12 (1)

112 12 1
                                    

Remaja itu tenung pen berwarna hitam di tangannya. Dia kemudian pandang ke arah seorang gadis yang tersenyum manis, sedang duduk di sebelahnya di bangku itu, menghadap padang.

"Buat susah-susah je bagi pen ni, Mak Su. Mahal, kan?"

Gadis itu mengusap kepala remaja itu, lembut.

"Tak apa. Lagipun, Mak Su dapat diskaun beli benda tu. Yalah, tempat kerja Mak Su memang supply benda-benda macam ni."

Pen hitam itu dibelek-belek lagi. Dia kemudian memulas batang pen itu. Pen itu terbelah dua, di bahagian terbelah itu ada port USB. Sekali pandang bahagian yang terpisah itu berupa pemacu pena silinder. Disambung semula pen itu. Manual dari dalam kotak pen dikeluarkan, lalu dibaca.

"Hm... Sekali cas tahan 4 jam. Model baru ke ni?"

"Ya. Ini spypen model terbaru. Sekali pandang macam pen biasa, kan?"

Remaja itu sengih. "Terima kasih, Mak Su!"

"Sama-sama. Semoga benda ni bermanfaat untuk kamu." Kepala remaja itu diusap lagi.

(...)

Hana renung ruang chat kumpulan PCK 2.0 dalam aplikasi Whatsapp telefon bimbitnya. Jam di dinding direnung. Sudah hampir satu pagi. Dia pandang pula ke arah Zel yang duduk menghadapnya. Masih belum tidur walaupun berselubung selimut. Nina? Jangan ditanya keadaannya.

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Dan hari ini, sesuatu yang besar bakal berlaku.

Setiap maklumat yang diperolehi Hana melalui 'tengok fikiran' lelaki yang merempuhnya beberapa jam lepas sudah diberitahu melalui kumpulan itu.

"Tak sangka, polis yang ambil report kita boleh gelakkan kita pula bila beritahu pasal tu," rungut Zel, merebahkan diri ke atas tilam nipis yang siap dibentang di atas lantai.

Beberapa jam lepas, mereka pergi membuat laporan polis berkenaan maklumat yang diperolehi Hana itu. Namun, respon yang diperolehi daripada pegawai polis itu sangat menghampakan. Seolah-olah mereka sedang bercanda. Siap menafikan penglibatan Haji Johan Hafez lagi dalam hal ini. Yalah, mudir pusat tahfiz, kan.

Hana hanya membisu. Mengerti reaksi Zel itu.

"Sekarang, baru faham apa yang awak rasa. Rasa nak beritahu kebenaran, tapi tiada orang percaya. Apa orang barat gelar... Cassandra truth?"

Hana pandang ke arah Zel yang terbaring di sebelahnya.

"Ya. Cassandra truth. Lagi-lagi, bila sumbernya pun tidak dapat disahihkan," kata Hana perlahan.

"Habis tu, dia macam mana?" Zel bertanya.

"Tak nampak rancangan dia. Kemungkinan besar, dilepaskan selepas segalanya selesai."

"Boleh percaya ke?"

"Entah," kata Hana dengan nada risau.

(...)

Nero merenung skrin komputer di hadapannya. Dia menggeliat seketika, menggosok matanya yang sedikit mengantuk. Air koko panas di dalam mug dihirup perlahan. Jarinya bergerak pantas menekan papan kekunci, menaip arahan.

Dia perasan ada sesuatu yang tidak kena pada peta yang terpapar di hadapannya. Salah satu daripada enam bintik putih di peta itu sudah hilang beberapa jam yang lalu.

"Bagaimana, Nero?"

Nero pusingkan kerusinya menghadap Tuan Alex. Tangannya bergerak-gerak dengan pantas, menyatakan sesuatu.

'Lepas saya kesan lokasi terakhir dia, benarkan saya tidur!'

Tuan Alex melihat jam di tangannya. Hampir 2 pagi.

"Baru jam 2 pagi. Dah mengantuk?"

Nero mendengus. Tangannya bergerak lagi.

