Extra : Riuh (Salin)

Start from the beginning
                                    

"Papa, entah-entah Mama... Dah nak bersalin tak?"

Dato' Azmi terkedu sebelum memandang ke arah isterinya. Isterinya hanya mengangguk lemah sambil mengerang kesakitan. Dengan pantas kunci kereta diambil.

"Ash, cepat tolong Mama turun ke lobi. Papa nak pergi ambil kereta. Cepat!"

(...)

Seusai mengambil apa yang perlu dan bersiap ala kadar dek kelam kabut disebabkan sakit yang mendadak itu, Ash memapah ibunya turun ke lobi. Nombor telefon Bray didail. Yalah, manalah tahu kalau-kalau Bray tercari-cari mereka sekeluarga.

Kelihatan kereta milik Dato' Azmi terparkir di ruang hadapan hotel, betul-betul di pintu masuk utama Hotel Melati. Dato' Azmi sendiri sedang gelabah di dalam kereta. Dia kelam-kabut mencari lokasi hospital terdekat dari hotel melalui aplikasi Waze.

Sebaik sahaja lokasi Hospital Seri Ibrahim - hospital paling hampir dengan hotel itu, juga merupakan sebuah hospital awam - diperolehi, pintu kereta terbuka dan kemudian ditutup. Dato' Azmi terus memijak pedal minyak, lalu kereta meluncur laju meninggalkan kawasan hotel. Langsung tidak menoleh ke belakang.

Ash yang masih berdiri di ruang hadapan hotel selepas meletakkan beg tangan ibunya di dalam kereta terus ternganga. Datin Baizura pula duduk di tangga berhadapan hotel, masih mengerang kesakitan. Perutnya yang memboyot itu dipegang sebelah tangan.

"Aduh, Papa! Mama belum sempat masuk kereta lagilah!" Ash garu kepala. Telefon bimbit dibawa keluar dari saku, cuba menghubungi ambulans.

"Abang Ash, kenapa ni?"

Ash terus menoleh ke arah empunya suara. Bray yang baru sahaja sampai di situ memandang ke arah Ash dan Datin Baizura bersilih ganti sebelum memahami apa yang sedang berlaku.

"Abang Ash tunggu kejap, saya pergi ambil kereta," kata Bray seraya menyeluk sakunya. Mujur juga kunci keretanya dibawa bersama. "Eh, Pakcik Azmi mana?"

"Dia nervous," jawab Ash bersahaja.

"Eh?" Bray terus blur dengan jawapan Ash itu. Lupa terus dia dengan apa yang perlu dilakukannya.

Erangan kesakitan Datin Baizura memecahkan suasana awkward tadi, lalu Bray berlari ke arah keretanya yang diletakkan di ruang letak kereta bawah tanah hotel itu.

(...)

Kereta Dato' Azmi berhenti di hadapan Jabatan Kecemasan Hospital Seri Ibrahim. Dengan segera Dato' Azmi keluar dari kereta dan terus membuka pintu belakang.

"Eh? Kenapa bini aku bertukar jadi beg ni?"

Sebuah lagi kereta meluncur masuk ke kawasan hospital, lalu berhenti betul-betul di belakang kereta Dato' Azmi. Ash kemudian keluar dari tempat duduk belakang, lalu berlari ke arah kaunter triaj hospital. Sekejap sahaja sepasukan paramedik datang bersama Ash lalu membawa Datin Baizura masuk ke dalam zon kuning wad kecemasan, dibantu Bray. Kereta Bray kemudian terus dipandu ke ruang parkir hospital.

Ash kemudian menghampiri bapanya yang masih berada di kaunter triaj Jabatan Kecemasan itu.

"Papa ni, kasihan Mama! Ash faham la Papa tengah nervous dapat baby baru, tapi ada ke patut tinggalkan Mama depan hotel tu tadi?" Ash membebel tidak puas hati.

Dato' Azmi hanya sengih sambil garu kepala.

(...)

Pintu wad kecemasan terbuka, lalu Dato' Azmi memunculkan diri. Wajahnya kosong tanpa rasa. Mereka di koridor zon kuning terus menghampiri Dato' Azmi, kecuali Syam yang masih lagi duduk di bangku.

"Papa, Mama dengan baby macam mana? Okey tak? " Raz terus bertanya.

"Mama contraction je. Belum sampai masa bersalin lagi. Mama dengan baby, dua-dua okey. Cuma, malam ni Mama terpaksa tinggal di wad untuk pemantauan. Doktor kata, puncanya disebabkan stress."

Masing-masing hela nafas lega. Syam pula tiba-tiba menangis.

"Mama masuk hospital sebab Syam, kan?"

Dato' Azmi terkejut mendengar suara itu. Lantas dia menghampiri Syam lalu memeluknya erat.

"Tak. Bukan salah Syam. Dah, jangan nangis," pujuk Dato' Azmi. "Syukurlah Syam selamat. Semua orang risaukan Syam, tahu?"

Syam masih menangis. Kekesalan menyelubungi jiwanya.

Seorang lelaki beruniform polis berjalan ke arah mereka. Sejak tadi dia memerhatikan sahaja gelagat mereka. Membiarkan sahaja drama di hadapan matanya itu selesai sebelum dia bercadang untuk interframe.

"Dato' ni bapa dia, kan?"

Dato' Azmi melepaskan pelukannya lalu memandang ke arah lelaki itu.

"Ya, saya. Kenapa?"

"Saya DSP Alexander Izwan Lim Abdullah, saya ada hal nak maklumkan pada Dato' berkenaan anak Dato' ni." Lencana kuasa ditunjukkan.

(...)

Syam berjalan keluar dari wad seusainya melawat ibunya. Langkahnya menuju ke arah kafe. Terasa mahu beli air Milo suam untuk mengalas perut. Selera makannya mati terus apabila mengenangkan keadaan ibunya. Kebetulan pula dalam perjalannya ke sana, dia bertembung Tuan Alex yang baru sahaja melihat keadaan Johan Hafez di situ.

"Ingat, saya akan perhatikan kamu," bisik Tuan Alex perlahan, namun dapat didengari Syam. Dia kemudian berlalu pergi, meninggalkan Syam yang kaku di koridor, cuba menghadam kata-kata Tuan Alex itu.

(...)

Tuan Alex merenung keenam-enam profil ringkas enam belia yang terjebak dalam kes 'Exotika' di atas meja itu. Lama dia berfikir. Dia menyedari sesuatu.

Profil Andi, Salleh dan Bray dipandang. Telapak tangan dirapatkan lalu diletakkan di bawah dagu.

"Dua orang ni berada di tempat di mana budak-budak tahfiz Nour Mina dikurung, malah salah seorang membantu menyelamatkan budak-budak tu. Seorang jadi saksi kemalangan maut melibatkan pakar bom 'Nour Iman'. Lagi tiga orang ni..."

Profil Zel, Hana dan Syam direnung. Matanya mengecil.

"Betul kata kau, Iskandar. Kebetulan sungguh semua ni. Kebetulan," gumam Tuan Alex perlahan. Keenam-enam profil itu disimpan kembali ke dalam fail 'Exotika'.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now