9 (2)

131 12 8
                                    

*15 minit sebelum kejadian*

Syam sedang melihat-lihat pakaian di sebuah butik di dalam Aeon Baiduri. Matanya terarah ke sekumpulan belia yang sedang berbincang di medan selera Arena tidak jauh dari situ. Dahinya berkerut seketika. Rasa ingin tahu menyelubungi dirinya, namun ditahan.

"Meeting apa yang rahsia sangat? Kenapa panggil dia saja?" bebelnya perlahan, sambil membelek-belek kemeja di ruang pameran itu.

Kau nak tahu tak?

"Hm... Tak payahlah."

Hei, takkan tak pelik kenapa mereka ajak mamat tu je. Takkan la kau tak nak ambil tahu, kan?

"Sebenarnya kau yang nak tahu, kan?"

Suara yang bergema dalam mindanya itu tertawa kecil. Yes. Macam tahu-tahu je. Memang aku nak tahu apa yang mereka discuss. Manalah tahu ada kena mengena dengan aku, kan.

"Ceh. Tak payah sibuk hal oranglah. Malas aku nak layan kau."

"Woi. Cakap sorang-sorang ni, apasal?" Seseorang menegur dari belakang, mengejutkannya. Dia terus pandang ke arah orang itu.

"Hisy, buat terkejut saja."

Safuan sengih. "Kau nak beli apa-apa ke? Aku dah selesai," katanya lagi sambil menunjukkan beg plastik berisi sweater yang dibeli di situ.

"Tak ada rasanya..."

"Kalau macam tu... Aku nak ke tandas sekejap. Boleh tolong pegangkan ni kejap tak?" Plastik berisi sweater disua ke arah Syam.

(...)

Syam berdiri di luar tandas, menunggu Safuan menyelesaikan apa yang patut. Lama benar dia membuang. Matanya menangkap kelibat Hana dan Zel sedang berjalan ke arah tandas dari jauh. Dengan segera dia masuk ke dalam tandas.

Dia terus ke sinki, meletakkan plastik berisi sweater di atas countertop. Dia kemudian bersandar di dinding bersebelahan pintu keluar.

"Safuan, lama lagi tak?" Syam bertanya dari tempat dia berada.

"Tunggulah kejap..."

"Sembelit ke apa", bebel Syam. Dia lihat sekeliling. Tiada orang kelihatan. Lengang.

Pinjam badan kau jap. Aku ada benda nak settle.

Syam tersentak. "Kau jangan buat hal. Aku tak nak masuk hospital lagi," bisiknya kepada suara itu.

Alah, sekejap je.

"Aku kata ja-"

(...)

"Tak bahaya ke bawa benda tu ke hulu ke hilir?" Hana bertanya Zel yang mengemaskan beg silangnya di atas countertop. Tippmann TiPX dialihkan di ruang sisi dalam beg supaya mudah diambil.

"Tak," kata Zel selamba.

"Awak... Tak serius kan, pasal nak tembak 'mambang jamban' tu?"

Zel geleng laju.

"Haip. Anak orang tu!"

"Kalau dia datang mengacau, siaplah dia!" Zel sengih. Mereka berdua keluar dari tandas.

Pintu tandas lelaki tiba-tiba terkuak, seorang lelaki keluar. Gaya rambutnya sedikit pacak ke belakang, kemeja yang dipakainya dibuka butangnya hingga habis, mendedahkan kemeja T putih di dalam. Dia senyum menggoda.

"Hello, girls," sapanya.

Hana dan Zel kaku, merenung lelaki di hadapan mereka itu selama lima saat, tiada reaksi terpamer di wajah mereka.

Speak of the devil.

"Bye-bye," kata mereka berdua serentak sambil melambaikan tangan, lalu beredar dengan laju dari situ.

"Hei, tunggulah!" Lengan Zel berjaya ditangkap. Wajah Zel terus memerah. Amarahnya tiba-tiba membuak.

"Jurus tujahan patriot!"

Serentak dengan itu juga, kaki kanan Zel melayang tinggi. Aron lepaskan pegangan pada tangan Zel lalu berpusing sedikit, mengelak sepakan itu.

"Hehe! Ingat you boleh guna taktik yang sama lagi ke?" Aron angkat kepala. Senyumannya memudar apabila menyedari kedua-dua gadis itu sudah menghilangkan diri.

"Hm. Takpe. Dah tahu kat mana you pergi." Dia sengih sendiri.

Aron berjalan meninggalkan kawasan tandas itu. Safuan yang selesai urusannya mendengar bunyi kecoh-kecoh di pintu tandas dan terus menghubungi Bray.

(...)

"Kod 'pistol' ada di sini!"

"Say WHAT!"

Serentak dengan itu, lagu Helicopter oleh Bloc Party bergema dari pembesar suara pusat membeli-belah itu. Seorang lelaki - yang menyebabkan mesyuarat mereka ditangguhkan itu - muncul di celahan orang ramai, berjalan ke arah mereka.

"Great timing, bro. Great timing," kata Salleh perlahan. Mereka kelam kabut menyimpan helaian kertas di atas meja itu.

"Okey, kita bersurai. Nanti kita meeting lagi. Kalau Aron Raiz tu tanya apa-apa, kita kunci mulut. Jangan beritahu dia apa-apa," kata Hana, perlahan namun tegas. Mereka yang lain mengangguk faham.

"Now, move. Move. MOVE!" Zel berkata pula. Masing-masing mula bergerak keluar dari medan selera Arena itu.

(...)

Sebuah motosikal ditunggang laju di hadapan Aeon Baiduri. Sejak tadi penunggang motosikal itu berada di situ, bagaikan mencari-cari sesuatu.

Motosikal itu tiba-tiba memecut laju ke arah seorang wanita yang berada di pondok bas berhadapan pusat membeli-belah itu, baru sahaja keluar dari bank tidak jauh dari situ. Wanita itu tersungkur di bahu jalan.

Hana dan Zel yang ternampak kejadian itu terus menghampiri wanita itu.

"Makcik, makcik okey?"

Wanita itu mula menangis teresak-esak. "Duit untuk rawatan anak makcik... Semuanya habis..."

Zel berdiri. Kedua tangannya digenggam erat.

"SIAPLAH KAU, PERAGUT!" Zel terus berlari dengan pantas, mengejar peragut yang sudah menjauh itu.

"Zel! Dia naik motorlah!" Hana melaung. Zel bagaikan tidak mendengar.

"Hana, biar saya ikut," kata Andi. Dia terus berlari mengejar Zel.

"Aku pun. Bray, telefon polis," kata Salleh, juga berlari mengejar Zel.

Bray yang berdiri berhampiran Hana mengangguk, telefonnya dibawa keluar. Hana membantu wanita itu duduk di bangku yang disediakan.

(...)

Peragut itu menyedari sesuatu di simpang tiga di hadapannya. Lampu isyarat berwarna merah. Ada kereta peronda polis di situ, selang sebuah kereta, sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Peragut itu ketap gigi. Lampu kuning sudah menyala. Dia pandang sisi. Seorang gadis sedang berlari di sebelahnya dengan wajah menyinga.

"Biar betul!" Peragut itu terkesima. Laju betul minah ni lari!

"Pulangkan balik beg makcik tu!" Zel cuba rentap beg yang diragut itu namun gagal apabila peragut itu memusingkan motosikalnya masuk ke simpang u-turn, menyebabkan Zel jatuh tersungkur di tengah jalan.

Serentak dengan itu, sebuah kereta meluncur laju ke arah Zel. Hon kereta berbunyi kuat.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now