BAB 70-SALAH SIAPA?

6.2K 193 42
                                    

HAI?

••••••

"Awak yang salah okay? Bukan saya!" balas Fiona dengan wajah tak puas hati apabila dia dituduh punca Marc turut dijangkiti COVID-19. Fiona memeluk tubuh dan memalingkan wajahnya dari melihat suaminya. Lelaki itu pula biasa sahaja duduk di sofa sambil membaca sebuah novel di tangannya.

Tiada reaksi di wajah itu. Seolah tiada apa yang berlaku.

Fiona sememangnya geram dengan ketenangan Marc.

"Dua-dua salah. Aku geram betullah. Orang sibuk nak putuskan rantaian virus ni, korang berdua sibuk nak sambung rantaian tu. Ya Allah stres aku!" ujar Zul lalu memegang kepalanya dan mengeluh. Bukan main terkejut dia tadi apabila masuk ke wad Fiona, tapi lain yang dijumpa.

Suami isteri itu....

Mereka melakukan benda yang tak sepatutnya...

Mereka bercumbuan...

Bukan main panjang lagi istighfar seorang Zul melihat keadaan mereka berdua. Niat ingin melawat adiknya namun lain yang dilihat.

Boleh pula Marc menayangkan wajah biasanya apabila tetangkap berciuman dengan Fiona. Dia pula segan sehingga pipinya membahang kepanasan. Bahaya betullah dua orang laki bini ini. Dekat hospital punjadi.

"So?" soal Marc masih lagi memandang muka surat bukunya. Tidak mahu memandang siapa.

"Kau automatik ditahan dan dikuarantin. Ha, nak sangat berkepitkan? Berkepitlah korang. Jangan pulak buat benda tu dalam ni. Fiona baru jer keguguran." bidas Zul masih geram. Sungguh dia tak puas hati dengan dua orang suami isteri di depannya kini. Ingin sahaja kepala mereka berdua dihantuk.

Biar betul sikit tali wayar dikepala mereka.

"Apa ni abang cakap macam tu? Malulah!" marah Fiona lalu menekup wajahnya dengan kain selimut. Abangnya main cakap lepas sahaja.

"Betullah apa abang cakap."

"Hmmm" balas Marc malas. Dia bercium sahaja pun sudah kecoh. Bukannya dia buat apa-apa pun. Tak salahkan cium isterinya? Lagipula jam menujukkan pukul 4 pagi. Tiada siapa bangun ketika itu, hanya mereka berdua. Maka tidak salah rasanya mereka nak bermanja.

Betulkan pembaca semua?

Marc tak salah.

"Ya Allah beri ku kesabaran menghadapi dua orang kluster degil ini..." ujar Zul pasrah lalu meninggalkan bilik itu. Lebih baik dia uruskan hal lain daripada menghadap dua orang sengal itu.

Marc automatic ditempatkan di dalam wad Fiona. Katil pun sudah ditambah dalam ruang ICU itu oleh pihak hospital tadi. Wajah Marc biasa sahaja apabila dirinya disoal pihak hospital sebentar tadi.

Fiona yang geram melihat suaminya terus membalingkan bantalnya ke arah Marc yang tiada perasaan itu.

"Orang tengah serius, awak sibuk baca buku. Bagilah attention!" ujar Fiona geram.

Tergelak kecil Marc mendengar bicara Fiona.

Perhatian?

Tak nampak ke dia bagi perhatian?

Dia dengar segala bebelan Zul kepadanya tadi. Jadi dia bagi perhatianlah tadi.

Menggeleng sahaja kepala Marc lalu meneruskan bacaannya. Dia menyandarkan badannya di sofa. Tiada apa yang perlu difikirkan. Dia hanya mahu berehat dan membaca buku sahaja sekarang. Segala kerjanya telah diberikan kepada Awang dan beberapa orang lagi pekerja yang dia percaya untuk uruskan syarikatnya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now