1 (2)

435 19 1
                                    

"Kau ada apa-apa nak pesan tak? Aku nak pergi pasar malam dengan Alif dan Fazryn ni," kata Salleh kepada Andi yang sedang termenung di atas katil.

"Hm... Apam balik sajalah," kata Andi perlahan. Sekeping wang RM5 diserahkan kepada Salleh.

"Hei, relakslah. Auntie Ana pergi bercuti di Bandung bersama Mama dan Ayah akulah. Aku dah contact Mama aku tadi, mereka tidak apa-apa. Tak payahlah risau sangat."

"Hm..." Andi angguk perlahan. Salleh sidai hoodie sweaternya yang terdampar di atas katil di kerusinya.

"Eh, kau tak ada pergi mana-mana, kan?"

Andi angguk.

"Okey. Aku gerak dulu!" Salleh terus keluar dari bilik dan menutup pintu. Andi terus baring di atas katilnya. Kipas yang berputar laju di siling direnung lama.

Dengan perlahan, sorot matanya berubah.

(...)

Zel renung skrin komputer ribanya. Di wajahnya terpamer reaksi tidak percaya. Sesekali dia pegang kepalanya.

"Zel, awak dah siapkan beg untuk pergi rumah Mak Lang?" Hana bertanya, sedang melipat kain yang baru sahaja diangkat siang tadi.

Zel angguk, matanya masih melekap di skrin komputer ribanya.

"Apahal?" Hana bangun dari katilnya yang ditimbuni kain, berjalan ke arah Zel. Dia melihat apa yang terpapar di skrin.

"Pameran buku. Sepanjang cuti mid-sem ni pula tu. Jadi?"

"Cuba tengok lokasinya."

"Hm... Memang dekat pun dengan rumah Mak Lang." Hana pandang mata Zel. "Takut terserempaklah tu."

Zel terus hentak kepala di atas meja.

"Apasal la 'mambang jamban' yang aku terajang hari tu kongsi badan dengan dia, ha? Kalau mereka dua orang berbeza, tak adalah rasa bersalah aku dibuatnya," Zel merungut perlahan. Kepalanya kekal di atas meja.

"Yang awak bedal Malik dulu tu, tak rasa bersalah pula dengan Andi?"

"Dia tu, kes lain," kata Zel. Kepalanya masih tidak dialihkan dari atas meja.

Hana geleng perlahan melihat Zel. "Nak buat macam mana? Dah memang begitu keadaannya. Doakan sajalah yang dia tak cam awak bila bertembung nanti, Zel," kata Hana sambil sengih. Bahu Zel ditepuk perlahan.

(...)

Salleh masuk ke biliknya. Kosong. Sunyi. Gelap.

"Mana pula budak Andi ni pergi? Kata tak ke mana-mana," gumamnya perlahan. Lampu bilik dipasang. Makanan yang dibeli di pasar malam diletakkan di atas meja. Barulah dia perasan sesuatu.

Hoodie sweater yang disidai di kerusinya hilang.

"Jangan-jangan..." Salleh mula panik. Dia buka pintu lokar. Tiada. Dia keluar dari bilik, melilau mencari sweaternya itu.

"Tak ada. Andi pun tak ada. Takkanlah 'dia' keluar pulak?"

Segera Salleh masuk semula ke biliknya, meluru ke tingkap lalu menjenguk keluar. Kelihatan seseorang memakai hoodie sweater milik Salleh, sedang duduk bersila di hujung koridor rasuk julur, di ribanya ada komputer riba yang terpasang. Dia menaip sesuatu, sesekali cermin mata yang dipakainya diperbetulkan.

"Yunus?" Salleh tegur dengan berhati-hati. Lelaki itu berhenti menaip, lalu menoleh ke arah Salleh yang sudah berubah pucat wajahnya.

"Hm. Gangguan dah sampai," katanya dengan nada dingin dan perlahan. Dia sambung menaip.

"Buat apa tu? Marilah masuk," kata Salleh lagi. Yunus buat pekak.

"Ala, tolonglah masuk bilik balik. Please?" Salleh merayu. Yunus hela nafas.

"Apa kamu fikir saya nak bunuh diri lagi?" Yunus bertanya, wajahnya terpamer rasa bengang dek diganggu.

"Er... Lebih kuranglah..."

"Bukan sekarang. Saya nak siapkan benda ni," kata Yunus lagi, menunjukkan apa yang diusahakannya dalam komputer riba itu. Sebuah cerpen.

"Tapi, perlu ke buat di luar? Boleh saja kan buat dalam bilik?"

"Di dalam rasa bahang. Luar ni baru rasa sejuk sikit. Lagipun internet lembab. Saya nak hantar malam ini juga."

"Ya. Saya faham," kata Salleh sambil angguk perlahan. "Masalahnya sekarang, saya tak yakin langsung bila awak kata yang awak tak fikir pasal nak mati sekarang."

"Alasan?" Yunus tanya, sambung menaip.

"Awak sedar tak awak duduk di mana sekarang ni? Awak sedar tak yang bilik kita ni di tingkat lima? Diulang, tingkat lima. Saya ulang sekali lagi, TINGKAT LIMA! Kalau awak tak faham juga, saya report awak ke pejabat KBJ malam ni juga!"

Yunus berhenti menaip, pandang wajah Salleh yang hampir menangis.

"Tolonglah masuk. Saya tak nak pergi kenduri arwah kawan baik saya ni buat masa terdekat ini. Please?"

Lama Yunus diam. Dia melakukan sesuatu pada komputer itu sebelum memadamkannya, lalu bergerak perlahan, masuk semula ke bilik dari koridor rasuk julur itu.

Komputer riba itu diletakkan di atas meja, lalu Yunus berbaring di atas katil.

"Kata nak siapkan cerpen," tanya Salleh.

"Dah hantar dah," balas Yunus sambil menanggalkan cermin mata yang dipakainya. Sekejap sahaja dia sudah lena. Salleh hanya hela nafas lega.

(...)

Sudah hampir tengah malam, namun masih ada manusia yang berlegar-legar di kawasan dewan itu. Kotak-kotak berisi buku-buku yang akan dijual nanti diletakkan di ruang simpanan. Buku-buku yang dibawa keluar pula sudah bersusun kemas di rak pameran.

"Amboi, ceria betul booth pameran ni," kata Raz yang berdiri di hadapan reruai sambil bercekak pinggang. Peluh di dahi dikesat. Penat juga nak set-up reruai ini. Dia cuma tolong sikit-sikit saja, sekadar menyusun kotak-kotak di ruang simpanan.

"Eh, mestilah. Kata nak tarik pelanggan," kata seorang pekerja yang turun dari tangga, baru sahaja selesai membetulkan hiasan yang kelihatan senget di ruang hadapan reruai. Tangga itu dilipat lalu disimpan di ruang simpanan.

"Okey, semua," kata Dato' Azmi - bapa Raz - yang muncul dari belakang reruai, selesai memeriksa apa yang patut. "Semuanya dah okey, jadi kamu semua boleh pulang sekarang. Jangan lambat datang pula esok."

"Terima kasih, Dato'!"

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant