BAB 14.0-PERGI

4.8K 123 3
                                    

Setelah selesai salin baju, Fiona terus menunaikan solat Asar. Marc sekejap main game sekejap melihat Fiona yang sedang solat. Dia pernah melihat pergerakan ini tapi ini pertama kali dia melihat dari awal sehingga akhir.

Beberapa minit kemudian, Fiona selesai solat dan berdoa.
Fiona melipat telekungnya dan menyidai di tempatnya kembali. Marc leka melihat Fiona.

Fiona duduk di birai katil.

"Itu solat Asar tadi. Dalam sehari kita kena tunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Bermula dari pagi iaitu Subuh. Tengah hari pulak Zohor. Waktu petang pulak Asar. Iaitu waktu sekarang. Waktu senja nanti pulak Maghrib dan solat yag terakhir iaitu solat Isyak iaitu kira kira selepas sejam solat maghrib." Terang Fiona lembut. Matanya redup melihat wajah Marc.

Dia sedar, dia perlu mendidik si suami. Tak salahkan kita didik suami ke jalan yang benar? Tambahan pula Marc seorang mualaf.

"Perlu ke solat ni?" Soal Marc pelik..

"Wajib Marc. Dalam islam ada 5 rukun iaitu yang pertama Mengucap dua kali syahadah iaitu yang awak lakukan haritu di jabatan agama islam. Itulah cara nak masuk islam. Yang kedua solat lima waktu. Solat 5 waktu WAJIB ditunaikan oleh setiap muslim dam muslimah. Yang ketiga berpuasa pada pada bulan ramadhan. Yang keempat mengeluarkan zakat dan yang terakhir menunaikan haji bagi yang berkemampuan..." Terang Fiona secara ringkas. Biarlah Marc berlajar perlahan-lahan.

Baby step.

"Susahnye.." Balas Marc seperti merungut.

"Mana ada susah. Kalau awak biasa buat, lama lama awak akan suka. Kalau awak nak tahu dengan solat dan mengaji, ia dapat memberi ketenangan kepada kita. Nanti saya ajar awak. Asfia pun akan bantu" Ujar Fiona lagi cuba meyakinkan Marc. Dalam keadaan sekarang, Marc tidak boleh dipaksa terus. Perlahan-lahan ajar dia inshaAllah akhirnya dia akan buat.

Marc sekadar diam mendengar kata kata Fiona.

"Jomlah keluar. Kita kenal dengan saudara mara saya.." Ajak Fiona. Fiona terus berlalu ke wathdrobenya untuk mengambil tudungnya.

'Lain betul perangai dia. Sebelum kahwin macam hantu, lepas kahwin, ayu giler!'kutuk Marc dalam hati.

Fiona terus menolak kerusi roda Marc menuju ke ruang tamu. Ramai sanak saudara Fiona yang masih belum pulang ke rumah masing-masing.

"Amboi pengantin baru...buat apa kat bilik tu? Baru nak keluar ke?" Kata Daibah iaitu makcik Fiona belah ibunya.

"Dia tengah mesra mesralah. Petang ni ringan ringan jer. Malam nanti baru start. Hahaha..." Sambung Jeebah pulak iaitu makcik Fiona juga. Mulut memang tak bertapis.

"Hmm..mampu ke budak tu nak bagi kau anak Fiona? Dengan kaki cacat macam tu...," sambung Bedah pulak pedas.

Makcik bawang macam biasalah.

Marc tersentap. Hatinya terguris mendengar kata hinaan Bedah itu.

"Bedah...mulut kau jaga sikit..." Marah Jeebah. Sakit betul hatinya dengn mulut Bedah yang berbisa itu. Mulut puaka Bedah memang tak kenak neraka.

"Makcik Bedah...Takde yang mustahilnya kat dunia ni. Yang penting kita berdoa pada Allah sebab semua yang berlaku ketentuan dari Allah. Kalau ada rezeki, adalah nanti kami menimang anak. Kalau kami masih takde anak, mungkin itu dah takdir kami. Kami kena reda.." Balas Fiona tenang sekali. Dia tahu hati Marc terkesan dengan kata kata makcik.

