12 (3)

95 9 6
                                    

Sepasang mata milik seorang remaja ralit memerhatikan sepasang kekasih yang sedang makan di sebuah restoran. Hanya memerhati tanpa rasa.

"Jo-Han Ha-Riz, eh?" Dia berbisik.

Sebaik sahaja si uda dan dara membawa haluan masing-masing seusai makan dan membayar, dia berjalan menghampiri si dara.

"Kakak, kakak kena jauhkan diri dari dia."

Si dara itu terkejut mendengar kata-kata remaja yang muncul secara tiba-tiba itu.

"Eh, kenapa pula? Siapa awak ni?"

"Mohon, jauhkan diri daripadanya, jika kakak sayang diri kakak."

Remaja itu berlalu pergi, meninggalkan si dara itu kehairanan.

(...)

Tuan Alex meneliti dokumen di tangannya - dua lokasi yang dikesan Nero semalam. Nafasnya dihela lemah. Amaran Nero semalam terbayang di matanya.

'Sesuatu yang besar akan berlaku esok.'

Disebabkan amaran itu, dia sudah mengarahkan pasukan STAFOC untuk ke kawasan paya bakau terlebih dahulu, selepas mendapati Nizam berada di sana.

Pintu biliknya tiba-tiba diketuk.

"Masuk."

Nero melangkah masuk ke dalam bilik itu, lalu berjalan menghampiri Tuan Alex dengan sehelai kertas di tangannya. Dihulurkan kertas itu kepada Tuan Alex.

"Kertas apa ini?" Kertas itu diambil lalu diteliti. Dahinya berkerut seketika. Matanya beralih dari kertas itu ke Nero.

'Permohonan menggunakan sistem MESMER'.

"Boleh tolong jelaskan, Nero?"

(...)

Sebuah kereta Mazda Persona yang sudah usang bergerak masuk ke ruangan tempat letak kereta di Dewan Persada. Kereta itu kemudian diparkir di petak yang paling hampir dengan pintu masuk dewan. Seorang lelaki berkulit sedikit kekuningan, yang berpakaian kasual keluar dari kereta itu, membawa bersamanya sebuah kotak polisterin.

Dari kejauhan, kelihatan bangunan Hotel Melati tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Hari yang baik. Semoga semuanya berjaya." Dia senyum sendiri.

(...)

"Dapat tak koordinatnya?"

"Tak. Tak ada line..."

Andi garu kepala. Gigih sungguh Salleh panjat pokok semata-mata mahu cari line telefon. Keseluruhan badan Salleh tersorok di celah-celah daun yang banyak itu. Yalah, hutan paya bakau yang tidak berpenghuni. Sepatutnya.

"Tak apalah. Kita guide polis ke sini sajalah. Rasanya jalan ni lurus saja," kata Salleh perlahan selepas penat mencari. Dia baru sahaja mahu turun apabila menyedari sesuatu di bawah. Lidahnya tiba-tiba kelu.

(...)

Andi bercekak pinggang di bawah pokok yang dipanjat Salleh, memandang ke atas. Bibirnya digigit perlahan. Rasa gundah semakin kuat seiring jam berdetik.

"Lama lagi ke ni?"

Dia berpaling ke belakang. Lantas, dia kaku di tempatnya dek terkejut. Muncung sepucuk pistol dihala tepat ke arah wajahnya.

(...)

Kereta diletakkan di bawah pokok tidak jauh dari sebuah gudang yang tampak terbiar. Hana dan Zel keluar dari perut kereta, memandang ke arah gudang yang seolah-olah tiada penghuni itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now