Sepanjang konfrontasi Hana dan Zel dengan Johan Hafez tadi, Syam, yang ketika itu masih lagi Aron, hanya disuruh bersiaga di belakang oleh Hana. Manalah tahu kalau-kalau rakan-rakan subahatnya datang menjengah. Namun, setiap kata yang keluar dari mulut mereka dapat didengari. Semakin lama, semakin geram dibuatnya.

Dan sudahnya, dia 'meletup'.

Hotel Melati. Dewan Persada.

Bom.

Bom?

Ramai orang awam akan mati jika itu berlaku.

Semua itu, termasuk keluarganya, dan kawan-kawannya. Yang menginap di hotel itu. Yang pergi ke dewan itu untuk pesta buku.

Dan tujuannya... Hanya untuk 'kebenaran'. Kebenaran yang entah benar entahkan tidak.

Langsung tidak tercapai akal. Habis semua jadi mangsa.

Langkah lelaki berhoodie hitam itu terhenti beberapa meter dari Johan Hafez. Johan Hafez angkat muka, sebelah tangannya yang dibasahi darah menutupi mata kanan yang tercacak sebatang pen hitam di situ. Geram bertamu di dalam hatinya dek menerima serangan curi secara mendadak daripada jejaka itu.

"Tidak sangka pula, saya cuai," kata Johan Hafez perlahan. "Mengapa saya langsung tidak sedar awak berada di sini, ya?"

Syam senyap seketika. Namun senyuman sinis terukir di bibir.

"Sama sahaja kamu berdua."

"Hm?" Johan Hafez kabur dengan kata-kata itu.

"Buta mata hati."

Tiba-tiba dia berlari. Laju. Tahu-tahu sahaja tangannya merentap pen yang tercacak di mata Johan Hafez. Bebola mata yang cedera itu turut tercabut kesan tarikan mengejut itu.

Serentak dengan itu, tapak tangan kiri Johan Hafez menepuk keras belakang Syam. Angin kuat berhembus, menolak badannya dengan laju lalu berlanggar dengan longgokan kotak tidak jauh dari situ.

"Kamu! Berani kamu..." Johan Hafez mendengus marah. Dengan sebelah tangan, dia menggerakkan pisau belati yang digunakannya tadi untuk kembali kepadanya menggunakan kawalan angin. Pisau itu terbang kembali ke tangannya, hampir-hampir mengenai kepala Hana yang sedang memeriksa kecederaan Zel.

"Buta mata hati? Kamu yang buta! Buta pada kebenaran!" Pisau yang terhunus diacu ke arah Syam.

"Kebenaran?" Tawa sinis kedengaran. "Kebenaran apa yang kamu perjuangkan? Mereka semua bukannya buat salah pada kamu!"

Bebola mata di pen dikunyah sampai hancur. Zel hampir-hampir termuntah dengan kelakuan itu.

"Kamu sama saja dengan abang kamu. Bunuh orang yang tak bersalah," cemuhnya lagi.

"TAK SAMA!"

Suasana hening seketika.

"Berani kamu... Samakan saya... Dengan dia..."

Udara bertiup kencang di sekeliling mereka. Johan Hafez kini dibungkus bebola udara. Nampak benar dia benci disamakan dengan abangnya itu.

"Bagi dia, semua wanita tak layak wujud. Tak layak hidup! Saya pula, jika wanita itu berada di jalan yang benar, dia tidak boleh dilukai walau sedikit pun. Itu berbeza. Sangat-sangat berbeza!"

Hana yang cuba melihat terus ke arah mata Johan Hafez itu tiba-tiba tersentak. "Nanti kejap. Dia..." Bisiknya perlahan.

"Dia?"

"Dia saksi. Saksi kematian abang dia," bisiknya perlahan.

"Eh?" Zel terkedu.

"Tak sangka dia mati di tangan kaum yang sangat dia benci. Mati di tangan seorang perempuan!"

Udara di sekeliling bebola angin itu semakin kencang, menyukarkan mereka mendekati lelaki yang jelas diselubungi amarah itu.

"Dan saya... Saya takkan mati selagi 'Nour Iman' belum berjaya! Dan kamu!" Jarinya ditunding ke arah Syam yang berdiri, cuba menahan deruan angin yang bertiup itu.

"Kamu melindungi mereka. Kamu wajib mati!"

"Wajib mati, ya?" Senyum sinis terukir di bibir. "Siapa kamu nak tentukan hidup mati orang lain?"

Matanya tajam merenung tepat ke arah mata Johan Hafez yang masih berfungsi. Angin kencang itu semakin perlahan dan kemudian hilang. Begitu juga bebola udara yang melitupi seluruh tubuh Johan Hafez tadi.

"Apa?" Johan Hafez panik. Badannya terasa keras membatu. Syam yang kekal senyum sinisnya berjalan memghampirinya sambil memutar-mutarkan pena hitam yang tersisa darah di tangan kanannya.

Hana yang menyedari keadaan itu mula cuak. Ada sesuatu yang dikesannya sejak Syam merenung mata Johan Hafez tadi. Ada aura gelap yang membunuh keluar dari jasadnya!

"Berhenti! Kalau awak teruskan, awak juga tiada beza dengan dia!" Hana menjerit.

Langkah Syam terhenti. Pandangan mereka berdua bertaut.

"Ada beza."

"Beza?"

"Dia akan bunuh ramai orang. Tapi saya tak bunuh dia," bisiknya perlahan, namun didengari Hana.

"Tapi... Ah!" Hana cuba melangkah namun kedua kakinya bagaikan melekat di atas lantai. Tak... Boleh... Gerak!

Dia pandang Zel di sebelah. Nampaknya Zel juga alami perkara yang sama. Tidak dapat bergerak langsung.

"Lagipun... yang akan tamatkan hayatnya... Adalah pisau dia sendiri..."

Pisau belati di tangan Johan Hafez perlahan-lahan mendekati batang leher tuannya sendiri. Dia juga bagaikan terpukau dengan mata Syam. Menurut saja apa yang bermain di fikirannya.

Hana telan air liur.

Ya ALLAH!

Tolong.

Tolong.

Tolong hentikan dia!

Tiba-tiba sahaja ada sesuatu jatuh dari atas, betul-betul di antara Syam dan Johan Hafez.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now