14 (2)

115 11 8
                                    

Salleh merenung skrin telefon bimbitnya, menunggu mesej dari Hana sejak tadi, namun tidak dibalas. Dia menoleh sekilas ke arah lelaki Cina tadi - Tuan Alex - yang sedang memjawab panggilan telefon tidak jauh dari situ.

Andi yang baru sahaja mengambil ubat di unit Farmasi menghampiri Salleh. Sesekali dia memegang bahagian balutan luka yang kini terasa sedikit perit. Dia sudah tahu apa ceritamya balutan luka itu sewaktu menunggu nombornya dipanggil tadi.

"Salleh, dapat tak contact Hana dengan Zel?"

Salleh menggeleng. "Telefon mereka off agaknya. Bila call terus masuk voicemail. Dah hantar mesej juga, tapi tak sampai."

"Rasanya mereka tak ada pun beritahu nak ke mana, kan?"

Jari Salleh mengskrol conversation dalam kumpulan PCK 2.0. Setiap mesej diteliti. Dia kemudian menggeleng.

"Buat apa lagi tu? Jom balik motel," tegur Shila secara tiba-tiba dari belakang. Terkejut dibuatnya dua sahabat itu.

"Hisy, Kak Shila ni!" Serentak mereka merungut. Shila hanya sengih.

"Dah. Jom."

Mereka berdua menuruti Shila. Namun, langkah mereka terhenti apabila muncul dua lelaki dari kawasan tempat letak kenderaan, berlari ke arah unit kecemasan hospital.

"Er... Abang Raz? Safuan? Kenapa ni?"

Raz pandang ke arah mereka, di wajahnya terpamer riak kerisauan teramat.

"Mama abang..."

(...)

"Okey. Terima kasih ya. Maaf sebab mengganggu encik," kata Suria sebelum memutuskan talian. Dia bersandar di kerusi, laporan perubatan terbentang di atas meja. Soalan Rayyan terngiang-ngiang di telinga.

"Awak pasti, yang dia tak ingat 'hal itu'?"

Laporan di atas meja itu dilihat sekilas. Nota pesakit dibaca berulang kali.

"Dari ayat dia, nampak sangat dia tak ingat langsung. Tapi, apa yang dia alami sejak dua tiga hari ini..."

Bibirnya digigit perlahan. Matanya terpejam.

"Kalau dia ingat semula 'hal itu'... Mampukah dia terima? Atau... Jadi macam dulu? Macam masa mula-mula kami berjumpa?"

Nafasnya dihela berat. Telefon bimbit di atas meja diambil. Nombor telefon Laily didail. Namun tiada jawapan. Terus masuk peti simpanan suara.

"Mana pula dia ni pergi?"

(...)

Laily merendahkan tubuhnya, hampir terduduk, nafasnya mula tersekat-sekat. Dia berpaut kemas pada tiang di sebelahnya. Matanya tidak lepas dari melihat insiden yang sedang berlaku betul-betul di bawahnya.

Nampaknya tiada sesiapa pun yang menyedari kewujudannya di atas rasuk gudang itu. Mungkin disebabkan pakaiannya serba hitam, dan kawasan tempat dia berdiri itu gelap, maka dirinya berjaya disembunyikan dari pandangan mata mereka di bawah sana.

Seboleh mungkin dia cuba mengawal pernafasannya. Badnnya mula terasa lemah, namun digagahkan juga supaya tidak jatuh ke bawah. Mimpi malam tadi dan memori 'itu' saling muncul, bersilih ganti.

"Apa semua ini?" Bisiknya perlahan sambil mengetap gigi, cuba mengecam tujahan imbasan yamg datang bertubi-tubi itu. Matanya masih bertumpu ke arah Johan Hafez yang tertunduk sedikit, menahan perit, sebelah tangannya dibasahi darah.

(...)

Mata lelaki itu merenung tajam ke arah Johan Hafez, amarah yang ditahan akhirnya meletus di saat mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Johan Hafez itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now