4 (3)

146 13 6
                                    

Bunyi ombak menghempas pantai kedengaran tidak jauh dari situ. Maklumlah, air pasang. Beberapa orang kanak-kanak bermain buih sabun di tepi pantai itu.

Empat sekawan itu duduk di atas pasir pantai, saling menghadap satu sama lain. Salleh melaraskan bunyi gitar di ribanya.

"Ni, nak nyanyi lagu apa?" Salleh bertanya Zel. Zel membisu, pandang Hana di sebelahnya. Hana angguk, faham.

"Lagu yang sepadan dengan keadaan sekarang ni."

"Hm. Lagu yang sepadan dengan keadaan sekarang, ya?" Salleh dongak ke langit. Gelap. Tiada awan yang berarak. Tiada bulan dan bintang. "Okey. Tahu dah."

(...)

"Ini kali pertama aku jalan-jalan tepi pantai waktu malam. Selalunya siang je," kata Safuan. Hari ini, dia cuma jadi sukarelawan reruai setengah hari. Jadi, dengan ketiadaan aktiviti untuk dibuat, dia terus ikut serta Bray dan Syam untuk ke Pantai Sedili itu.

"Jalan-jalan. Ambil angin. Cari ilham. Cuci mata."

"Amboi. Lain macam saja bunyinya itu," kata Bray pula.

Mereka bertiga ketawa perlahan. Langkah mereka tiba-tiba terhenti apabila ternampak sekumpulan manusia di tengah-tengah pantai, sedang menyanyi.

"🎼Dosa
Oh, aku akui
Lemah
Aku tak pernah menduga
Ini 'kan terjadi
Moga, di sinilah titik noktah~🎵"

"Eh, macam kenal je mereka tu."

Mereka terus berjalan menghampiri kumpulan empat orang yang sedang duduk di atas pasir pantai itu.

(...)

"🎼Rasa ini rasa syurga
Tiada lagi cahaya
Biar gelap yang membuta
Bawaku ke arah nyata~🎵"

Mereka menyanyi, senada dan seirama, bagai kumpulan koir. Namun, keadaan Zel masih lagi tidak banyak berubah. Salleh terus berhenti memetik gitarnya.

"Terima kasih, korang. Maaflah sebab rosakkan mood malam ni," kata Zel perlahan.

Salleh, Andi dan Hana saling berpandangan. Memang teruk OOC Zel sekarang ni.

"Sekarang, macam mana?"

"Hai korang!" Tegur satu suara. Mereka berempat pandang ke arah tiga lelaki yang berjalan ke arah mereka dari deretan kedai di tepi pantai itu.

"Patutlah macam kenal," kata Bray. "Memang korang rupanya."

Zel terundur sedikit, sedikit takut melihat Syam yang berada di belakang Bray. Hana tepuk perlahan bahu Zel.

"Zel, tenang. Tu 'pensel'," bisik Hana.

"'Pensel'?" Zel tanya semula.

"Yup, 'pensel'," kata Hana.

"Memang 'pensel'?" Salleh bertanya pula.

"Positif, 'pensel'."

"Apa benda 'pensel' ni?" Syam tiba-tiba menyampuk.

"Tak ada apa-apa!" Hana, Zel dan Salleh jawab serentak.

(...)

"Serius, sedap gila suara kau bila nyanyi," puji Safuan. Mereka bertiga kini duduk bersama-sama yang lain di atas pasir pantai yang putih itu. Salleh hanya sengih mendengar pujian itu sambil garu belakang kepala.

"Eh, mestilah. Dia ni kan bilal gantian surau asrama kami. Kalau dia azan masa Subuh, confrim surau penuh dengan jemaah. Terpegun dengan suara dia ni," kata Andi sambil sengih.

"Andi, hiperbola gila ayat kau," kritik Salleh.

Mereka terus tertawa. Hana pandang Zel. Zel senyum kecil. Nafas lega dihela.

"Eh, dah tu, kenapa tak jadi penyanyi je? Rupa dah ada. Suara pun sedap," kata Syam sambil topang dagu.

"Hm... Sebab ayah aku. Dia kata, selagi tak dapat First Class degree, aku tak boleh jadi penyanyi professional. Jadi..." Salleh senyum penuh makna. Mereka yang lain mengangguk.

"Ha. Ni, ada satu lagu ni. Ketua batch kitorang yang nyanyi asalnya..."

Mendengar ayat Salleh itu, Hana terus pandang Salleh, tajam. "Salleh, jangan."

"Apa? Tak salah kan?"

"Lupa ke, apa jadi kat Alif bila Zel dengar lagu tu?" Hana terus peluk tubuh, pandang Zel di sebelahnya.

"Hm... Sekarang tak apa kot. Takkan jadi macam hari tu..." Gitar di pangkuan Salleh dipetik.

"Okey. Jangan kata saya tak beri amaran," kata Hana. Dia berundur dua meter ke belakang.

Salleh terus memetik gitarnya, satu melodi ringkas terhasil. Dia berdehem seketika sebelum mula menyanyi.

"🎼Hari-hari makan percuma
Sebab ada awek belanja
Awek aku bukan satu saja
Aweks aku sepah merata~🎵"

Wajah mereka terus berubah apabila mendengar lirik yang agak menjengkelkan itu. Bray pandang Andi di sisi. Baru dia perasan yang Andi juga sudah berundur ke belakang, duduk berhampiran Hana.

"🎼Sebab aku kacak sangat, ehem
Sebab aku kacak sangat~🎵"

Kepala Zel tunduk merenung pasir. Semakin jauh Hana dan Andi berundur.

"Kenapa?" Bray tanya Hana, suaranya hampir tidak kedengaran. Hana cuma bagi isyarat supaya mereka menjauhi Zel. Yang lain menurut, menjarakkan diri dari Salleh dan Zel.

Salleh ulang semula bait lagu yang sedang dinyanyikan itu. Namun dalam ulangan ini, bahagian 'sebab aku kacak sangat' diulang-ulang dengan penuh perasaan.

"SALLEH!" Zel tiba-tiba menjerit, menghentikan nyanyian Salleh itu. Dia terus menerkam ke arah Salleh yang sempat mengelak. Terus dia bangun, campak gitar ke tepi dan buka langkah seribu, dikejar Zel yang naik amuk dari belakang.

"Mari sini! Aku smackdown kau!"

"Ni barulah Zel yang kita kenal! Woi! Tolong aku!" Salleh melaung.

Mereka yang lain buat tidak tahu saja, hanya memerhatikan Zel yang akhirnya berjaya tangkap Salleh dan smackdown dia dua kali di atas pasir pantai.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now