BAB 72-Announcement

5.3K 195 31
                                    

Fiona dan Marc berpimpinan tangan memasuki dewan mewah itu yang telah dihias cantikdengan dekorasi yang cukup elegant. Fiona sedikit jakun melihat keadaan sekekliling dewan tersebut yang sudah dipenuhi orang ramai. Dirinya terasa kerdil melihat keadaan di sekitarnya.

“Banyaknya orang...” bisik Fiona di tepi wajah Marc. Tangannya semakin erat memeluk lengan Marc. Tidak mahu ditinggalkan lelaki itu.

Marc memandang sekilas wajah isterinya di tepi lalu memandang ke hadapan semula. Bebelan Fiona diabaikan. Kaki Marc terus melangkah ke meja yang menempatkan keluarga Fiona. Sebaik sahaja Marc dan Fiona tiba di meja tersebut, mereka berdua terus bersalaman dengan Megat Rudin dan Engku Zaidah yang ditemani cucunya Aisyah dan Lutfie sahaja. Zul dengan Isteri dan Firdausi dan isteri tidak dapat turut serta kerana ada hal yang perlu diuruskan.

“Wuuuu. Adik aku pakai white malam ni. Kontra na dengan kulit. HAHA” gelak Lutfie mengusik adiknya yang baru sahaja tiba. Telefon ditangan terus dimasukkan ke dalam kocek seluarnya. Fokusnya kini ingin mengerjakan adiknya.

“Jealous, cakap jealous.” Balas Fiona sambil memutarkan iris mata hitamnya ke atas. Sejak dua menjak ini, bukan marc sahaja yang rajin mengutuknya, Lutfie juga turut serta. Dia akui kulitnya semakin kelam semenjak ini kerana kemasukan kadet baru. Dia perlu turun padang untuk melatih kadet baru. Sebelum ini dia cerah sebab lebih banyak melakukan kerja di pejabat. Di Syria dulu, jarang dia berpanas kerana dia banyak melakukan kerja di dalam markas.

“Tiada maknanya Fiona kelam. HAHAHA” ujar Lutfie dengan wajah menganjingnya. Suka dia sakat wanita itu.

“Patutlah masih single. Mulut puaka sangat!”

PANG!

Kuat sekali tamparan Fiona kepada Lutfie sehingga melopong mulut lelaki itu mendengar ujaran Fiona. Terus hilang kata-katanya untuk membidas wanita itu. Berani sungguh Fiona mempertikaikan ke’single’lan dirinya!

“Dah lah bergaduh. Tak malu ke orang tengok!” tegur Engku Zaidah dari tadi melihat dua orang anaknya bertikam lidah. Kalau tidak ditegur, mahu bersambung nanti. Siap hari bulan, bergusti terus di sini kelak.

Fiona tersenyum kemenangan. Dengan banggannya Fiona berjalan melintasi abangnya dengan wajah kemenangan setelah berjaya menghadiahkan tamparan dengan kelajuan 200 km/jam. Tamparan itu khas buat Megat Lutfie Amirul bin Megat Rudin.

Lutfie diam memerhati adiknya.

‘Siap kau nanti’ gumam Lutfie dalam hati. Masih tidak puas hati.

Fiona dan Marc teru mengambil tempat duduk di meja tersebut. Marc pula terus sibuk berborak dengan Megat Rudin. Sesampai sahaja disitu, Marc dan Megat Rudin tidak berhenti berborak. Lutfie juga mula menyampuk dalam perbualan mereka berdua. Engku Zaidah pula sibuk dengan cucunya.

Fiona melihat manusia di dalam dewan tersebut yang mula mengambil tempat duduk masing-masing. Fiona perasaan yang manusia di dalam dewan ini memandangnya seolah sesuatu. Selepas memandang dirinya, pasti mereka akan berbisik selepas itu.

Dia hodoh sangat ke?

“Mewah betul hotel awak.” Ujar Fiona di tepi Marc yang melihat telefon di tangannya. Fiona mengintai. Dia malas mahu memikirkan kenapa dirinya dipandang seolah penjenayah. Lebih baik dia berborak dengan Marc. Lelaki itu sedang membaca pesanan mesej dari Awang.

Marc menoleh ke sisi.

Wajahnya berkerut.

“Kau dah tahu?” soal Marc.

Fiona tersengih.

“Of Course. Saya berjaya siasat siapa awak okay. Awak Sylvester Marc Handley. Anak kepada Alvioso Raffael Handley. Awak anak usahawan dari Eropah. Kan?” soal Fiona bangga apabila dah tahu salasilah keluarga suaminya.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora