15 (1)

113 7 3
                                    

Seorang jururawat memeriksa keadaan seorang remaja perempuan yang terbaring kaku di atas katil itu. Sudah hampir sebulan sejak remaja itu dimasukkan ke Hospital Damai - dan dia juga pesakit termuda yang mendapatkan rawatan di hospital yang khusus untuk penyakit mental itu.

"Bagaimana?" Seorang doktor lelaki berusia hampir separuh abad bertanya. Dia ditemani seorang lagi doktor perempuan, merangkap menteenya, yang baru sahaja bertugas di situ.

"Tiada perubahan, doktor."

Lama doktor dan menteenya itu membisu. Tinggi sungguh ketahanan remaja itu. Segala jenis ubat-ubatan langsung tidak berkesan. Daripada ubat antikemurungan lorazepam, hinggalah ubatan psikoaktif benzodiazepine - yang berisiko menyebabkan ketagihan jika diberi berterusan, semuanya bagaikan tiada kesan selepas disalurkan ke tubuh remaja itu. Jadi makin teruk, adalah.

"Nampaknya... Terpaksalah kita guna cara 'itu'," kata doktor itu kemudiannya.

"Cara 'itu'?" Si mentee bertanya.

"ECT."

Si mentee terkedu.

"Tapi, dia saksi kes..."

"Ya, saya tahu. Ada cara lain?"

"Tapi, kalau dia buat prosedur itu, ada kemungkinan..."

"Amnesia. Ya. Memang ada kemungkinan. Tapi lebih baik daripada ini, kan, Suria? Tidak bergerak langsung, terbaring kaku di atas katil sepanjang masa."

Si mentee hanya tunduk.

(...)

"Suria!"

Suria yang baru sahaja melangkah keluar dari rumah terus pandang ke arah Che Lan yang berdiri di pintu pagar. Wajah Che Lan kelihatan cemas.

"Che Lan, kenapa ni?"

"Laily! Dia jatuh dalam liang lahad!"

"Apa?"

(...)

Suria berlari anak, mengikuti Che Lan dari belakang, menghampiri liang lahad yang sudah siap digali itu. Laily terbaring di tepi, tidak bergerak, badannya mengiring ke kanan.

"Macam mana dia boleh ada kat situ?" Suria bertanya.

"Kami baru saja siap gali liang lahad tu. Balik sekejap sebab nak bersiap pergi solat Jumaat. Masa nak ke masjid tu Che Lan nampak dia jatuh dalam tu."

Suria terus melutut di sebelah Laily. Mata yang separa terbuka dilihat. Kosong. Bagaikan tiada jiwa di dalamnya.

"Kami baru je bawa dia keluar. Tapi, tulah. Macam ni saja sejak dia dalam tu. Diam saja," kata Pak Harun, penggali kubur yang sebaya Che Lan.

Suria memegang lengan Laily. Sejuk. Sedikit lembik. Wajah Suria terus pucat.

Ya ALLAH, tolonglah jangan relapse! Janganlah jadi balik macam dulu!

Badan lembik Laily didudukkan, lalu Suria memeluk Laily yang semacam patung. Tiada reaksi.

"Laily... Tolonglah cakap. Cakaplah, walau hanya sepatah. Tolong..." Suria berbisik. Matanya terpejam erat. Air matanya mula mengalir.

"Kak... Su..."

Suria buka mata. Matanya melirik ke arah Laily.

"Ya... Akak dengar ni," bisiknya. Lega rasanya apabila mendengar suara Laily yang seakan berbisik itu.

"Saya... Rasa... Berat... Sesak... Sakit."

Pelukan dieratkan. Belakang Laily ditepuk lembut. Laily masih membatu, tiada daya untuk menolak.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now