14 (3)

119 12 9
                                    

Seorang lelaki keluar dari sebalik longgokan cerucuk yang bersusun tidak jauh dari lubang itu. Wajahnya pucat. Seluruh tubuhnya menggeletar. Dia menghampiri remaja yang terbaring tidak sedarkan diri di atas tanah itu.

"Kau... Bunuh abang aku..."

Pisau belati yang tercacak di atas tanah, masih berlumuran darah diambil. Badan remaja itu ditelentangkan.

"Nyawa dibalas nyawa." Pisau belati diangkat tinggi. Bahagian kiri dada disasarkan. Namun, tidak jadi dibenamkan dek bunyi siren polis yang kedengaran.

Dengan segera dia meninggalkan tempat itu. Pisau belati itu dibawa bersamanya.

(...)

Satu lembaga hitam tiba-tiba jatuh dari atas, betul-betul di antara dua lelaki itu. Selendang di tangan kanannya dilibas pantas ke sekelilingnya, menjarakkan kedudukan dua lelaki itu. Dek terkejut, mereka berdua terus jatuh di atas lantai. Pisau belati di tangan Johan Hafez terlepas dan tercampak jatuh, terus menusuk kaki kanannya yang hanya bercapal.

"Siapa tu?" Hana dan Zel terkedu. Mereka cuba cam lembaga hitam yang muncul secara tiba-tiba itu.

"Laily?"

Lembaga itu berdiri tegak, selendang di tangan kanannya dililitkan semula di leher. Wajahnya pucat, namun tampak serius. Setiap wajah mereka di situ dilihatnya satu persatu.

Johan Hafez tiba-tiba tertawa. Laily dengan pantas menoleh ke arah lelaki itu. Dia gagahkan diri untuk bangun semula.

"Tak sangka, kamu ada di sini, wahai pembunuh."

Pembunuh? Jadi... Dia remaja dalam bayangan minda dia ini? Orang yamg sebabkan kematian Johan Hariz? Hana terkesima, tidak percaya.

Laily terus berdiri, wajahnya kekal tenang.

"Malah, kamu masih boleh kekal begitu selepas abang meninggal. Tak ada perasaan. Dasar psychopath!" marah Johan, wajahya berkerut menahan pedih yang menjalar di kaki.

"Jadi, saya selesaikan kamu dahulu!" Matanya fokus ke arah Laily, serangan anginnya dilancarkan ke arah remaja itu. Namun...

"Kenapa aku nampak segalanya... Jadi hitam putih?"

Angin kuat bertiup. Namun, serangan itu langsung tidak mengenai tubuh gadis itu walaupun terasa angin bertiup ke arahnya. Sebaliknya, serangan itu beralih arah, mencederakan Johan Hafez!

"Apa dah jadi?" Hana berbisik, terkejut melihat apa yang sedang berlaku di hadapannya itu. "Kenapa serangan angin tu makan tuan pula?"

Johan Hariz terus jatuh terduduk, pakaiannya kini koyak rabak. Pandangannya kembali normal. Nampak segala warna di sekitarnya. Tetapi, ada sesuatu yang hilang dari dirinya serentak dengan munculnya kembali warna pada penglihatannya.

"Kenapa aku tak boleh guna kelebihan aku lagi?" Dia berbisik, panik. Dia kemudian pandang Laily dengan penuh amarah.

"Apa yang kamu dah buat?"

"Buat apa?" Laily tanya semula, sedikit hairan. "Mana datang angin kuat tadi? Gudang ni bertutup kan?" Dia termagu-magu.

Suasana sekitar tiba-tiba terasa sepi. Janggal dengan jawapan Laily itu.

"Hm... Psychopath. Nama lainnya, kecelaruan personaliti antisosial. Dinamakan begitu atas faktor ketiadaan empati dan keupayaan manipulasi orang di sekelilingnya, juga kewujudan tingkah laku bersifat antisosial. Jadi... Tak tepat untuk encik panggil saya begitu. Saya cuma... Seorang yang ada alexithymia."

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now