13 (1)

106 7 6
                                    

Bulan mengambang, langit cerah. Sepasang kekasih sedang duduk di taman berhampiran kawasan tapak pembinaan. Masing-masing menikmati suasana malam yang hening di atas bangku yang menghadap tasik.

"Indah kan suasana malam ini?" Si teruna berkata. Sesekali tangannya membelai rambut si dara yang berada di sebelahnya.

"Yalah, sayang. Tak sangka permandangan di sini sangat cantik. Pandai awak pilih tempat."

"Maknanya, selama in awak tak perasan la kewujudan tempat macam ni, kan?"

Si dara mengangguk. "Nanti, bila kita kahwin, kita buat photoshoot di sini. Mesti lawa, kan!"

Si teruna hanya senyum. Dua air kotak yang dibawanya bersama dikeluarkan dari plastik. Dia menghulurkan salah satunya kepada si dara.

"Nah. Your favourite, kan."

Si dara mengambil sambil senyum lebar. "Yes. Thanks, dear," katanya lalu minum air tersebut. Si teruna juga melakukan perkara yang sama pada minumannya.

Lima minit kemudian, si dara sudah terlentok di bahu si teruna. Matanya semakin layu dan akhirnya terpejam.

Si teruna kemudian merenung si dara yang terlena itu sambil senyum sinis.

Dari kejauhan, satu kelibat sedang memerhatikan mereka berdua...

(...)

GEDEBUK!

Pintu stor terbuka. Hana terus menjengah masuk. Dilihatnya seorang lelaki jatuh tersembam di atas longgokan kotak, ikatan kain pada tubuhnya sudah hampir terlerai. Dia lihat atas pula. Zel masih terayun-ayun, meronta-ronta.

"Zel, awak okey?" Hana merapati Zel, cuba menghentikan ayunan tubuhnya yang masih terikat di rasuk. Lelaki yang masih tersembam itu diabaikan.

"Huk! Sampai hati awak..." Lelaki itu bangun dari pembaringannya, memegang mukanya yang terasa perit dek terhempas di atas longgokan kotak itu. Hana terus pandang ke arah lelaki yang sudah duduk itu tanpa rasa.

"Okey je saya tengok awak. Tu, ikatan tu pun dah nak tertanggal," katanya selamba. Mata lelaki itu direnung sebelum bibirnya mengukir senyum perli. "Best tak kena pukul dalam keadaan tergantung, Aron?"

Hana cuba sekali lagi menahan badan Zel yang masih tergantung dari terus berayun.

"Ha, Aron. Alang-alang dah terlepas tu, tolong saya... Eh?"

Mata Hana melilau ke sekeliling stor. Aron sudah menghilangkan diri. Yang tinggal hanya kain yang mengikatnya tadi, elok terletak di atas lantai.

"Bila masa mambang ni keluar?"

(...)

Andi lihat kawasan sekelilingnya. Di hadapannya kelihatan sekumpulan kanak-kanak yang masih terikat. Masing-masing ketakutan dengan apa yang mereka alami sekarang ini.

"Abang... Abang kena tolong kami keluar," bisik salah seorang dari mereka.

"Ya. Memang tu yang abang fikir. Tapi macam mana?"

"Tak tahu."

Andi dan budak itu bungkam. Bagaimana mahu keluar kalau di luar, ada sekumpulan lelaki berjubah dan berserban yang bersenjatakan pistol dan rafial? Senjata sebenar pula itu! Dia tidak mahu ambil risiko.

Sekurang-kurangnya buat masa terdekat ini.

Bunyi kecoh-kecoh di luar menarik perhatian Andi. Dia terus mengintai dari celahan lubang dinding rumah papan tempat mereka berada. Rahang Andi terus jatuh apabila menyedari kumpulan lelaki bersenjata itu sedang bertempur dengan polis!

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now