6 (2)

131 11 3
                                    

Suasana Dewan Persada itu meriah, dengan dua program berjalan serentak - pameran buku dan event animanga - yang menjelaskan lambakan cosplayer di sekitar dewan. Salleh berterusan menggagumi para cosplayer di koridor utama sekarang ini, manakala Andi cuba menghubungi Hana. Bray pula pergi ke tandas.

"Maaf lambat!" Hana berjalan laju masuk ke arah Andi dan Salleh, Zel mengikut rapat di belakang. "Bray mana?"

"Dia pergi tandas kejap. Kenapa awak panggil dia sekali?" Salleh bertanya, sedikit hairan.

"Salleh, Andi, ingat tak apa yang saya cerita dulu, lepas Malik bergaduh besar dengan Zel dulu?" Hana bertanya dengan nada berbisik.

"Pasal mamat psiko buaya darat yang bunuh kakak saudara awak tu ke?" Andi menduga. Hana angguk sekali.

"Masih tak nampak kaitan dengan Bray..."

"Hana dah beritahu dia," kata Zel. Di wajahnya terpamer rasa kurang senang.

Andi dan Salleh terus pandang Hana yang masih kekalkan riak wajah selamba.

"Yalah, kan... 'Kod pistol' tiba-tiba kena belasah dengan Zel. Mestilah mereka pelik. Jadi..."

"Awak beritahu Bray. Maknanya, Syam pun dah tahulah, kan?" Potong Salleh.

"Ya, dan tak. Saya dah minta Bray supaya tak beritahu 'kod pistol'. Jadi, disebabkan Syam boleh connect dengan dia, dia pun tak patut tahu."

"Tak bermakna dia tak tahu..."

"Eh, kamu berempat ada di sini?" Satu suara menegur dari belakang. Mereka berempat terus berpaling ke arah suara itu. Seorang lelaki berdiri di situ, di tangannya membawa sebuah kotak lebar yang diisi penuh bekas polisterin berisi makanan.

"Abang Raz?" Hana tenung lama mata lelaki itu. Okey, tiada apa-apa yang mencurigakan buat masa ini. "Abang bawa nasi untuk pekerja booth ke?"

"Ya. Dah tengah hari ni. Takkanlah nak biar mereka kelaparan pula. Lebih-lebih lagi booth tengah sesak sekarang ni." Raz sengih. "Alang-alang kamu semua ada di sini, boleh tak abang minta tolong kamu berdua yang lelaki ni?" Sambungnya lagi, merujuk kepada Andi dan Salleh. Kotak di tangan diletakkan di atas lantai.

"Aaa... Tolong apa, ya?" Salleh bertanya.

"Tolong hantar nasi dekat Syam. Dari Subuh dia membuta di bilik tu. Entah dah makan ke belum," kata Raz, menghulurkan sebungkus nasi dalam polisterin dari dalam kotak itu kepada Salleh. Salleh terus mengambilnya.

"Er... Tapi kami tak tahu dia di mana," kata Andi sambil garu kepala. Raz terus sengih.

"Dia di bilik 410, Hotel Melati."

"Hotel Melati?" Salleh cuba mengingati di mana dia ternampak hotel itu. "Okey, tahu dah. Dekat je. Jalan kaki je, dah sampai."

"Hana, Zel, kami gerak dulu," kata Andi pula. Mereka terus berjalan meninggalkan kawasan dewan.

"Kejap, aku nak ikut!" Zel tiba-tiba berlari, mengikuti Andi dan Salleh dari belakang, meninggalkan Hana bersama Raz di belakang.

"Abang Raz, abang ada jumpa Bray tak? Kami sebenarnya nak jumpa dia," kata Hana.

"Er, nak jumpa Bray? Dia ada je dekat booth tu, dengan Safuan."

"Eh?"

(...)

Andi, Salleh dan Zel berdiri di hadapan Hotel Melati. Salleh pandang Zel. Apahal pula dia ikut sekali ni?

"Kenapa ikut kami? Kami nak hantar nasi je," kata Salleh. Mata Zel bergerak-gerak ke kiri, kanan, atas dan bawah.

"Er... Tu. Nak pergi sana," kata Zel, menunding ke arah kafe manisan yang berada betul-betul di sebelah hotel. "Aku masih tak berapa setuju dengan apa yang Hana buat semalam. Jadi, aku nak beli kek sepotong dua."

Zel terus berjalan ke arah kafe.

"Ada tandas tak?" Tiba-tiba Andi bersuara. Boleh pula pada masa begini dia tiba-tiba sakit perut.

"Entah. Ala, sampai bilik Syam nanti, pinjamlah tandas bilik dia," kata Salleh. Jauh di dalam hati, dia tidak mahu ke sana seorang diri.

"Dah tak tahan... Awak pergilah ke bilik Syam. Saya nak cari tandas!" Andi terus berlalu ke arah seorang pekerja hotel yang kemudiannya menunjukkan jalan ke arah tandas.

"Huk! Sampai hati. Aku pergi sendiri la macam ni," rungut Salleh, lalu berjalan ke arah lif.

(...)

Andi tercari-cari tandas yang menurut pekerja hotel, terletak di koridor berhampiran lobi hotel yang menempatkan bilik-bilik seminar. Setelah agak lama merayau, dia jumpa juga pintu tandas lelaki berhampiran hujung koridor.

"Ha, jumpa pun!" Andi tarik nafas lega. Tombol pintu dipulas. Apa yang berada di sebalik pintu itu cukup untuk buatkan Andi terperanjat besar.

Ada satu lembaga hitam berdiri di situ. Tubuhnya besar dan tinggi, tingginya mencecah ambang pintu, wajahnya ditutupi topeng besar dan lonjong berwarna putih dengan segaris jalur ungu di kedua-dua bahagian mata, dan topeng itu hanya ada lubang di bahagian mata dan mulut. Disebabkan terlalu terkejut, Andi terus rebah di hadapan pintu tandas. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

"Eh, bro! Alamak... Pengsan pulak dah dia ni..." Lembaga itu terus garu kepala. Tidak tahu mahu buat apa.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now