10 (3)

115 9 2
                                    

"Kau kata, kau cari budak tahfiz yang meniaga, ya?"

Bray yang masih bercelaru mindanya dek kemunculan mendadak Syam di tempat duduk belakang kereta hanya mengangguk lemah.

"Tak silap aku, dekat-dekat sini ada seorang," kata Syam, tiba-tiba teringatkan kanak-kanak yang dibantunya beberapa hari lepas.

"Betul?"

Syam angguk. "Tak silap aku, di stesen minyak depan sana."

"Kau pasti ke, di stesen minyak tu ada seorang?" Bray tanya semula, untuk kepastian.

Syam angguk lagi. "Seingat aku, memang ada seorang di stesen minyak tu. Aku siap tolong dia lagi hari tu."

Bray mengangguk. Stereng kereta diputar, mahu masuk je simpang menuju ke stesen minyak.

"Eh, apahal tu?"

Kedua-dua lelaki itu nampak secara langsung seorang kanak-kanak berjubah dan berserban tergelincir di tepi jalan lalu dirempuh sebuah van.

(...)

"Ya ALLAH!"

Hana, Nina dan Zel yang berada dalam kereta dan dalam perjalanan pulang, sama-sama terkedu melihat kanak-kanak itu terbaring di atas jalan, berlumuran darah. Lelaki bertubuh besar itu sudah melarikan diri. Van yang melanggar kanak-kanak itu pula berhenti di tepi jalan, pemandunya sedang panik.

Laily yang berada di seberang jalan pula menerpa ke arah kanak-kanak di atas jalan itu. Dia juga hampir-hampir dilanggar kereta dari jalan yang tidak jauh dari tempat mereka berdua berada.

"Eh, kita pergi sana!"

"Tak bolehlah, Zel."

"Apasal pulak?" Zel membetah.

"Sini jalan sehala!" Nina menunding ke arah papan tanda di tepi. "Kita kena jalan jauh ke hujung jalan ni, baru boleh pusing, pergi sana."

Zel mengeluh. Matanya melirik ke arah cermin pandang belakang kereta. Baru dia perasan sesuatu.

"Tu... Dashcam, kan, Nina?"

"Yup."

(...)

"ADAM!"

Adam buka mata. Dia cuba senyum. Rasa sakit yang teramat menjalar ke seluruh tubuh. Laily melutut di tepi jalan itu, kepala Adam berada di pangkuan Laily.

"Akak... Adam... Sakit..."

"Adam bertahan, ya. Akak telefon ambulans." Laily bawa keluar telefon bimbitnya. Serentak dengan itu, sebuah kereta berhenti di hadapan mereka berdua.

"Jom, abang hantarkan ke hospital," kata pemandu kereta itu. Rakannya pula keluar dari kereta, membuka pintu belakang seluasnya. Dia kemudian membantu Laily mengangkat Adam masuk ke dalam kereta.

(...)

Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Habis semua lampu isyarat dilanggar. Kedua-dua lampu kecemasan dinyalakan.

"Jauh lagi ke hospital ni?" Bray tanya Syam yang melihat peta melalui telefon bimbitnya.

"Kalau tengok apps Waze ni, dah dekat dah. Masuk simpang kiri tu, lepas tu jalan terus, sampailah."

"Adam, jangan tidur. Bangun," kata Laily perlahan. Tangannya tepuk lembut pipi Adam yang matanya hampir terpejam. Mereka berdua curi pandang Laily dan budak di belakang itu.

"Adam... Dah tak... Tahan..."

Adam terbatuk-batuk. Darah mengalir keluar dari hidung dan mulutnya, juga dari luka-luka di seluruh badannya.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now