Dia pun sakit hati dengan mulut Bedah. Mulut takde insurans.

"Huh! Yelah kau! Dulu makcik nak jodohkan kau dengan si Sabri tu, kau taknak. Memilih sangat. Sekarang ni yang cacat kau dapat! Padan muka!" Hina Bedah lagi lalu masuk ke dapur.

"Marc. Maafkan makcik Bedah kamu tu.. dia memang macam tu. Cakap tak bertapis" kata Megat Rudin kesian dengan menantunya. Nak dimarah si Bedah, dengan dia sekali kena perli nanti.

Marc mengangguk bersama senyuman terpaksa!

Terpaksa!

Kalau dia saman orang tua tuh, sah sah menangis air mata darah.

Sedang asyik mereka berborak terutamanya Zul, Dausi, Lutfie, asfia dengan Megat Rudin, tetiba handphone Fiona berdering.

Deringan itu menganggu perbualan mereka di situ.

"Ye tuan!" Jawab Fiona sebaik sahaja mengangkat panggilan.

Semua mata yang berada di ruang tamu itu melihat Fiona walaupun mulut masih rancak bersembang.

"What?!!" Jerit Fiona terkejut dengan berita yang diterima. Badannya mengejut berdiri.

Mereka yang rancak berborak tadi terus melihat Fiona yang wajahnya berkerut itu.

"Okok...Saya On the way tuan!'jawab Fiona mematikan panggilan. Dia terus berlari ke dalam bilik bujangnya dan mengeluarkan uniform askarnya. Beberapa pasang baju disumbatkan ke dalam beg tangan yang bersaiz sederhana. Setelah selesai pakai uniform dengan kemas baju, Fiona turun ke bawah dengan tergesa gesa.

"Nak pergi mana ni?," soal Megat Rudin terkejut melihat anaknya lengkap beruniform askar bersama beg baju di tangannya.

"I'm sorry. Fiona ada kerja. Urgent sesangat! Fiona tak boleh elak. Fiona kena flight kejap nanti.." ujar Fiona lalu menyambar kasutnya.

"Nak pergi mana ni?" soal Engku Zaidah panik melihat anaknya.

"Fiona nak flight ke Jepun. Ada kerja. Maybe a month kat sana." jawab Fiona dengan nada cemas.

"Apa?!! fiona gila ke apa? Baru tadi Majlis kamu selesai, sekarang ni kamu nak kerja? Sebulan tak balik?" soal Engku Zaidah tak puas hati.

Nak tercabut jantung Engku Zaidah mendengarnya.

"Sorry ma, pa. Fiona ada tanggungjawab besar kat sana."

"Habis tanggungjawab kamu sebagai isteri macam mana?" tanya Engku Zaidah.

Fiona diam lalu menghembus nafas. Fiona hampiri Marc dan melutut depan Marc. Dia capai tangan Marc dan menyalaminya.

Rasa berdosa terpaksa tinggalkan Marc selepas majlis pernikahan mereka.

Bukan kehendaknya tapi ada tanggungjawab besar memanggilnya.

"Saya Minta maaf. Saya kena pergi. Jumpa sebulan lagi." pinta Fiona lalu mencium wajah Marc. Berharap dapat redhakan kemarahan Marc.

Fiona terus pergi setelah menyalami keluarga.

"maafkan adik aku Marc. Itulah tanggungjawab dia sebagai askar.."ujar Dausi kesian melihat adik iparnya yang ditinggal mentah oleh Fiona.

Nak dimarah perbuatan Fiona, sememangnya itu tugasannya.
Mereka sekadar melihat pemergiaan Fiona dengan wajah tidak puas hati termasuk Marc yang terkilan masih.

Fiona memandang Marc dan keluarganya.

Rasa bersalah semestinya.

Nafas dihela kasar.
Fiona terus keluar dari rumah dengan tergesa.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now