8 (2)

135 12 3
                                    

"Terima kasih, encik," kata Laily kepada pegawai polis yang menghantarnya pulang itu. Pegawai itu mengangguk. Kereta peronda itu terus bergerak keluar dari kawasan Taman Sri Kaloi, taman perumahan tempat Laily tinggal.

"Macam manalah mereka dapat bawa dia ke sini dari Johor. Bukan mak dia overprotective ke?" Laily membebel perlahan. Rasa hairan melihat kemunculan partner in crimenya di pejabat Tuan Alex itu belum habis lagi. Kunci rumah dikeluarkan, lalu pintu pagar dibuka.

"Nantilah tanya dia, macam mana sampai sini. Dia ni pun satu, bukannya nak beritahu nak datang."

Laily melangkah masuk ke rumahnya, meregangkan tubuhnya seketika. Letih sungguh hari ini. Papan putih kecil bersebelahan pintu dilihat.

Kak Su lambat balik hari ini. Ada hal dengan patient. Makan malam dah siap masak. Ada bawah tudung saji.
-Kak Suria-

Laily keluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg silang dan melihat skrin. Gelap.

"Bateri habis," gumam Laily perlahan. Disambung telefonnya pada pengecas, lalu dia berjalan ke arah dapur.

(...)

Jari-jemari bersarung tangan biru-hitam itu pantas menaip sesuatu pada skrin komputer. Cermin matanya diperbetulkan. Sesekali dia berhenti, meneliti maklumat pada dokumen di sebelahnya.

"Bagaimana, Nero?"

Nero berhenti menaip, lalu memusingkan kerusinya, menghadap Tuan Alex. Tangannya cekap bergerak, menyatakan sesuatu.

'Tuan tak rasa apa yang Tuan minta saya buat ni, dikira menceroboh privasi orang lainkah?'

Tuan Alex senyum. Mujurlah dia faham bahasa isyarat Malaysia. "Tak apa. Lagipun, kita cuma mahu tahu lokasi terkini mereka sahaja. Bukannya nak godam telefon mereka pun."

Nero angguk sekali.

"Tak sangka pula saya, seorang 'black cap hacker' peduli semua tu."

Nero jeling Tuan Alex. Nampak benar dia tidak berpuas hati. Tangannya bergerak lagi.

'Ya, saya seorang 'black cap', tapi saya ada kod etika sendiri. Kalau tak, dah lama saya kucar-kacirkan rancangan 'Nour Iman' secara maya. Tuan pun takkan jumpa saya dan Laily, dan dapat maklumat pasal 'Nour Iman'.'

"Okey. Okey. Saya minta maaf. Er... Teruskanlah apa yang awak tengah buat sekarang ni," kata Tuan Alex sambil sengih.

Nero kembali menghadap skrin komputer, menaip sesuatu.

Bip! Bip!

Nero tepuk tangan sekali. Tuan Alex terus menghampiri Nero, matanya tertancap pada skrin komputer.

"Saya dah agak. Keenam-enam mereka ada di sini," kata Tuan Alex. Di skrin terpapar peta digital, dan ada enam titik berwarna putih dengan nama dan koordinat di bawahnya, menunjukkan lokasi enam orang berada di peta itu.

Nero pandang Tuan Alex yang tersenyum kecil. Keliru. Tangannya bergerak lagi.

'Siapa mereka ni?'

Faham dengan kehairanan Nero itu, Tuan Alex terus letakkan keratan akhbar yang siap berlaminate di atas meja, di atas dokumen-dokumen yang dibaca Nero sebentar tadi. Nero mengambilnya lalu membaca keratan akhbar itu.

Kes Exotika. Kejadian yang berlaku pada satu setengah bulan lepas.

"Eh?" Tuan Alex perasan sesuatu pada skrin. "'Taman Sri Kaloi'. Ni bukan tempat tinggal Laily ke?"

Nero pandang skrin. Ada tiga bintik putih di bahagian tertulis 'Taman Sri Kaloi' di peta digital itu. Sekejap. Tiga?

"Kalau ikutkan maklumat ni, yang dua orang tu ada di sana, sebab ibu saudara mereka tinggal di taman perumahan tu. Apa yang satu lagi ni buat di sana?" Tuan Alex garu dagu.

