BAB 51-WAR: PART 3

4K 172 36
                                    


"Seramai 3 orang anggota tentera Diraja Malaysia telah terkorban setakat ini selepas 3 hari peperangan berlaku di bumi Syria manakala 5 orang cedera parah dan masih dalam rawatan. Selain itu, 35 anggota tentera dari pasukan negara luar turut terkorban dan menjadikan jumlah keseluruhan terkorban ialah 38 orang manakala jumlah keseluruhan yang cedera parah ialah 40 orang anggota termasuk anggota tentera Malaysia." Lapor pembaca berita di siaran TV3 itu.

Sejak isu peperangan yang terjadi di Syria dan Palestin 3 hari yang lalu tergempar, hampir setiap masa siaran televisyen sibuk untuk memaparkan laporan terkini. Semua media sosial mula sesak dengan berita peperangan tersebut setiap masa. Rakyat Malaysia turut menzahirkan kerisauan terhadap anggota tentera Malaysia dan luar negara serta penduduk Syria yang diserang oleh tentera zionis di sana. Tidak putus-putus doa dari semua penduduk Malaysia dan rakyat luar negara agar mereka diberi perlindungan dan kemenangan.

Namun ada juga manusia yang menzahirkan rasa gembira apabila Syria dan Palestin diserang. Mereka memberi sokongan yang sepenuhnya kepada tentera zionis untuk menghancurkan bumi Syria dan Palestin. Semoga golongan ini diberikan hidayah dan mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.

"Anak kita bang... Anak kita.." rintih Engku Zaidah yang sedang bersandar di dalam pelukan Megat Rudin. Rintihan tanpa henti sejak berita peperangan itu dikhabarkan. Selama 3 hari ini Engku Zaidah merintih nama anak perempuannya. Ibu mana yang tidak risau apabila nyawa anaknya dalam bahaya?

Megat Rudin mengusap kepala isterinya. Puas dia memujuk isterinya agar berhenti menangis namun hanya diabaikan sahaja. Keadaan Engku Zaidah amatlah membimbangkannya selama tiga hari ini apabila Engku Zaidah enggan makan, tidur pun tidak lena. Mujur sahaja anak-anak lelaki mereka datang ke rumah untuk bersama-sama memujuk Engku Zaidah makan.

Mereka risau dengan keadaan Engku Zaidah. Bimbang akan menjejaskan kesihatannya.

"Sabar Dah. Abang pun risau dengan anak kita. Kita semua risau. Doa Dah. Kita sama-sama berdoa supaya dia selamat." Pujuk Megat Rudin lalu mengesat air mata di pipi isterinya. Rasa sedihnya bertambah apabila melihat isteri kesayangannya dihurung perasaan sedih yang keterlaluan kerana memikirkan Fiona. Dia risau jika isterinya sakit apabila terlalu berfikir mengenai anak mereka.

"3 hari bang. 3 hari kita tak dapat apa-apa berita dari mereka! Saya risau!" rintih Engku Zaidah lagi. Wajahnya sugul memandang si suami.

"Ma... Insha Allah Fiona tak apa-apa. Lagipun 3 orang anggota yang terkorban itu bukan Fiona. Mereka dah nyatakan nama anggota yang terkorban tadi. Bukan Fiona." Pujuk Dausi pula.

"Yer ma... Jangan macam ni ma. Kami risaukan mama" sambung Ain pula turut risau dengan keadaan ibu mertuanya. Dia lalu bangun menuju ke arah ibu mertuanya. Bayinya telah dipangku oleh suaminya, Dausi.

Ain mengusap lengan ibu mertuanya memberi sedikit semangat agar mertuanya itu tidak lemah mengharungi dugaan.

"Mama takut. Mama takut dia..."

"She will be fine ma. She will" pinta Zul pula tidak gemar ibunya terlalu memikirkan kematian sedangkan Fiona masih hidup dan berjuang di bumi Syria.

Engku Zaidah diam lalu mengesat air matanya.

"Patutlah 4 hari lepas dia call mama dengan ayah. Dia cakap dia sayang kami. Dia minta halalkan makan minum dia. Dia cakap benda pelik-pelik. Rupanya ini yang nak jadi. Tsk tskkkk" makin lebat air mata Engku Zaidah mengalir apabila mengingati bicara Fiona semasa menelefon dia dan suaminya 4 hari lepas. Disangka hanya panggilan biasa rupanya ada maksud tersirat.

Ain disebelah turut menitiskan air matanya. Dia turut risau dengan keadaan adik iparnya itu. Fiona terlalu baik dengannya dan melayan dia seolah keluarga kandung. Tidak pernah adik iparnya itu menyakiti dirinya mahupun dari segi mental dan fizikal. Oleh sebab itu, dia sangat menyayangi adik iparnya itu.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now