Extra : Just (Du-it) - 1

Start from the beginning
                                    

"Seminggu?"

"Seminggu."

"Tak boleh cepat lagi ke?"

"Tak sempat la. Nak buat kad ATM baru, leceh. Banyak benda kena buat. Kena pergi LHDN lagi, minta pengesahan dokumen."

"Ada akaun bank lain tak?"

"Tak ada."

"Sekarang, macam mana?"

"Entah."

Bunyi gitar dan suara seseorang menyanyi sayup-sayup kedengaran dari tempat mereka berada. Masing-masing cuba menajamkan pendengaran. Ada sesuatu pada irama gitar dan suara itu pada telinga mereka.

"Kenapa... Macam kenal?"

Dengan segera mereka bangun dari bangku dan pergi ke arah punca nyanyian itu.

(...)

"🎼Cause you had a bad day
You taking one down
You sing a sad song, just to turn it around

You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile, and you go for a ride~🎵"

Lagu 'Bad Day' oleh Daniel Powter itu dinyanyikan seorang lelaki dengan iringan melodi gitar. Suaranya sungguh merdu sampaikan ramai orang berhenti berjalan-jalan di pantai itu seketika, semata-mata untuk mendengar nyanyian busker solo bertopi fedora hitam itu.

Tamat sahaja lagu dinyanyikan, para penonton memberikan tepukan gemuruh. Lelaki itu tunduk hormat lalu menanggalkan topi fedoranya. Di saat topi dihulur ke hadapan, beberapa orang meletakkan wang di dalam topi itu lalu beredar. Senyum kecil terpamer di wajah apabila melihat wang di dalam topinya itu.

"Terima kasih," katanya dengan penuh hormat. Dia berjalan ke arah bangku panjang berhampiran, sambil mengeluarkan wang yang diperolehi dari aktiviti busking tadi dari dalam topinya.

"Salleh?"

Lelaki itu terkejut sedikit apabila mendengar namanya dipanggil.

"Syam? Safuan? Apa korang buat di sini?"

(...)

"Kenapa sedih sangat cerita korang ni?"

Salleh melabuhkan punggung di bangku panjang tidak jauh dari tempat dia busking tadi, seusai mendengar cerita dari Syam dan Safuan. Sesekali dia menggeleng perlahan. Gitar yang digunakan tadi diletakkan di tepi bangku.

"Jadi... Berapa ringgit lagi tak cukup ni?"

"RM200," kata Syam dan Safuan serentak.

Salleh membisu, mindanya ligat berfikir bagaimana mahu membantu dua manusia yang dirundung malang itu.

"Salleh!"

Ketiga-tiga lelaki itu terus pandang ke arah tuan empunya suara - Andi - yang sedang berlari ke arah mereka. Wajahnya terus terpamer kehairanan apabila melihat keberadaan dua lelaki itu.

"Pergi mana tadi?" Safuan terus bertanya.

"Er... Ada hal tadi. Yang kamu berdua ni, buat apa di sini?"

"Kad ATM Syam kena telan," kata Salleh selamba.

"Eh? Kena telan?"

Salleh angguk. "Mereka ni kena dapatkan RM200 sebelum esok."

"Eh? Sempat ke? Kerja part time pun, belum tentu dapat RM200 sehari."

Salleh angkat bahu.

"Ada idea tak?" Syam bertanya.

Andi diam seketika sebelum petik jari. "Sandwic."

"Sandwic?" Mereka di bangku berkata serentak.

Andi angguk. "Ada duit dalam tangan tak? Guna sikit buat modal."

"Cakap pasal modal!" Safuan tiba-tiba berkata. "Saya ada something yang mungkin berguna."

(...)

"Mana datangnya benda ni?"

Salleh membelek-belek isi kandungan plastik kecil yang dibawa Safuan. Ada beberapa bungkus kecil kiub mentega sapuan dan marmalade, dan juga beberapa paket kecil gula, krimer bukan tenusu dan lada sulah di dalamnya. Malah, sudu plastik pengacau minuman panas yang kecil tapi panjang itu juga ada sekali.

"Ambil di kafe hotel," kata Safuan dengan selamba.

Andi dan Salleh saling berpandangan, kemudian mereka berdua pandang Safuan.

"Banyaknya ambil."

"Apa salahnya? Kan dah bayar?"

Andi garu kepala. "Memanglah dah bayar, tapi... Ni macam banyak sangat awak ambil... Macam mencuri pun ada juga, sebab banyak sangat."

"Dah tanya staf kafe. Mereka tak kisah pun. Lagipun benda-benda ni semua diambil masa staf kafe mengemas lepas waktu sarapan tamat. Jadi, tak ada masalah, kan?"

Andi hanya membisu. Salleh pula mengangguk lemah.

"Jadi... Kita perlukan sardin, telur, mayonis, bawang merah, limau nipis, sayur salad... Apa lagi ya..." Salleh menggerak-gerakkan jari, mengira bahan.

"Roti." Syam menambah.

"Ah ya. Roti. Tak ada roti bukan sandwic namanya."

Masing-masing ketawa.

"Saya tahu. Kita gorengkan telur hancur, tambah mayonis dan lada sulah, lepas tu letak pada roti. Sedap!" Safuan berkata teruja.

"Eh? Hancurkan telur rebus la. Kalau goreng, tak ke kering nanti?" Salleh membangkang.

"Pakai telur goreng la."

"Telur rebus la."

"Goreng!"

"Rebus!"

Andi dan Syam hanya memerhati sahaja Salleh dan Safuan bertekak. Mereka kemudian saling berpandangan.

"Bilik awak ada pantri, kan?" Andi bertanya.

"Ada je."

"Ada dapur?"

"Tak ada. Tapi ada microwave oven, peti sejuk mini dan water heater. Bilik awak menginap tu, macam mana pula?"

"Ada cerek elektrik je. Tak ada pantri. Motel murah, kan. Masak air dan mi segera, bolehlah."

Mereka berdua membisu seketika. Begitu juga Salleh dan Safuan yang turut mendengar.

"Jadi, pakai telur rebuslah, kan." Salleh senyum menang.

"Ha-ah. Lainlah kalau ada cara nak goreng telur hancur tanpa dapur."

Safuan terus membisu. Tiba-tiba dia petik jari.

"Buat pakai microwave oven. Bijak tak?"

Salleh dan Andi terus renung Safuan.

"Meletup la nanti. Tak tipu."

"Ala. Buang je kulit telur tu, masak dalam tu."

"Jadi ke nanti? Awak pernah cuba ke?"

"Tak. Tapi, belum cuba, belum tahu."

"Siapa nak bayar ganti rugi kalau oven rosak pula?" Syam tiba-tiba menyampuk.

Suasana sepi seketika.

"Yalah, yalah. Pakai telur rebus je la." Safuan akhirnya mengalah.

-TBC 😉-

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now