12 (2)

102 14 4
                                    

Pagi.

Cerah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Bau masin air laut dapat dihidu dari lokasi tempat dua lelaki yang sedang berdiri di hujung jalan itu.

"Sini?"

"Ha-ah."

"Kau pasti?"

"Ya. Van tu ikut laluan ni semalam."

Lama mereka berdua bungkam, merenung ke arah jalan tar yang kurang kemas buatannya, bersambung dengan hujung jalan tempat mereka berdua berdiri. Di kiri dan kanan jalan itu dipenuhi pokok.

"Jadi, bagaimana?"

"Kena cari bukti. Kan?"

"Memanglah. Nanti jadi macam Hana semalam."

"Tapi... Tak bahaya ke ni?"

"Itulah pasal." Nafas dihela lemah.

(...)

Lakaran peta dikeluarkan. Hana meneliti peta yang dilukisnya itu. Dewan Persada, Hotel Melati, kawasan hutan paya bakau berhampiran Pantai Sedili dan sebahagian kecil kawasan perindustrian. Kesemuanya ditanda menggunakan pensel warna.

Hana yang sedang duduk di pangkin luar rumah menghela nafas. Mesej WhatsApp dilihat semula. Rancangan yang dibuat secara tergesa-gesa itu diteliti. Andi dan Salleh akan siasat ke mana van Nour Mina itu pergi ke dalam hutan paya bakau, manakala Bray diminta bersiaga di Hotel Melati. Manalah tahu ada dron tiba-tiba muncul.

Sekarang, yang tinggal hanya dia dan Zel. Dan mereka akan...

"Hana!"

Zel berjalan keluar dari rumah. Hana terkesima melihat Zel.

"Dah macam tentera dah saya tengok awak ni, Zel," kata Hana perlahan. Masakan tidak, Zel mengenakan cap corak celoreng di kepala, berkemeja T hitam dan berseluar kargo, juga dengan corak celoreng.

Zel sengih.

"Pak Ngah tak suspicious ke awak pakai macam ni?"

"Awak agak?" Zel bertanya semula sambil sengih.

"Dah beritahu Nina?"

"Dah. Kalau tak ada update dalam dua jam, dia report polis. Kan?"

Hana angguk. Kunci kereta dibawa keluar dari dalam beg.

"Mari!"

(...)

Kertas di tangan diteliti. Keputusan ECG yang baru sahaja dijalankan tercetak di situ. Dia kemudian memandang ke arah dua orang gadis di hadapannya.

"Tak perlu risau, Suria. Berdasarkan keputusan ini, dia okey saja. Jantung dia pun normal. Tak ada apa-apa masalah," kata doktor lelaki itu sambil merenung ke arah Laily. Senyuman mesra terukir di bibirnya.

Suria yang duduk di kerusi bersebelahan hela nafas. Lega mendengar jawapan itu.

"Kalau begitu, boleh saya keluar? Saya nak ke tandas," kata Laily.

"Pergilah. Lagipun, saya ada benda nak bincang dengan Suria ni."

Laily angguk perlahan lalu keluar dari bilik konsultasi itu. Sebaik sahaja pintu ditutup, Suria terus pandang ke arah doktor itu.

"Kenapa, Rayyan?" Dia terus bertanya tanpa berselindung.

"Awak kata, dia kena serangan panik tanpa sebab semalam?"

Suria mengangguk.

"Setahu saya, dia memang ada rekod, kan?"

Suria membisu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now