3 (3)

171 16 13
                                    

Nina berjalan di hadapan, diikuti Hana dan Zel di belakang. Kertas yang diambil di ruang informasi di pintu masuk utama, yang menunjukkan peta lokasi reruai para penerbit yang menyertai pameran buku itu diperhatikan.

"A'm Novel St Holding. Booth C15-C18," kata Nina. Hana dan Zel hanya memerhatikan keadaan sekeliling.

"Punyalah semangat si Nina tu," kata Zel perlahan. "Entah ada entah tidak orang yang dicarinya tu."

Hana hanya senyum. Mengerti akan kerisauan Zel itu.

Langkah mereka akhirnya berhenti di hadapan reruai yang dicari-carinya itu. Kelihatan seorang lelaki di hadapan rak buku bestseller, menulis sesuatu di dalam buku, lalu diserahkan kepada seorang remaja serba hitam dengan selendang terlilit di leher di hadapannya itu.

"Eh, Laily?" Nina menggumam perlahan. Dia terus berjalan ke arah mereka berdua.

"Hana," kata Zel, menunding ke arah lelaki yang bersama Laily itu.

"Jangan risau. Itu 'pensel'."

Zel hela nafas lega lalu berjalan masuk, diikuti Hana di belakang.

(...)

"Terima kasih banyak-banyak!" Nina tersenyum lebar, melihat novel yang dibawanya kini menjadi 'mahal' dengan kewujudan autograf penulisnya.

"Eh, saya yang patut berterima kasih, sebab awak sudi baca cerita saya," kata Syam.

"Hehe. Sebab cerita awak terbaik!"

Hana dan Zel hanya perhatikan sahaja gelagat Nina yang teruja bertemu penulis idolanya itu. Hana kemudian pandang Bray yang berada berhampiran.

"Jadi, kamu bertiga ni, tengah holiday, ya?"

Bray angguk. "Syam tu, tak lama lagi nak pergi oversea, sambung belajar. Jadi, sementara ada masa ni, enjoylah."

Hana angguk.

"Berapa lama bercuti sini?" Zel bertanya pula.

"Sampai... Habis pameran buku ni kot. Yalah, event bertemu peminat tu kan pada hari terakhir pameran buku ni. Syam ada terlibat sekali."

Zel mengeluh lemah. "Kalau apa-apa jadi kat dia tu, tak apa ke?"

"Tak apa. Kali ini, semua ada. Abang Raz ada, Pakcik Azmi pun ada. Jadi... Tak ada apa-apalah. Tak perlu risau."

Laily yang mendengar perbualan mereka hanya membisu. Novel di tangan dibaca sekilas.

"Eh, tandas di mana, ya?" Tiba-tiba Zel bertanya.

"Tandas?" Bray termagu-magu. "Entah."

"Saya tahu," kata Laily tiba-tiba. "Nak ikut tak?"

Zel angguk.

"Nak saya teman tak?" Hana bertanya.

Zel menggeleng. "Budak Laily tu ada. Awak tengok-tengoklah booth-booth lain. Tandas tak jauh sangat, kan Laily?"

"Jauh," kata Laily selamba. Dia terus berjalan laju ke luar reruai.

"Hei, tunggulah!" Zel mengejar Laily. Mereka berdua terus meredah lautan manusia untuk ke tandas.

Tiba-tiba bahu Bray ditepuk seseorang. "Eh, kalau ada orang tanya aku ke mana, cakap yang aku pergi tandas," kata Syam.

"Eh, kau tahu jalan ke?"

"Tahu," kata Syam sebelum berlari ke tandas.

Hana hela nafas. Harap-harap semuanya baik-baik saja.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now