3 (4)

163 17 10
                                    

Salleh renung sticky note yang terlekat di pintu lokar Andi. Sticky note itu berwarna merah, bukan putih seperti selalu.

Tasik dekat balai cerap.

Cuma empat perkataan itu saja yang tertulis di sticky note itu. Dan, disebabkan sticky note itu berwarna merah, Salleh terus dapat agak siapa yang menulisnya.

(...)

Beberapa tumbukan padu dilepaskan ke sebatang pokok meranti yang terletak berhampiran tasik itu. Bagi setiap tumbukan, beberapa helai daun kering berguguran dari pokok itu. Lelaki itu kesat peluh yang merenik di dahi. Dia kemudian sambung menumbuk pokok di hadapannya itu.

"Kenapa tak pergi gym kolej je, Malik?"

Lelaki itu berhenti menumbuk pokok meranti itu lalu menoleh ke arah belakangnya. Salleh bersandar di sebatang pokok, sedang memerhatikannya.

"Gym tutuplah. Kan tengah cuti."

"Oh. Yalah. Lupa pula," kata Salleh sambil sengih. Malik sambung menumbuk pokok meranti itu.

"Malik."

"Apa?" Malik tanya, kurang senang dek diganggu.

"Boleh ajar aku ilmu self-defense yang paling senang tak?"

Malik terus berhenti menumbuk, berpusing menghadap Salleh.

"Kau bukan masuk silat ke?"

"Wei. Baru dua minggu lepas aku join. Buat kuda-kuda pun tak lepas. Tolonglah," rayu Salleh.

Malik hela nafas. Telefon Salleh tiba-tiba berbunyi.

"Sekejap. Nak tengok mesej. Manalah tahu tu Mama aku ke," kata Salleh.

"Hm."

Salleh keluarkan telefonnya. Dahinya berkerut. "Apahal Alif pergi hantar link video Youtube ni?"

Pautan itu ditekan, membawa ke satu rakaman video yang buat Salleh terkejut. Tajuk video, 'gusti di pameran buku'.

"Weh, Malik. Tengok ni."

"Apa?"

Salleh tunjukkan rakaman itu kepada Malik. "Cuba tengok. Tu... Zel, kan? Dan, yang kena bedal tu..."

(...)

Zel duduk bersandar di dinding lokap. Hanya dia sahaja di situ. Wajahnya kosong. Fikirannya bercelaru. Kedua-dua tangannya dilihat sekilas. Bengkak. Yalah, masuk mod Sparta masa di pameran buku tadi.

"Kenapa aku tak boleh buat macam ni pada si celaka tu?" Zel membebel perlahan. Air matanya bergenang. Memori lama bagaikan terimbau kembali.

(...)

Lelaki itu senyum, berdiri, memandang Zel yang mengacukan senapang paintball ke arahnya, wajahnya merah padam menahan dendam yang membara.

"Adik manis ni, nak tembak abangkah?" katanya tenang. "Tembaklah. Lepaskan semuanya."

Tangan Zel terketar-ketar membidik. Paintball dalam hopper digantikan dengan guli kaca yang sama saiz. Tentu mampu mencederakan lelaki di hadapannya itu.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now