Extra : Raksasa (Poket)

126 8 4
                                    

Ya. Ini satu lagi cerpen random. Er... Tak. Certot. Sambungan dari '9 (3)'. 😅


Zel berjalan menelusuri celahan rak kedai runcit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah ibu saudaranya. Dia pergi ke sana ditemani Darwish, adik Nina. Nina dan Hana pula tinggal di rumah, sambung membantu menyediakan juadah.

Yalah, dia dengan jayanya terpecahkan lesung ibu saudaranya. Mahu tidak mahu, terpaksalah ganti. Darwish yang masih bersekolah rendah inilah yang tolong tunjukkan jalan.

"Hah, ada pun," kata Zel selepas agak lama mencari. Di bahagian alatan dapur, di hujung rak, bahagian bawah, kelihatan beberapa biji set lesung batu tersusun di situ. Agak tersorok. Hampir-hampir Zel terlepas pandang tadi.

Zel terus ambil satu set yang saiznya lebih kurang dengan lesung yang dipecahkannya tadi, lalu dibawa ke kaunter pembayaran. Kelibat Darwish dicari. Tiada.

"Mana pulalah perginya budak ni," rungut Zel. Dia tinggalkan lesung dan pergi ke ruang makanan ringan. Tiada. Dia pergi pula ke ruang mainan.

Darwish tercatuk di situ, tersengih-sengih. Sekotak kad trading Pokemon berada di tangannya.

"Kak Zel, boleh pinjam seringgit tak?"

Zel kerut dahi. Ada lagi ke budak-budak main trading card game lagi sekarang ni? Kalau aplikasi permainan Pokemon Go, lainlah cerita.

"Ala kak, bolehlah..." Darwish merayu.

Bungkusan kad itu diambil lalu dibawa ke kaunter. "Akak belanja. Upah teman akak."

Darwish tersenyum. Teruja.

"Terima kasih, Kak Zel!"

Zel hanya senyum.

(...)

"Alahai... Makin bertambahlah kad ni," rungut Nina sebaik sahaja melihat Darwish mengeluarkan isi kandungan kotak kad Pokemon di atas lantai di beranda. Hanya dia sahaja di situ. Kanak-kanak yang lain, sibuk dengan rancangan kartun di televisyen, atau permainan di telefon bimbit dan tablet.

"Darwish tahu main ke?" Zel bertanya.

"Tak. Dia kumpul je. Dah banyak koleksi dia di bilik. Tak tahu nak buat apa," kata Nina.

"Hm. Ni dah ada..." Kedengaran suara Darwish merungut sambil memegang sekeping kad dari longgokan kad di atas lantai.

"Kad apa?" Nina bertanya. Darwish hanya diam sambil menyuakan kad itu kepadanya.

Nina sedikit terkejut.

"Kenapa?"

"Bagi kejap," kata Nina. Kad bertukar tangan. Nina tunjukkan kad itu kepada Zel.

Mata Zel membulat sebelum mula ketawa terbahak-bahak. Tawanya sangat kuat hinggakan semua kanak-kanak mengalihkan tumpuan mereka kepada Zel.

(...)

Eh, seriuslah. 😱 - Salleh.

Serius. Bukan main lagi Zel ketawa. 😂 - Hana.

Bray yang membaca mesej dalam kumpulan WhatsApp 'PCK 2.0' sejak tadi masih tidak dapat tangkap apa halnya. Yalah, dia baru sahaja online.

Apa ceritanya ni? 😕 - Bray

Kejap. Saya pos gambar. - Hana

Di saat gambar dipos, Bray juga turut sengih. Syam yang baru selesai mandi kehairanan melihat gelagat kawan baiknya itu

"Kenapa?"

Bray terus ketawa. Dia kemudian tunjukkan foto yang dihantar Hana.

"Er..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now