Extra : Just (Du-it) - 1

110 9 3
                                    

*Sila baca insiden di hotel di '9 (4)' untuk kefahaman maksimum. 😂 *

Dua lelaki itu termagu-magu di hadapan hotel. Insiden yang berlaku sejam lepas masih bermain di minda. Insiden yang juga menyebabkan mereka berdua berada di situ sekarang ini.

"Tak cukup RM200 lagi la," kata salah seorang dari mereka, sambil memeriksa jumlah wang yang ada pada mereka buat masa ini. "Mana nak cari RM200 lagi?"

"Entah. Duit aku di bank ada berapa je."

Mereka berdua saling berpandangan. Kata-kata Raz terngiang-ngiang di telinga.

(...)

"Abang tak kira, kamu berdua kena ganti juga TV yang pecah tu."

Raz masih bercekak pinggang, merenung dua lelaki di atas katil yang dengan jayanya menjahanamkan televisyen hotel tanpa sengaja. Dengan menggunakan pistol paintball Tippmann TiPX yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba saja muncul.

"Tapi, kami tak sengaja," betah Safuan.

"Betul. Pistol mainan ni yang muntah peluru," kata Syam pula. Pistol paintball yang masih di tangannya itu ditunjukkan.

"Siapa yang pegang pistol mainan tu tadi, dia yang kena bertanggungjawab! Sengaja atau tak, itu belakang cerita," Raz berkata tegas. Kedua-duanya terus membisu.

"Berapa ringgit nak ganti?" Safuan bertanya perlahan.

"Kejap," kata Raz sambil meneliti kertas yang tersedia di atas kabinet tidak jauh dari televisyen itu. "RM1700. Bayar dalam masa 12 jam. Cukup tak duit?"

"RM1700?"

Syam dan Safuan saling berpandangan. Mereka berdua kemudian pandang ke arah Bray yang masih tidak berganjak di depan tandas tidak jauh dari Raz. Masing-masing merenung Bray dengan penuh harapan.

"Bray..."

Laju sahaja Raz memaut bahu Bray lalu menariknya keluar bilik, meninggalkan mereka berdua termagu-magu. Seketika kemudian, telefon Syam berbunyi. Ada mesej dari Raz.

Kamu berdua usahakan sendiri wang tu kali ni! Jangan sibuk minta Bray cover memanjang. - Raz

"Alo..."

(...)

Kereta milik Bray - yang diberi pinjam selepas puas merayu daripada Raz yang khuatir mereka meminta wang dari rakan mereka itu - diparkir di hadapan sebuah bank. Kedua-dua lelaki itu terus keluar dari perut kereta lalu melangkah masuk ke kawasan di mana mesin-mesin ATM terletak.

Kad ATM dimasukkan ke dalam slot mesin. Butang-butang di atas mesin ditekan. Butang pilihan 'Wang Segera' juga ditekan.

Tiba-tiba sahaja, mesin ATM berbunyi nyaring lalu bahagian atas mesin - yang menempatkan monitor - melantun sedikit ke hadapan. Syam terundur seketika akibat terkejut. Begitu juga Safuan yang sedang menunggu di tepi dinding.

Seketika kemudian, perkataan 'Error' terpapar di skrin mesin ATM itu.

"Eh? Apahal ni?"

Slot kad ATM dilihat. Kad tidak keluar. Ruang pengeluaran wang diperiksa pula. Kosong.

Syam dan Safuan saling berpandangan.

"Aku nak pergi tanya staf bank kejap," kata Syam kemudian, lalu pergi ke arah kaunter pertanyaan di dalam bank.

(...)

Bunyi deruan ombak menghempas pantai kedengaran dari tempat dua lelaki itu berada. Masing-masing duduk di bangku batu di tepi Pantai Sedili, menopang dagu, mengenangkan nasib diri.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now