BAB 39-HANYUT

7K 142 23
                                    

Jawapannya:

Mustafa Kemal Atartuk

Yeay! Tahniah semua🎉

* * * * * *

Fiona pulang ke rumah ketika tengah hari kerana merasakan badannya yang mula rasa tidak sihat. Dia terpaksa memohon pulang awal hari itu dan meminta rakannya menggantikan dia menguruskan kadet yang sepatutnya ada latihan menembak bersamanya.

Namun kerana badannya mula rasa tidak enak, dia mengambil keputusan untuk pulang.

Sewaktu berhenti di lampu isyarat, Fiona teringat yang esok dia perlu ke rumah Marc mengambil barangnya.

"Allahu. Macam mana boleh lupa? " keluh Fiona lalu menampar dahinya perlahan.

Sudahlah esok dia ada kerja ingin dilakukan memandangkan dia mula sibuk menyelesaikan tugasannya sebelum berangkat ke Syria.

Jika esok dia mengambil barangnya, silap hari bulan tidak sempat. Kerjanya terlalu banyak.

Telefonnya dicapai lalu nombor telefon Engku Zaidah didail.

Loud speaker ditekan.

"Assalamualaikum..." Sapa Engku Zaidah sebaik sahaja menjawab panggilan anaknya.

Dia yang sedang memasak, terkocoh-kocoh berlari ke kabinet gelas apabila mendengar panggilan ditelefon.

Rupanya, Fiona yang menelefon.

"Waalaikumussalam. Ma, Fiona nak inform mama, yang Fiona balik rumah Marc kejap. Ambil barang. Fiona balik lambat sikit..."beritahu Fiona sambil matanya fokus memandang ke hadapan.

Suasana sedikit sesak memandangkan ramai pekerja yang keluar ingin mengisi perut tengah hari ini.

Matanya tidak lepas dari memandang lampu isyarat yang bila-bila masa sahaja akan bertukar warna hijau.

"Ambil barang? Barang apa?"soal Engku Zaidah.

Fiona mengemam bibirnya.

Rasa gerun apabila mendengar soalan Engku Zaidah.

Jika dia menjawab 'ambil baju', serasanya Engku Zaidah akan menyoal lebih banyak lagi. Kemungkinan besar, masanya akan dihabiskan menjawab soalan Engku Ziadah nanti.

"Nantilah mama tengok. Fiona letak handphone dulu. Tengah drive ni. Bye maa. Assalamualaikum" ucap Fio a cepat agar Engku Zaidah tidak bertanya lebih.

Bukan dia tidak kenal Engku Zaidah.

Suka mengorek sesuatu sehingga dia berjaya.

Fiona bukannya ada benteng yang kuat untuk berbohong ibunya. Tidak berkat dan berdosa menipu seorang ibu. Jadi, lebih baik dia melarikan diri.

Tambahan pula, dia masih belum memberitahu Engku Zaidah dan Megat Rudin tentang pemergiannya ke Syria. Dia belum bersedia. Dia bercadang sehari sebelum pergi, barulah dia akan memberitahu keluarganya.

Dia tidak mahu terlalu awal bergaduh dengan Engku Zaidah, biarlah sehari sebelum dia pergi baru mereka bertikam lidah.

Sudah menjadi lumrah, Engku Zaidah menjadi temannya bertikam lidah apabila dia ditugaskan ke luar negara ataupun ke luar negeri.

Dia faham perasaan ibunya yang takut akan keselematan dia.

Tapi...

Dia buat semua ini juga untuk keluarganya dan negara. Sifat perikemanusiaan dalam dirinya mendorong dia untuk menjalankan tugas berat ini. Dia bukan suka-suka ingin ke luar negara, dia ada tanggungjawab.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora