4 (2)

139 14 1
                                    

Perjalanan selama hampir sejam 30 minit dari KST itu cukup memenatkan. Kereta itu masuk ke kawasan sebuah stesen minyak.

"Ha, siapa nak ke tandas, pergilah," kata Kak Shila, memadamkan enjin kereta. Salleh cepat-cepat buka pintu dan berlari ke tandas. Andi pula gosok mata, baru sahaja tersedar dari lena.

"Kat mana ni?" Andi pandang tingkap. Pam minyak berada bertentangan dengannya. "Oh, stesen minyak..."

Dia terus sambung tidur.

(...)

Selesai urusannya, Salleh keluar dari tandas. Matanya tertancap pada satu susuk tubuh kanak-kanak lelaki berjubah dan berserban, sedang duduk bersandar di dinding stesen minyak itu. Raga berisi botol-botol pelbagai jenis diletakkan di sebelahnya.

"Adik?"

Budak lelaki itu pandang Salleh. "Abang, nak beli tak barang jualan saya?" Dia bertanya dengan mata bersinar-sinar, penuh harapan. Salleh serba salah dibuatnya.

"Er... Apa yang adik jual?"

(...)

Salleh renung botol minyak angin yang dibelinya dari budak berjubah itu. Entah mengapa tiba-tiba terasa menyesal.

"Beli apa tu?"

"Eh?" Salleh pandang Andi yang duduk di tempat duduk belakang, sedang menggosok matanya. "Kau dah bangun?"

"Em. Tu. Kat tangan tu. Apa benda tu?"

"Ala. Minyak angin. Beli kat stesen minyak tadi. Mahal gila harganya."

"Berapa?"

Salleh hulur minyak angin itu kepada Andi. Andi meneliti botol itu. Mulutnya separa ternganga.

"Hm. RM20 je. Eh, 'je'? Mahalnya!"

"Tahu pun. Alasan dia, 'dibacakan 30 juzuk ayat suci Al-Quran'," kata Salleh. "Aku beli pun sebab kasihan dengan budak yang jual benda alah ni."

"Budak?"

Salleh angguk.

"Patutnya tak payah beli," kata Shila yang sedang memandu. "Tak payah bagi walau satu sen pun. Itu taktik sindiket tu."

"Sindiket?" Andi dan Salleh bertanya serentak. Shila angguk sekali.

"Dia ni lebih kurang macam kes Yayasan Hang Tawi beberapa tahun lepas. Mereka eksploitasi pelajar tahfiz untuk kutip derma, kemudian duit kutipan derma itu mereka buat joli. Tak tahu apa khabar yayasan tu sekarang selepas semuanya terbongkar. Senyap saja, tak ada berita langsung."

Andi dan Salleh mengangguk faham. Andi belek-belek botol minyak angin itu, melihat nama pengilang. Tiada. Yang ada cuma nama pengedar, iaitu...

"Hm? 'Institut Tahfiz Nour Mina'? Institut tahfiz pergi jual barang? Pelik," gumam Andi perlahan.

(...)

Seorang lelaki berlegar-legar di lobi Hotel Melati. Matanya melilau ke sekeliling ruang lobi hotel itu. Tingkah laku manusia-manusia di situ membuatkan dia rasa jengkel.

"Tiada yang benar, melainkan yang benar belaka," gumamnya perlahan. Dia melihat jam tangannya.

"Mereka... Akan sedar akan kebenaran, esok."

(...)

Dua orang lelaki keluar dari kereta yang diletakkan di tempat meletak kenderaan, ruang bawah tanah Hotel Melati. Syam sudah dibenarkan keluar dari wad, jadi disebabkan Bray berada berhampiran Pusat Perubatan Medini, dia yang menjemput Syam tadi.

"Kau boleh jalan, kan?"

"Boleh. Tak perlulah risaukan aku. Aku okey je."

"Okey apa bendanya kalau bandage keliling badan?"

Syam ketawa. Mereka berdua terus berjalan masuk ke pintu masuk Hotel Melati. Namun, seorang lelaki bertubuh besar merempuh keluar dari situ, menyebabkan mereka berdua sama-sama terdorong ke belakang dan jatuh terduduk di atas koridor luar hotel.

Lelaki itu hanya pandang dingin kepada mereka berdua. Dia kemudian berjalan laju meninggalkan kawasan hotel itu.

"Kurang asam betullah pakcik tu. Tak ada pun nak minta maaf langsung. Blah macam tu je," rungut Bray lalu berdiri, mengibas sisi seluarnya yang sedikit kotor.

Syam masih duduk di atas lantai koridor, hanya perhatikan lelaki itu berlalu dengan pandangan tajam.

(...)

Malam. Angin bertiup lembut. Bunyi deru ombak kedengaran dari tempat letak kenderaan di tepi Pantai Sedili, yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah ibu saudara Hana dan Zel. Hana sendiri mengajak Zel untuk ke sana, selepas penat melihat Zel murung dan macam zombi sejak malam semalam. Nina pula tidak mahu turut serta, sebab diserang demam selesema dan mahu berehat saja di rumah.

"Zel, jomlah."

"Hmm..." Itu saja respon Zel. Hana tarik Zel ke pantai. Matanya melilau mencari seseorang di pantai yang disimbahi cahaya lampu limpah yang besar itu.

Telinga Hana tba-tiba menangkap satu suara merdu sedang menyanyi, ditemani melodi gitar. Suara yang amat dia kenali.

"🎼Ku terus berlari mengejar mimpi
Mimpi yang tak pasti
Terasa ia jauh~🎵

🎼Dan belum pernah ku menepis
Segala halangan itu
Sekalipun ia ada di depanku~🎵"

Kelihatan dua lelaki sedang duduk di bangku batu menghadap pantai, seorang dari mereka sedang menyanyi sambil memetik gitar.

"Andi, Salleh, di sini pun awak berdua!" kata Hana sambil tersenyum lega melihat mereka di bangku itu. "Bila sampai?"

"Em... Petang tadi. Kami ni menginap kat hotel murah je. Dekat hujung pantai sana tu ha. Datang sini jalan kaki je," kata Salleh.

"Oh ya. Zel, macam mana?" Andi terus bertanya. Hana tunding ke arah Zel yang berjalan menghampiri mereka bertiga, masih berupa zombi itu.

"Ini serius~" kata Salleh, seakan menyanyi.

"Mesti bantu dia~" Andi menyambung, juga seakan menyanyi.

Hana terus geleng kepala. "Ingat ni 'Wonderpets' ke? Sempat pula main-main."

Andi dan Salleh terus sengih.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now