8 (1)

121 9 3
                                    

Adam duduk bersandar di dinding stesen minyak itu, tunduk merenung rumput menghijau di hadapannya. Barang jualan di dalam raga diletakkan di sisnya. Dia mula ragu-ragu dengan pendiriannya untuk kekal di institut tahfiz itu.

"Lapar?"

Adam mendongak. Laily berdiri di hadapannya, menghulurkan sebungkus coklat Cloud9 kepadanya. Entah bila masa dia berdiri di situ. Adam senyum. Coklat itu diambil lalu dimakan.

"Akak, akak ada duit syiling tak?"

Laily angkat kening. "Buat apa? Nanti kamu pergi letak dalam tabung di pinggang tu. Macam hari tu. Dahlah tabung tu tak ada lubang lain. Ada lubang masuk duit je."

Adam tertawa kecil. "Kalau saya nak masukkan dalam tabung ni, baik saya minta duit kertas je. Adam nak telefon rumah. Sebab..."

"Kamu nak pergi dari tempat tu?"

Adam mengangguk perlahan. "Betul cakap akak. Ada benda yang tak kena dengan tempat Adam belajar tu."

"Apa dia? Boleh akak tahu?"

Belum sempat Adam berbicara, sebuah kereta polis berhenti di tepi jalan berhampiran stesen minyak itu. Seorang pegawai polis keluar dari situ, menghampiri mereka berdua.

"Cik Laily, Tuan Alex nak jumpa cik."

Laily pandang polis itu. "Kenapa En. Alex nak jumpa saya?"

"'Tuan' Alex, cik. Bukan 'Encik'." Pegawai polis itu membetulkan gelaran yang digunakan Laily.

"En-Cik Alex nak jumpa saya, buat apa?"

Pegawai polis itu mengeluh.

"Saya tak pasti, tapi ada kena mengena dengan hal tengah hari tadi."

Laily pandang Adam yang kehairanan. "Nanti kita cakap lagi, ya," kata Laily. Adam mengangguk. Laily berjalan mengikuti pegawai polis itu sebelum berpatah balik.

"Oh ya, hampir terlupa pula," kata Laily, menyerahkan tiga keping duit syiling 50sen kepada Adam. "Explain baik-baik pada mak ayah Adam, tau!"

Adam mengangguk. Duit syiling yang berpindah tangan digenggam erat.

(...)

Andi buka mata perlahan-lahan. Gelap. Di hadapannya ada dua lembaga sedang merenungnya, jaraknya lebih kurang lima inci dari wajahnya.

"WARGH!" Andi terperanjat, berguling ke tepi lalu jatuh tersembam dari atas katil.

"Aduh..." Andi raba mukanya yang terasa perit dek terhempas di atas lantai. Nasib baik lantai karpet. Kalau lantai marmar atau parquet...

"Selamat petang," kata Salleh, tersengih. Lampu bilik dinyalakan Bray yang turut berada di bilik itu. Mereka berdua yang pergi tenung wajah Andi dalam gelap tadi.

"Saya... Di mana?" Andi pandang sekeliling. Macam bilik hotel.

"Bilik dia," kata Salleh, menunding ke arah Bray di sebelah. "Kau pengsan depan tandas tadi. Jadi, kitorang bawa kau ke sini."

Andi angguk lalu melihat jam tangannya. Hampir pukul 4. "Alamak! Waktu Zohor nak habis!"

Andi terus berlari masuk ke tandas untuk mengambil wuduk. Bray yang senyap sejak tadi pandang Salleh.

"Kenapa tak beritahu je dia pasal bom tu?"

"Aku nak tunggu dia tahu sendiri," kata Salleh selamba. "Penat kena hadap polis pun tak habis lagi, jadi aku malas nak cerita. Berita malam nanti mesti ada cover pasal tu, kan."

Bray angguk perlahan.

(...)

Laily melangkan masuk ke sebuah pejabat. Dia pandang sekeliling, wajahnya kosong tanpa emosi. Seperti biasa. Pejabat itu juga kosong. Sepi.

Dia berjalan ke arah meja. Wajahnya sedikit berkerut melihat fail dan dokumen di atas meja itu. Fail tertulis 'Exotika' dan dokumen memaparkan profil ringkas enam orang belia lengkap dengan foto berukuran passport di atas meja itu ditatap lama.

"Kak Hana, Kak Zel, dan... Abang penulis labil?" Laily berkata perlahan, hampir berbisik.

"Laily, sampai pun awak," tegur satu suara di belakang. Laily tersentak, terus menoleh ke arah tuan empunya suara itu.

"Perlu ke En. Alex suruh polis tu bawa saya ke sini?" Laily bertanya, kurang senang.

Tuan Alex terus sengih. "Mengenangkan hal tengah hari tadi... Ya. Perlu. Lagipun... Awak punya partner in crime pun ada di sini juga," katanya.

"Partner in crime? Maksud encik, 'dia'?"

"Yep. 'Dia' di sini sekarang. Nero, masuklah."

Pintu terbuka, seorang remaja lelaki bercermin mata masuk ke dalam pejabat. Pakaiannya serba biru, bahagian leher baju sejuknya menutupi bahagian bawah wajahnya. Di kepalanya siap bertopi beanie berwarna biru yang sekali pandang nampak macam sepasang telinga kucing.

Dia gerakkan tangan kanannya, membuat bahasa isyarat, 'assalamualaikum, hai'.

(...)

Dua gadis itu melangkah ke tempat letak kenderaan di Dewan Persada. Hana mengeluh perlahan sambil melihat jam tangannya. "Penat betul hari ni. Esok sajalah bincang dengan mereka pasal tu," kata Hana perlahan.

Zel pandang Hana di sebelah. "Bincang pasal apa?"

"Lupa ke, apa yang kita bincang Subuh tadi?"

Zel kerut dahi sebelun tepuk tangan sekali. "Ah ya! Pasal institut tahfiz tu!"

"Tepat."

"Tapi... Perlu ke nak libatkan mereka tu? Kalau Andi dan Salleh, aku fahamlah. Kalau Bray..."

Hana diam sebentar. Nafas berat dihela.

"Sebenarnya, saya panggil Bray sekali supaya dia boleh tengok-tengokkan Syam, supaya dia tak turut serta. Saya tak tahu kenapa, tapi saya rasa... Dia pun dah tahu."

Zel mencebik. "Dah awak beritahu dia. Mestilah kawan dia pun tahu."

"Itulah. Baru sekarang rasa menyesal," kata Hana sambil sengih.

Zel terus tenung Hana, tajam.

"Balik nanti, awak kena buat tart awak tu, sebagai denda. Bahan-bahan nak buat tart tu ada lagi, kan?"

"Yalah, yalah. Sampai rumah Mak Lang nanti, saya buat. Cukup je bahan nak buat satu batch lagi."

"Yes!" Zel berbisik teruja.

(...)

Sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kelabu bergerak keluar dari ruang tempat meletak kenderaan Dewan Persada itu, dipandu Hana. Kereta itu terus bergerak menghala ke jalan besar, menuju ke rumah ibu saudara mereka yang terletak 10 kilometer dari situ.

Tidak lama selepas itu, sebuah teksi bergerak, mengekori kereta yang dipandu Hana itu dari belakang.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now