PUASA 03

3.9K 181 33
                                    

Mata Marc tajam melihat sekujur tubuh isterinya. Dari tadi dirinya tidak senang duduk apabila Fiona masih belum sedarkan diri. Sudah hampir 2 jam Fiona tidak sedarkan diri. Wanita itu mengalami hidrasi apabila keadaan yang panas di dalam lif sebentar tadi telah membuatkan dia dehydrate.

"Ayah Fiona dekat bawah. Dia dah sampai" beritahu Awang sebaik sahaja tiba di wad Fiona. Marc yang sedang berdiri tegak di hujung katil sambil berpeluk tubuh masih kekal fokus melihat Fiona yang sedang berehat dengan bantuan pernafasan.

"Haiyyan dengan Haiyyun?" soal Marc yang baru teringatkan kembarnya itu. Dia terlalu sibuk sehinggakan keadaan anaknya sendiri tidak diketahui. Nafas kasar dihela perlahan.

"Dami bawa mereka berdua ke cafe. Katanya nak berbuka di cafe." Jawab Awang.

Marc mengangguk. Matanya mengerling jam tangan di lengan kirinya. Satu jam sahaja lagi ingin berbuka puasa namun gundah dihatinya membuatkan dia tidak mampu melangkah keluar dari bilik ini dan meninggalkan isterinya.

"Assalamualaikum..." sapa satu suara lalu memasuki ke bilik tersebut dengan wajah tenang.

"Waalaikumussalam" jawab Marc dan Awang serentak. Marc terus mendekati ayah mertuanya dan menyalami lelaki tua itu.

"SIhat?" soal Megat Rudin memandang Marc.

Marc tersenyum kecil.

"Sihat yah."

Megat Rudin menepuk bahu Marc dan mengangguk. Langkahnya terus ke arah satu-satunya anak perempuannya. Lelaki tua itu lalu mengambil tempat di sebelah katil Fiona. Kepala anaknya yang berbalut shawl itu diusap perlahan tanda kasihnya kepada anaknya.

"Macam mana boleh jadi macam ni, Yusuf?" soal Megat Rudin risau.

"Dia stuck dekat lif yah. Almost an hour. " jawab Marc dengan rasa bersalah kerana tidak menjaga Fiona sebaiknya.

"Keadaan dia macam mana?" soal Megat Rudin lagi lalu mengalihkan pandangannya ke arah menantunya itu yang sedang berdiri di hujung katil dengan kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Raut wajah itu biasa namun terpancar kerisauan di sebalik kerutan di wajah Marc.

"Dia stabil ayah. Dia sesak nafas dan dehydrate disebabkan terlampau panas dalam lif tadi then collapsed."

Megat Rudin mengangguk kepalanya faham. Megat Rudin merenung wajah anaknya yang sedang berehat itu. wajah itu sedikit pucat.

"Fiona...Fiona..." keluh MEgat Rudin perlahan. Banyak benar dugaan anaknya sepanjang hidupnya namun tetap diharungi dan bertahan dengan setiap ujian yang Allah beri.

" Im sorry ayah." Ucap Marc sedikit kesal kerana dia pasti ayahnya sangat merisaukan anak perempuannya kini.

"Benda dah jadi. Bukan kita minta pun." Balas Megat Rudin tersenyum lalu bangun dari kerusinya. "Jom ke kantin bawah. Dah nak berbuka ni." Ajak Megat Rudin setelah menyedari waktu berbuka semakin hampir.

"Saya tunggu sini sahaja yah. Risau nak tinggalkan Fiona sendiri." Balas Marc.

"Aip. Jom turun. Tak apa. Anak ayah akan okay. Jangan risau. Lagipun ada jururawat dekat luar memantau." Pujuk Megat Rudin lalu menghampiri menantunya dan memegang bahu Marc.

Marc sekali lagi rasa serba salah untuk menolak, akhirnya bersetuju. Mereka bertiga meninggalakn wad tersebut setelah diamanahkan seorang jururawat non muslim untuk mengawasi wad yang menempatkan Fiona.

Sebaik sahaja tiba di kantin hospital, keadaan sedikit riuh kerana masing-masing sudah mengambil tempat duduk memandnagkan waktu berbuka semakin hampir.

"Pakcik nak order apa? Marc? Nanti saya orderkan." Kata Awang.

"Pakcik nak air kosong dengan nasi ayam sahaja."

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now