13 (2)

106 7 3
                                    

Kereta sorong yang berisi sesuatu yang bertutup kain di dalamnya disorong laju ke arah jalan besar, oleh seorang remaja. Sesekali dia mengesat peluhnya. Sekejap-sekejap menoleh ke belakang, ke arah tapak pembinaan yang samar-samar cahayanya.

Setelah agak jauh, dia berhenti. Kawasan sekeliling diperhati. Setelah yakin kawasan itu selamat, dia menarik kain itu, menyerlahkan apa yang berada di dalam kereta sorong itu- seorang gadis yang tidak sedarkan diri. Keadaan gadis di dalam kereta sorong itu diperiksa.

"Ada nadi, ada nafas. Syukurlah," katanya perlahan.

Dia mengalihkan gadis itu ke semak berhampiran dengan bersusah payah, bahagian bawah dilapik kain, membaringkannya dalam posisi pemulihan. Dengan segera dia menghubungi talian kecemasan melalui telefon awam tidak jauh dari situ.

"Baik saya pergi check 'dia'. Kalau 'dia' lari, susahlah!"

Remaja itu berlari menuju ke tapak pembinaan itu semula. Dia melihat sekeliling. Samar-samar. Yalah, tengah malam. Kerja pembinaan substruktur tidak dapat dijalankan pada masa itu.

"Tak ada."

Nafasnya ditarik, seboleh mungkin menenangkan diri. Orang yang dicari itu tiada di tempatnya. Suasana tapak pembinaan yang samar-samar itu menyulitkan pandangannya.

"Kuat kot kena ketuk. Macam mana da boleh sedar secepat ini?" Remaja itu berbisik lagi. Pen pemberian arwah Mak Su dipegang erat. Diselit pen itu di saku seluar, sebahagiannya terkeluar dari situ.

Dia berpusing, terus kaku di tempatnya. 'Dia' yang dicari berada di belakangnya, sedang memegang kepalanya yang dibasahi darah.

"A... Abang dah sedar..."

"Ya, adik comel. Macam kenallah adik ni. Siapa, ya..."

Lelaki itu terus senyum sinis.

(...)

Bray menjejakkan kakinya di tingkat paling atas hotel tempat dia menginap. Nafasnya mengah dek mendaki tangga ke bumbung tadi. Sesekali dia menggaru kepalanya.

"Pintu rosak la pula. Macam mana nak cari dron berbulu tu sekarang?" Dia membebel sendiri.

Dia masuk ke dalam lif dan menekan butang ke tingkat paling bawah. Lif terhenti seketika di tingkat lima, sepasang suami isteri bersama tiga orang kanak-kanak lelaki yang sebaya dan berwajah serupa masuk ke dalam lif.

"Betul, Mar. Dia lalu tadi. Kau pun nampak juga kan, Yan?" Salah seorang kanak-kanak itu berkata sebaik sahaja lif bergerak.

"Betul betul betul!"

"Tipulah, Mir. Kau kata benda terbang berbulu lalu depan tingkap. Macam burung pula bunyinya."

"Bukan burung la!"

Sekejap. Benda terbang berbulu?

"Dik, boleh abang tanya?" Bray terus bersuara.

(...)

Hana melihat keadaan Aron yang terduduk di atas lantai, di tengah-tengah wajahnya ada kesan debu tapak kasut. Dia kemudian pandang ke arah Zel yang sedang mengutip serpihan pistol paintball di atas lantai. Nafasnya dihela lemah.

"Perlu ke buat macam tu?"

"Perlu." Zel sambung mengutip serpihan itu, langsung tidak memandang ke arah Hana.

"Awak tahu kan yang dia..."

"Tahu."

"Dah tu?"

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now