'Tuan sudah lupa, saya berada di sini sejak bila? Malam semalam saya tak tidur sebab nak jejak 'mereka', tahu? Lagipun, apa saya nak jawab dengan mak saya nanti? Dia tak tahu pasal semua ni!'

"Jangan risau pasal mak awak tu. Saya dah cover. Nanti saya hantarkan awak pulang. Tapi, pastikan awak jumpa dia yang hilang tu," kata Tuan Alex sambil sengih.

Bip! Bip!

Nero pusingkan kerusinya menghadap komputer itu. Tuan Alex pula menghampiri Nero. Lokasi terakhir bintik yang hilang itu akhirnya dapat dikesan. Dan...

"Eh? Tempat ni..."

(...)

Dua biji bulu tangkis yang sudah diubahsuai dipasang pada kaki dron berwarna putih di atas meja. Sambungan itu dilihat dengan teliti. Muat-muat sahaja kepala bulu tangkis itu dengan silinder lompong yang dikimpalkan di bahagian kaki dron tersebut.

"Siap."

Alat kawalan jauh diambil, lalu dron itu diuji. Dron itu mula terbang, semakin lama semakin tinggi. Tahu-tahu sudah mencecah siling gudang.

"Hm. Stabil." Dia menggumam perlahan sambil senyum.

"Bagaimana, Sufian?"

Lelaki itu tersentak lalu menoleh ke arah tuan empunya suara. Hampir-hampir dia hilang kawalan terhadap dronnya.

"Walid, terkejut saya."

Walid senyum sendiri. Dron yang terapung diperhati.

"Jadi, kamu mahu cuba lagi guna cara ini?"

Sufian senyum. "Ya. Yang ini nampak stabil. Harapnya kesan dari yang ini lebih baik dari yang 'itu'."

Walid hanya senyum, memerhatikan sahaja dron itu diturunkan dengan berhati-hati.

"Mana Nizam?"

Sufian yang berjaya mendaratkan dron itu terus memadamkannya. Dia menyimpan dron itu ke dalam sebuah kotak polisterin, dengan penuh berhati-hati.

"Dia pergi 'sana'. Nak siapkan layar."

Walid mengangguk.

(...)

Bray, awak kena stay di Hotel Melati siang nanti. Jaga-jaga kalau ada dron berbulu terbang di luar. - Hana

Bray merenung mesej dari Hana di kumpulan PCK 2.0 itu. Sesekali dia pandang ke arah Datin Baizura yang sedang menangis, cuba ditenangkan Dato' Azmi.

"Dron... Berbulu?" Bray menggumam sendiri.

"Ha, dah dapat contact Syam?" Raz tiba-tiba menegur. Terjungkit bahu Bray dibuatnya.

"Tak. Masuk voicemail terus. Telefon dia off agaknya."

Raz berjalan ke kerusi lalu duduk, nafasnya dihela lemah. Telefon bimbitnya direnung.

"Mana pula dia ni pergi?" Raz menggumam perlahan.

Bunyi mesej Whatsapp berbunyi. Bray periksa mesej. Dari Hana lagi. Bray membalas, bertanya sesuatu. Usai membaca balasan soalannya, dia menghampiri Raz.

"Abang Raz, boleh minta tolong satu benda tak?"

(...)

Laily terjaga dari lena. Segera dia bangun, berpaling ke kiri dan berbuat sesuatu seakan meludah tiga kali. Peluh dingin merenik di dahi.

Mimpinya bercampur aduk. Dia tidak mengerti langsung apa yang berlaku dalam mimpinya itu. Namun, dia ingat semua yang berlaku dalam mimpinya itu.

Hutan. Gudang terbiar. Seorang gadis berlari bagaikan dikejar sesuatu. Tapak pembinaan. Pisau belati yang berdarah. Mayat seorang lelaki dalam lubang. Wad hospital. Adam dilanggar van. Lelaki berserban dan berjubah putih, tersenyum tenang. Lelaki berhoodie hitam dengan hud ternaik, sebatang pen yang berlumuran darah berada di tangan kanannya.

"Ya ALLAH! Apa semua ini?" Laily meraup wajahnya, cuba menenangkan diri. Jam di atas meja dilihat.

4.30 pagi.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now