5 (2)

156 13 10
                                    

"Andi, soalan dia tu, sejak bila awak perasan kewujudan... Alah. Faham-faham sajalah," kata Salleh.

"Oh..." Andi mengangguk faham.

"Terus terang, masa sekolah menengah. Cikgu kaunseling yang perasan ada benda yang tak kena bila dia dengar guru-guru dan rakan-rakan sekolah bercerita pasal saya. Dia yang bawa saya jumpa Dr. Fitri, psychologist saya masa tu. Tiga tahun kemudian, baru dapat diagnosis DID. Itupun lepas insiden saya nyaris terbunuh orang, depan ibu saya sendiri. Dr. Fitri syak yang saya ni mangsa dera masa kecil dulu."

"Mangsa... Dera?"

Andi angguk. "Sebab, dia jumpa parut-parut lama kat badan, seolah-olah saya pernah didera dulu. Tapi, saya tak ingat pun. Dr. Fitri sendiri perasan yang saya tak ada memori sebelum umur 10 tahun. Kosong." Andi hela nafas berat. "Mungkin saya tak patut ingat agaknya... Hehe.

Itupun, masa tu tak tahu lagi pasal siapa 'mereka'. Yalah, tiap kali 'hilang', rasa macam... Macam terteleport pergi tempat lain, lepas tu hilang masa dan sakit badan. Ibu saya, Dr. Fitri, Salleh, Hana dengan Zel yang cerita pasal siapa 'mereka' tu pada saya. Yang lain, tak tahu pasal ni."

"Ada berapa 'orang' semuanya?"

"Setakat ni, tiga. Malik, Yunus dengan Putra. Malik... Rasanya awak ada jumpa, kan?" Andi pandang Syam. Syam angguk, mengiakan.

"Yunus... Dia ala-ala sasterawan sikit. Suka berfalsafah. Lepas tu dia agak... Depressif. Masa awal-awal dulu, dia asyik nak bunuh diri je."

"Bunuh diri? Bahaya tu!" Safuan mencelah. Andi angguk.

"Tulah. Sejak dapat laptop ni, kuranglah keinginan dia nak bunuh diri. Dapat tempat lepas tekananlah katakan. Hm... Putra pula, macam budak-budak. Hiperaktif. Otak genius, lepas tu curiosity dia tinggi sangat. suka benar buat eksperimen jenayah. Buat robot la, buat bom la..."

"Bom?" Syam dan Safuan hampir menjerit.

"Bom asap je. Sekali pandang macam bom betul. Panik sekejap masa jumpa benda tu dalam bilik dulu," kata Salleh sambil ketawa.

"Jadi, macam mana awak berhubung dengan 'mereka' tu?" Tiba-tiba Safuan mencelah.

"Sticky note je. Kadang-kadang Salleh jadi 'radio karat' mereka tu," kata Andi selamba. "Pernah cuba communicate melalui minda, sampai ke sudah tak dapat. Sunyi sepi krik krik bunyi cengkerik je."

Mereka yang mendengar terus sengih.

"Awak?" Andi pandang Syam.

"Er..." Syam serba salah. "Seingat sayalah, masa lawatan sambil belajar ke Jepun tiga... Tak. Empat tahun lepas, masa tu first time 'orang lain' ambil alih..."

"Kenapa saya teringat 'hantu katana'?" Salleh tiba-tiba menyampuk.

"Hantu katana?"

Salleh mendengus. "Erzen."

Syam angguk. "Dialah tu."

"Hmph. Dah agak dah." Salleh terus pandang ke tempat lain.

"Hai, bunyi macam tak puas hati je," kata Safuan.

"Tak puas hati, eh?" Salleh tarik nafas dalam-dalam. "Yes, I am! He freakin' chased me with a freakin' long sword, without any apparent reason, okay! Yes, he is forgiven already, but that incident is not easy for me to forget. Plus, he didn't even care to explain why did he chased me on that time!"

Syam dan Safuan terkebil-kebil.

"Dia nak elak mencarut tu," kata Andi selamba. "Sebab tu, dia cakap bahasa Inggeris bila rasa geram."

"Macam tu pulak?"

Andi hanya sengih mendengar respon itu. "Awak boleh communicate dengan mereka tak?"

Syam angguk. Salleh tersentak.

"Jadi, Erzen dengar ke apa yang saya cakap tadi?"

"Mungkin," kata Syam.

Salleh terus bangun. "Er... Nak pergi tandas kejap." Dia kemudian berjalan laju ke arah tandas yang terletak kira-kira 100 meter dari situ.

(...)

Salleh topang dagu sambil hela nafas. Zel di hadapannya minum milo panas dengan senyap. Andi dan Hana hanya perhati sahaja gelagat dua rakan mereka di kedai makan berdekatan tempat letak kereta di tepi pantai itu. Syam, Bray dan Safuan sudah bergerak pulang ke hotel 15 minit lepas.

"Kalau macam ni, mahunya aku kena PTSD bila nampak Syam lepas ni," keluh Salleh.

"PTSD? Post-traumatic Stress Disorder?" Hana bertanya.

"Tak. 'Post-traumatic Syam Disorder'. Serius. Tak tahu pula mereka boleh communicate. Andi pun tak macam tu."

Zel sengih. "Setuju. Aku pun tak tahu kalau aku boleh hadap lagi 'mambang jamban' tu lepas ni."

Hana diam. Entah mengapa dia ragu-ragu untuk beritahu Bray berkenaan apa yang ditanyanya semasa mereka di pantai tadi.

"Eh, kau search apa tu?" Salleh tiba-tiba bertanya, melihat Andi yang tenung skrin telefon bimbitnya sejak tadi.

"Search pasal institut tahfiz yang jual barang tu la," kata Andi. "Pelik pula bila fikir balik. Belum pernah lagi saya jumpa pusat tahfiz jual barang. Minta derma, adalah. Ada pula bajet mereka nak keluarkan produk sendiri."

Skrin telefon bimbitnya ditunjuk kepada mereka bertiga. Hanya FB page dan blog yang kali terakhir diupdate adalah tiga bulan lalu yang dijumpai. Pautan blog pula dibuka di tab lain.

"Eh, bagi saya telefon awak sekejap!" Hana tiba-tiba berkata, matanya menangkap sesuatu yang pernah dilihatnya dulu di blog yang terpapar di skrin telefon Andi itu. Andi serahkan telefonnya kepada Hana. Hana pandang skrin, lama.

"Mustahil," kata Hana perlahan.

"Kenapa?" Zel turut melihat skrin. Mulut Zel terus ternganga.

"Er... Kenapa?" Andi kehairanan. Hana dan Zel sedikit tersentak, lalu memulangkan telefon itu kepada Andi.

"Eh, kami gerak dulu. Dah lewat ni. Nanti mak ayah kami risau pula," kata Hana kemudiannya. Jam di telefon bimbitnya ditunjuk. Sudah hampir tengah malam.

"Er... Okey. Kami pun kejap lagi nak gerak balik hotel. Jumpa esok!"

"Alright!"

Mereka berdua bangun lalu pergi ke tempat letak kereta. Andi dan Salleh hanya perhatikan mereka berdua berlalu pergi dengan seribu tanda tanya.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now