8 (3)

127 9 4
                                    

Suasana tanah perkuburan Islam yang gelap itu tidak membataskan dua orang lelaki yang sedang menggali lubang di salah satu kubur. Batu nisan kubur itu dicampak ke tepi.

"Kau pasti ke kita gali kubur yang betul ni?" Seorang lelaki yang memegang cangkul mengesat peluhnya.

"Betullah. Ini la kubur anak dara mati dibunuh tu. Cepat sikit." Rakannya yang memegang penyodok berdiri di tepi, mengalihkan tanah yang digali, supaya tidak masuk semula ke dalam liang lahad. "Lambat karang, apa pun tak dapat."

Tiba-tiba sesuatu melibas batang leher lelaki yang memegang penyodok itu. Dia terus rebah di atas tanah. Pengsan.

"Eh, Mat?" Rakan lelaki itu terkejut melihat rakannya tiba-tiba pengsan, terus keluar dari liang lahad yang separuh digali itu. Dia memeriksa rakannya. Serentak dengan itu juga, sesuatu - bagaikan sehelai kain, namun terasa keras - dilibas kuat tepat di batang tengkuk lelaki itu. Terus dia tertiarap di atas rakannya, turut pengsan.

"Dah kenapa gali kubur orang waktu begini? Nak curi kain kafan ke apa?"

Laily melilitkan semula selendang yang digunakannya untuk melibas dua lelaki tadi sampai pengsan tadi di lehernya. Dia renung batu nisan yang terikat kain kuning, terletak elok di kakinya itu. Lampu suluh dikeluarkan dari saku, lalu dia membaca nama si mati yang digali kuburnya itu.

"Azlin Binti Affendi?"

(...)

"Ya, dia ada di sini. Tak, Nina dah masuk bilik doktor masa saya terserempak dengan dia. Ya, dia dah pancung orang. Perompak kedai runcit, to be exact."

Zel bersandar di tepi kereta, bercakap dengan Hana melalui telefon bimbit, sambil mencuri pandang ke arah lelaki serba hitam yang duduk di tempat duduk belakang kereta. Kepalanya dipegang. Nafas berat dihela.

Semasa Nina menunggu namanya dipanggil masuk ke bilik doktor, Zel pergi ke kedai runcit di lorong bersebelahan, membeli keju krim dan esen vanilla yang dipesan Hana. Boleh pula selepas membeli dan mahu keluar dari kedai itu, seorang perompak muncul sambil bawa parang. Diugutnya Zel dan pemilik kedai runcit yang sudah tua itu.

Dan, belum sempat Zel berbuat apa-apa, kepala perompak itu pula putus. Dipancung seseorang dari belakang. Secara langsung. Hampir-hampir sahaja percikan darah itu terkena bajunya. Badan perompak itu terus jatuh ke atas lantai kedai.

Pak cik pemilik kedai itu pula terus pengsan melihat kepala itu melayang dan jatuh di atas kaunter di hadapannya. Ngeri.

Zel pandang si pemancung itu. Matanya digosok kasar, takut salah nampak.

Tidak, dia tidak salah nampak. Memang dia.

Hantu katana.

'Apa kau buat di sini?' adalah soalan pertama yang terlintas di minda Zel, namun soalan itu hilang dalam perjalanan ke mulutnya. Sebaliknya, soalan yang keluar adalah...

"Kau dah gila ke?"

Lelaki itu renung Zel dengan pandangan dingin. Bengang dengan soalan spontan Zel itu.

"Aku dah selamatkan kau, kau pula kata aku gila?" Pedang yang digunakannya disimpan ke dalam sarungnya.

Zel lihat sekeliling kedai. Tiada CCTV. Yang ada, cuma cermin cembung di atas siling di satu sudut dalam kedai. Cara lama untuk tangkap pencuri.

Zel terus keluar dari kedai runcit itu, cuba seboleh mungkin mengelak lopak darah yang membesar di atas lantai kedai. Pak cik tuan kedai yang pengsan diperhati dari jauh.

"Er... Patut ke aku telefon ambulans ya?" Zel garu kepala seketika.

(...)

Nina keluar dari klinik, berjalan menghampiri Zel yang baru sahaja selesai bercakap dengan seseorang di telefon. Hairan dia melihat Zel di luar kereta.

"Zel, kenapa?"

Zel senyum tawar memandang Nina. "Er... Nina, boleh tak sebelum kita balik, kita singgah rumah Laily?"

"Singgah rumah Laily? Buat apa?"

"Kawan aku nak jumpa dia, nak tanya benda sikit."

"Kawan?" Nina masuk ke dalam kereta. Hampir menjerit dia dibuatnya apabila menyedari kewujudan lembaga serba hitam dengan hud menutupi wajahnya di tempat duduk belakang.

"Ei, diamlah," kata Zel yang sudah masuk ke dalam kereta. "Tulah kawan aku tu."

"Creepy. Siapa tu?"

"Adalah," Zel hanya sengih, cuba mengurangkan rasa janggal.

(...)

Salah satu rumah teres kos rendah yang terletak di lorong bertentangan dengan kawasan rumah ibu saudara Zel dipandang lama. Laman rumah dijaga rapi. Suasana gelap. Bagaikan tiada orang.

"Macam tak ada orang je," kata Zel.

"Cubalah bagi salam," cadang Nina.

Zel beri salam. Tiga kali. Tiada jawapan. Mereka berdua masuk semula ke dalam kereta.

"Dia tak adalah. Esok je la jumpa dia," kata Zel. Dia toleh belakang. Renungan tajam dari Erzen itu bagaikan memberitahu, 'nak jumpa malam ni juga'.

"Er... Okey... Mungkin dia di... Eh kejap. Takkanlah," kata Zel perlahan.

"Di mana?"

"Er... Kau pergi sanalah sendiri. Aku tak nak," kata Zel kemudiannya. Kereta bergerak menuju ke rumah ibu saudara Zel. Hana sudah berdiri, menunggu mereka di luar rumah.

Nina terus keluar lalu berjalan masuk, membawa ubat dan barangan yang dipesan Hana tadi. Hana pula berjalan menghampiri kereta Myvi kelabu itu.

"Zel, apahal?"

Zel keluar dari kereta. Dia pandang Hana. "Look into my eyes~" katanya berlagu.

Hana tenung mata Zel. Seketika kemudian dia mengangguk faham.

"Saya dah beritahu Bray. Abang Raz dah on the way sekarang ni. Jangan dia sesat masuk kampung orang asli nanti, dahlah," kata Hana. Sesekali dia tengok Erzen yang masih duduk di dalam kereta.

"Dia tak nak keluar ke?"

Zel geleng sekali. "Dia nak sangat cari Laily. Hm... Mungkin sebab dia tiba-tiba muncul siang tadi, kot. Macam tahu-tahu saja ada benda buruk nak berlaku."

"Nak cari Laily di mana?"

"Cuba ingat, dia suka lepak di mana?"

Lama mereka berdua diam.

"Awak suruhlah dia pergi sana seorang," kata Hana kemudiannya.

"Dia tahu jalan ke?" Zel membidas.

"Ha-ah, kan. Siapa nak teman dia, tunjukkan jalan?"

"Ei. Aku tak nak. Awak la pergi, Hana."

"Eh, awaklah, Zel. Awak kan berani."

"Tempat tu... A. Big. No! Siapa la nak ke sana pada masa macam ni."

"Okey. Kita teman dia sama-sama. Tapi, sampai luar pagar je. Kalau dia nak masuk, suka hati dialah."

"Setuju."

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now