(...)

Laily berhenti melukis di workstationnya. Jam di dinding dilihat. Sudah pukul 9 malam.

"Kenapa rasa macam ada lupa sesuatu?"

Dia lihat kembali lakaran di atas kertas - tugasan yang dihantar En. Alwan sebentar tadi. Lakaran untuk kulit buku salah satu novel 'Tunas Muda'. Genre, seram.

Dia renung lama lakaran hantu pontianak yang dilukis comel itu.

"Ah ya. Memang saya ada terlupa sesuatu," kata Laily perlahan. Dia terus bangun dari kerusi.

(...)

"Nina, jomlah pergi klinik. Dah teruk sangat saya tengok ni," ajak Zel. Sejak petang semalam Nina terbaring di atas katil, berkelubung selimut tebal. Bakul sampah di sebelahnya penuh dengan tisu.

"Mak lang dah ajak siang tadi. Dia tak mahu. Katanya boleh kebah sendiri," kata Puan Zaidah, ibu Nina, sambil bercekak pinggang.

"Hei, jomlah. Kalau tak, mahunya merebak, berjangkit kat budak-budak kecil kat bawah tu. Demam selesema bukannya boleh buat main," pujuk Zel. "Lagipun, kejap lagi Hana nak buat tart keju blueberry dia tu. Nak tak?"

Kepala Nina tersembul dari gulungan selimut, bagai kura-kura.

"Bila masa orang demam ada selera makan, ya?" Nina berkata perlahan. "Saya dah makan panadol. Nanti kebahlah."

Zel geleng kepala. Hana pula menjenguk masuk, risau dengan sepupu mereka yang seorang itu.

"Awak takut kena suntik, kan?" Hana berkata perlahan. Mendengar kata-kata Hana, Nina terus duduk di atas katil.

"Taklah!" Nina membantah.

"Jadi, apa masalahnya? Pergi sajalah. Zel boleh tolong hantarkan," kata Hana. "Alang-alang ke klinik tu, boleh juga tolong belikan keju krim dengan esen vanila."

Nina bungkam. Zel dan Puan Zaidah pula sengih.

(...)

Nina dan Zel sudah bergerak ke klinik, manakala Hana menyediakan bahan-bahan untuk membuat tart keju blueberrynya.

"Kak Hana buat apa?" Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun menegur Hana yang mengeluarkan sekampit tepung dari ruang simpanan.

"Kak Hana nak buat tart. Nanti bolehlah makan sama-sama. Lisa duduk depan sana, ya." Kepala kanak-kanak itu diusap perlahan.

"Ala. Baru nak tolong," kata Lisa sambil mencebik. Dia terus berjalan ke ruang tamu. Hana hanya sengih mendengar respon Lisa itu.

Telefon bimbitnya di atas countertop tiba-tiba berdering. Hana lihat nama pemanggil. Salleh.

"Kenapa dia telefon malam-malam ni?" Hana kerut dahi. Panggilan itu dijawab.

"Hello Assalamualaikum. Ada apa, Salleh?"

"Waalaikumussalam, Hana. Awak di mana sekarang?" Suara Salleh di hujung talian kedengaran sedikit cemas.

"Di rumah ibu saudara sayalah. Kenapa?"

"Zel?"

"Dia hantarkan sepupu saya pergi klinik. Cuba bawa bertenang. Kenapa ni, sebenarnya?"

Salleh senyap seketika, tarik nafas dalam-dalam.

"Syam hilang."

"Eh?"

"Ya. Telefon dia tak angkat. Cari dia merata-rata, tak jumpa. Manalah tahu dia ada dengan awak ke."

"Tak. Tak ada di sini. Nanti saya contact Zel, mana tahu dia ada terjumpa ke."

"Okey. Maaf ya sebab ganggu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam," kata Hana. Talian terputus. Hana mencari nombor telefon Zel dalam senarai pemanggil. Namun, belum sempat dia mendail, telefonnya berdering lagi, dari Zel.

Hana terus jawab panggilan itu. Wajahnya terus berubah mendengar apa yang dikatakan Zel di hujung talian.

"Awak biar betul, Zel!"

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now