Lelaki itu berjalan mendekati Zel.

"Jangan dekat!"

Lelaki itu semakin hampir.

"Aku kata, JANGAN DEKAT!"

Tahu-tahu saja, muncung senapang paintball itu ditolak ke bawah oleh lelaki itu.

"Sudahlah, ya. Mahkamah pun dah declare yang abang tak bersalah. Dia dah tak ada. Kita yang hidup ni, kenalah move on, kan?" Lelaki itu senyum manis, memandang Zel yang menggeletar seluruh badannya.

Lelaki itu berlalu pergi. Zel berdiri kaku di situ. Wajahnya mula basah dengan air mata.

"Zel!"

Hana muncul setelah lelaki itu menghilang. Dia merapati Zel, memeluknya erat. Mereka terus sama-sama terduduk di atas jalan tar.

Raungan Zel bergema. Lantang. Sekali lagi.

(...)

"Ruzila Binti Adnan."

Lamunan Zel terhenti apabila terdengar pegawai polis itu menyebut namanya.

"Ya?"

"Kamu dibebaskan. Keluarga orang yang kamu belasah tadi tu bersetuju untuk tarik balik laporan," kata pegawai polis itu. Pintu lokap dibuka.

"Terima kasih, tuan," kata Zel perlahan, berjalan keluar dari lokap itu.

"Lepas ni pergi kaunseling, belajar kawal marah tu. Faham, ya?"

Zel mengangguk.

(...)

Hana berdiri di hadapan balai polis itu, memandang Zel yang berjalan keluar dari situ. Dia kemudian pandang Raz yang baru sahaja menyelesaikan urusannya di situ.

"Terima kasih, Abang Raz. Maaflah pasal siang tadi," kata Hana.

"Tak apa. Dia tak sengaja tu. Lagipun..." Raz rendahkan nada suaranya, "...kadang-kadang abang sendiri rasa nak lepuk si Aron tu. Jadi..." Raz sengih.

Hana buat muka pelik. Seriuslah! Adik sendiri tu!

Kali ini, disebabkan Hana terlambat sedikit, Zel dengan jayanya masuk mod Sparta dan buatkan Syam bermalam di hospital. Teruk juga dia kerjakan 'mambang jamban' itu siang tadi. Sampai terpaksa hubungi pihak sekuriti dan polis semata-mata untuk hentikan Zel. Mujurlah tiada kecederaan dalaman dan tulang yang patah.

Zel berhenti seketika di hadapan Raz, tunduk hormat lalu masuk ke dalam kereta. Tiada walau sepatah kata keluar dari mulutnya.

"Lagi satu, boleh saya tahu di hospital mana Syam dirawat?"

"Pusat Perubatan Medini. Kenapa?"

Hana hanya diam.

(...)

Hana letakkan bungkusan plastik berisi sebuah kotak sebesar dua tapak tangan itu di atas meja. Bray yang duduk di kerusi dan Syam yang terlantar di atas katil, dengan bandage merata-rata di badannya, terus pandang Hana.

"Itu," Hana tunding kotak di atas meja. "Sebagai tanda minta maaf bagi pihak sepupu saya. Er... Mohon maaf sekali lagi."

Hana terus berpusing, berjalan ke arah pintu.

"Hana, boleh saya... Tanya sikit?"

Hana terus berpaling ke arah Syam. "Awak nak tanya kenapa Zel triggered sangat bila jumpa Aron ke?"

Syam sedikit tersentak, kemudian dia mengangguk.

Hana hela nafas berat. "Sebenarnya, ada sesuatu pernah jadi kepada keluarga kami dulu. Dan... Attitude Aron tu ingatkan kami pada lelaki yang jadi punca semua itu berlaku."

Syam angguk perlahan. Belum sempat dia buka mulut, Hana sambung kata-katanya.

"Oh ya, tak perlu susahkan diri. Lelaki itu... Dah selamat bersemadi pun."

Hana terus keluar dari wad itu. Bray bangun dari kerusi, mengekori Hana. Syam pula ambil kotak di atas meja lalu melihat isinya.

Enam biji tart keju blueberry.

(...)

Zel hanya berdiri di ruang legar hospital swasta itu. Nasib baiklah hospital swasta, boleh suka-suka hati datang melawat. Kalau hospital kerajaan, mahunya kena hadap sekuriti kalau datang pada waktu begini.

Hana muncul di lif. Dia terus berjalan menghampiri Zel.

"Kan saya dah kata, duduk saja dalam kereta," kata Hana. Zel hanya membisu.

"Dah. Jom balik. Saya dah buat tart keju blueberry yang awak nak sangat tu," kata Hana, terus memaut bahu Zel. Mereka berjalan beriringan ke kereta.

Bray yang memerhatikan gelagat dua gadis itu hanya hela nafas. Segera dia masuk semula ke lif dan naik semula ke tingkat di mana Syam ditempatkan.

Sebaik sahaja Bray masuk ke wad yang menempatkan Syam, wajahnya terus berkerut. Syam sedang duduk di atas katil, menyumbat tiga biji tart pemberian Hana ke dalam mulutnya.

Nanti, itu bukan Syam.

"Seriously, Aron?"

"Apa?" Aron tanya semula, mulutnya penuh dengan tart.

Hubung : 2 + 1 + 1(?)Where stories live. Discover now