BAB 28.0-AGAIN

4.3K 164 24
                                    

Fiona duduk di kerusi ruangan menungguh dengan tenang. Dia masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai keadaan Zaril.

Zaril telah terkena tembakan dibahagian dadanya. Dia berlari dengan pantas menuju ke arah Fiona kerana ingin melindungi kawan sepasukannya itu namun akhirnya dia yang terkena tembakan itu.

Fiona sebenarnya rasa bersalah sangat apabila Zaril yang terkena tembakan bukannya dia.

Ini salahnya.

Dia terlalu ikutkan emosi sehingga dia telah membahayakan nyawa Zaril.

"Anak saya mana?!"soal seorang wanita yang sudah berumur sebaik sahaja tiba diruangan menunggu itu.

Fiona mengangkat kepalanya. Matanya melihat wajah wanita itu yang sudah basah dengan air matanya manakala seorang lelaki tua barangkali ayah Zaril hanya senyap disebelah isterinya. Namun pandangan redupnya membuktikan dia sedih dengan keadaan yang menimpa anaknya.

"Zaril masih dalam bilik rawatan makcik..."balas Fiona lalu berdiri.

"Allahu akbar... Anak kita bang..." wanita tua itu terus memeluk suaminya bersama tangisan yang hiba.

Fiona memandang kedua orang tua Zaril. Jiwanya turut hiba. Kalau tak kerana dia, Zaril tidak akan terkena tembakan itu tadi.

Sebaik sahaja Zaril ditembak, dia terus mengarahkan Kapten Ammar memberi arahan agar helikopter didaratkan dikawasan lapang berdekatan gudang itu. Mayat kanak-kanak lelaki yang ditembak tadi turut dibawa bersama Zaril menggunakan helikopter. Mereka dikejarkan ke hospital dengan kadar segera.

Mujur sahaja, misi mereka berjaya hari ini. Tidak sia-sia pengorbanannya dan Zaril yang berkerah tenaga dan nyawa demi menjayakan misi ini.

Walaupun nyawa Zaril menjadi taruhan sekarang.

Itulah hero kita...

Tentera...
Polis...
Bomba...
Maritim...

Mereka berkorban untuk kita.
Mereka jaga kita.
Demi keamanan negara dan keselamatan kita.

"Saya minta maaf dengan apa yang berlaku makcik" ujar Fiona lemah. Kepalanya ditundukkan. Matanya tepat memandang lantai.

Dia rasa bersalah sangat dengan apa yang jadi.

Dia bersedia untuk dimarahi wanita itu kerana dia punca anak mereka berada di ICU.

Dia sanggup menerima tohmahan dari mereka. Dia sanggup kalau itu mampu meredakan kemarahan mereka.

Wanita tua itu terus meluru ke arah Fiona dan memeluk gadis itu. Tangisannya dilepaskan di bahu gadis itu.

"Makcik tak marah kamu. Ini memang tanggungjawab Zaril dengan pasukan kamu. Makcik faham. Cuma makcik tak sanggup kehilangan anak makcik" bicara wanita itu sungguh meruntun jiwa Fiona namun hibanya ditahan. Enggan lemah dimata wanita itu.

Fiona terkejut apabila sangkaannya tadi meleset. Bukan amarah diberikan namun pelukan diterima dari wanita itu.

Alangkah indahnya jikalau Engku Zaidah begini?

Alangkah indahnya jikalau Engku Zaidah memahami kerjanya?

Alangkah indahnya jikalau Engku Zaidah menyokong kerjanya?

Namun itu semua hanya angan-angan yang tidak akan menjadi kenyataan. Engku Zaidah dari dulu sehingga sekarang selalu sahaja membangkang keputusannya untuk melibatkan diri dalam anggota tentera. Katanya itu kerja lelaki. Kerja itu tidak sesuai dengan wanita.

Fiona tetap Fiona. Keputusannya takkan berubah.

"Zaril takkan apa-apa makcik. Dia akan selamat. Dia akan selamat" Fiona membalas pelukan ibu Zaril. Dia memujuk ibu Zaril dengan pelukan yang erat. Semoga wanita ini terus kuat menghadapi dugaan.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now