BAB 19.0-TEMAN

4.2K 121 2
                                    


"Lepaskan aku!!!" jerit Fiona apabila 2 orang security bersama Zul dan Dausi memaut badannya dengan kuat.

Manakala, pelawat yang datang di hospital itu pelik melihat Fiona yang menggila sendiri. Takut pun ada. Mereka memandang Fiona dengan wajah 'menyamlah'. Mungkin menyangka Fiona orang gila.

"Nurse! Beri saya suntikan penenang!" pinta Doktor Izah kalut. Siapa sahaja tak kalut apabila pesakit mengamuk?

Doktor Izah terus menyuntik Fiona yang meronta ronta minta dilepas. Kekuatan Fiona boleh dikatakan luar biasa. Sampai 4 orang memautnya.

"Le...pas..." ujar Fiona lemah setelah disuntik Doktor Izah. Mata Fiona perlahan-lahan terpejam kesan daripada ubat penenang.

Fiona rebah.

Dausi terus mencempung adiknya yang dah terlelap itu. Buas macam biawak nak tangkap si Fiona ini.

"Saya dah pesan tadi, jangan beri tekanan kepada pesakit. Sekarang ni tengok, luka dia terbuka balik! Kalau ini terjadi lagi, kemungkinan besar badan dia dijangkiti kuman!" marah Doktor Izah.

Mereka semua terdiam terutama Engku Zaidah. Dia tahu, salah dia!
Mereka semua dipinta keluar kerana Doktor Izah perlu menjahit luka Fiona kembali.

"Tengok sekarang ni! Puas hati awak! Saya dah pesan, jangan marah dulu!" kali ni Megat Rudin pulak membebel dengan Engku Zaidah.

Engku Zaidah diam tidak berkutik. Sedar akan kesalahannya.

"Diminta suaminya menjaga pesakit. Siapa suaminya?" soal Doktor Izah sebaik saja keluar dari bilik Fiona.

"Saya" jawab Marc.

"Saya minta awak seorang yang teman dia malam ni. Saya taknak sesiapa ganggu dia dulu..." ujar Doktor Izah.

Marc mengangguk.

'Mengada!'gumam Marc

"Bagus sangat perangai anak awak tu. Degil! Tak dengar kata orang langsung" bebel Engku Zaidah lagi.

"Dahlah. .Jom balik! Marc! Kami mintak maaflah sebab kamu terpaksa jaga Fiona sedangkan kamu pun tak berapa sihat.." ujar Megat Rudin kesian dengan menantunya.

"Takpe pa...Tanggungjawab saya" balas Marc.

Mereka mengangguk. Mereka terus berlalu meninggalkan Marc.

"Bro..Kau jaga bini kau elok elok. Bawak bersabar kalau dia buat hal.." pesan Asfia sebelum berlalu bersama pemandu Marc.

Marc mengangguk. Setelah keluarga Fiona dan Asfia berlalu, Marc masuk ke dalam wad Fiona.

Kelihatan Fiona sedang nyenyak tidur setelah diberi suntikan penenang kali kedua tadi kerana suntikan pertama tak berkesan.

Tak sangka isterinya kasar orangnya. Buktinya, 4 org lelaki yang memasungnya tadi. Kudratnya seperti lelaki pun ada

"Boleh tahan jugak perangai kau ni!" bebel Marc sendiri.

"Pa!papa!" panggil Fiona meracau dengan air mata yang mengalir.

"Hish!!! Wey Fiona! Aku ada ni! Jangan nangis!!" pujuk Marc menepuk badan Fiona agar bertenang.

"Pa!!!" panggil Fiona lagi dengan suaranya yang lemah.

"Aku ada ni!!" pujuk Marc.

Fiona beransur senyap lalu menyambung tidurnya.

Marc melihat jamnya, pukul 3:00petang. Marc menghembuskan helaan nafasnya. Baru beberapa minit bersama Fiona, dah penat.

Marc menyandarkan badannya dikerusi. Marc pun turut terlelap di sisi Fiona



*****************




TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now