9 (4)

135 10 16
                                    

Skrin telefon ditunjukkan kepada seorang lelaki - tuan punya kedai runcit yang pengsan malam semalam. Tuan Alex menanti jawapan dari lelaki tua itu.

Lelaki itu menggeleng.

"Betul tak pernah nampak?"

"Tak. Yang perempuan tu, adalah."

Tuan Alex mengangguk. "Terima kasih atas kerjasama encik, ya,"

Lelaki itu mengangguk. Tuan Alex berjalan keluar dari wad itu, diikuti Inspektor Razlan.

"Kenapa tuan tunjukkan gambar tu? Tuan dah tahu siapa suspeknya?"

Tuan Alex senyum. "Hm... Suspek? Tolong jangan beritahu yang siasatan team kamu untuk kes itu dah temui jalan buntu."

Inspektor Razlan mengeluh. "Memanglah si mati tu memang dikehendaki polis atas kes rompakan bersenjata, tapi..."

"Jangan lupa, Razlan. Kita berdua uruskan kes yang berbeza."

"Tapi, kes tuan tiada kaitan dengan kes saya!"

"Awak pasti?"

Inspektor Razlan diam.

(...)

Bray berjalan keluar bilik, mula risau. Syam masih belum balik ke hotel. Telefon bimbit dikeluarkan. Aplikasi Whatsapp dibuka. Dahinya berkerut. Pelik melihat kewujudan group baru di situ.

'PCK 2.0'

Dia melihat info kumpulan. Hana sebagai admin. Jarinya pantas menaip mesej.

PCK. Akronim kepada? - Bray

Kalau kami beritahu, janji jangan ketawa. - Salleh.

Beritahu sajalah. - Bray

Pakatan Cucur Kodok - Hana

Tawa hampir meletus dari mulut Bray. Random gila nama kumpulan.

Kenapa cucur kodok??? 😂😂😂 - Bray

Adalah. Lagipun ni 2.0, function lain hehe - Hana

Dia tiba-tiba membatu di hadapan lif. Seorang lelaki, kedua tangannya di dalam saku seluar, sedang tersengih-sengih di dalam lif itu. Sengih penuh makna.

"Kenapa berdiri je di situ? Masuklah."

Bray masuk ke dalam lif. Entah mengapa suasana sekitar terasa janggal.

"Boleh aku tahu, apa benda yang korang discuss masa di Aeon tadi?"

Bray membisu, buat pekak dengan soalan Aron itu. Dia pandang terus ke pintu lif. Serba salah.

"Hm... Pelik juga, mereka meeting ajak kau seorang aje. Suspicious. Hm... Ada kaitan dengan aku tak?

Bray masih membisu.

"O-key... Tak nak cakap. Fine. Aku cari sendiri."

Pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar dari lif, berpecah membawa haluan masing-masing. Bray terus keluar hotel, manakala Aron terus ke kafe manisan.

Bray curi-curi pandang Aron yang sedang melihat-lihat manisan di rak pameran sambil bawa keluar telefon bimbitnya. Aplikasi Whatsapp dibuka. Dia menaip sesuatu dalam kumpulan 'PCK 2.0'.

Aku takut dia tahu sendiri je plan kita ni... - Bray

Dia? Siapa? - Zel

Aron Raiz. - Bray

(...)

Adam duduk bersila di atas rumput di atas tanah lapang berhampiran stesen minyak itu. Jauh di sudut hati, dia rasa kecewa.

"Saya salah cakap ke?" Dia menggumam perlahan.

Tadi , dia curi-curi masa untuk ke pondok telefon berhampiran untuk menghubungi ibu bapanya. Namun, ibu bapanya menyangka yang Adam sekadar beri alasan untuk keluar dari institut tahfiz itu. Siap suruh bertahan lagi untuk sebulan dua.

"Adam?"

Adam mendongakkan kepala. Dia senyum. Serentak dengan itu, sebungkus coklat Cloud9 dihulur.

"Terima kasih, akak." Coklat itu diambil.

Laily ambil tempat di hadapan Adam. "Bagaimana?"

"Hemmm..." Adam topang dagu.

"Kenapa akak dah agak respon awak tu?"

Adam mencebik.

"Hm... Boleh tak akak minta nombor telefon rumah Adam?"

Adam terus pandang Laily. "Akak nak buat apa?"

"Hm... Entah. Terasa nak minta je."

Adam buat muka menyampah.

"Boleh tak?" Buku nota dan pen dihulur.

Adam terus ambil pen dan buku nota itu lalu menulis nombor telefon rumahnya. Dia kemudian pulangkan balik buku nota dan pen itu.

"Harapnya, malam ini berlaku keajaiban," kata Laily, kriptik.

Adam terpinga-pinga.

"Ha, boleh tak akak tahu, apa yang Adam nak beritahu akak semalam?" Laily bertanya selepas menyimpan buku notanya.

Adam tarik nafas dalam-dalam.

"Adam nampak..."

(...)

Syam yang mengemaskan pakaian kotor di beg garu kepala. Dari mana pula datangnya benda serupa pistol ini? Elok terletak di celah-celah baju kotor masa dia masukkan ke dalam laundry bag.

Dia duduk di atas katil, membelek-belek pistol paintball Tippmann TiPX itu. Serentak dengan itu juga, Bray dan Safuan masuk ke bilik. Bray terus masuk ke tandas, manakala Safuan menghampiri katil.

"Apa benda tu?" soal Safuan.

"Pistol mainan... kot?" Syam sengih. Pistol itu masih lagi dibelek.

"Eh, bagi aku kejap. Nak tengok juga," kata Safuan. Dia menghampiri Syam, tangannya diletak di bahagian atas pistol itu.

"Aku tak habis tengok lagi la," betah Syam.

"Ala. Bagilah aku tengok. Kejap la."

"Eh, janganlah!"

Kedua-dua lelaki itu berebut pistol itu di atas katil. Picu pistol tertarik tanpa sengaja.

PHAMM! KRAK!

Bray keluar dari tandas, terkejut mendengar bunyi itu. Syam dan Safuan pula kaku di tempat masing-masing. Ketiga-tiga mereka merenung skrin televisyen hotel yang retak seribu, di tengah-tengahnya ada guli melekat di situ.

Raz masuk ke dalam bilik. Terkejut dia melihat skrin televisyen yang retak itu. Lantas dia pandang ke arah Syam dan Safuan sambil bercekak pinggang.

"Dia yang buat," kata Safuan, menunding ke arah Syam yang masih memegang pistol paintball itu di tangannya.

"EH?"

(...)

Wajah mudir Institut Tahfiz Nour Mina itu berkerut menerima panggilan telefon itu. Selepas berbicara dengan entah siapa di hujung talian, panggilan ditamatkan. Dia berfikir panjang.

"Lepas satu, satu," katanya perlahan. Semalam, 'rancangan kebenaran' gagal teruk. Hari ini, beberapa ibu bapa pelajar tahfiz menghubunginya untuk mengambil anak masing-masing dari institut tahfiz itu.

"Ada tangan-tangan ghaib sedang menghalang kebenaran dari terserlah..." Dia berbisik.

Nizam menjenguk masuk ke dalam pejabat mudir institut tahfiz itu. "Walid ada panggil saya?"

"Ya, Nizam. Nampaknya, kita kena segerakan 'itu'. Ada orang sedang cuba halang rancangan 'Nour Iman'."

Nizam mengangguk faham.

"Kita mulakan fasa pertama."

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now