besi yang sedia berceracak di dalam lubang itu menembusi badan manusia yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya itu.

"Semua ni... Dah berakhir.

Bukankah... Itu sesuatu yang bagus?

Tapi...

Kenapa...

Saya rasa...

Kosong?"

Remaja itu terus rebah di tepi lubang besar itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now