EPILOGE (2)

6.1K 188 28
                                    

°°°


Jawapannya ialah SULTAN MAHMUD SHAH🎉




°°°


2 tahun berlalu...


Mata Marc tajam melihat dua orang anak kecil yang sedang bermain sesama mereka tidak jauh dari tempatnya duduk. Suasana yang hiruk-pikuk langsung tidak menganggu dua orang anak kecil itu yang sedang bermain. Mereka berdua seolah tidak terkesan dengan keadaan sekeliling.

Boys. Come here!” panggil Marc dengan suara yang sedikit nyaring untuk melawan suara yang bising di sekeliling mereka.

Dua orang anak kecil itu memandang Marc dengan pandangan mendatar.

No. We want to pelay (play). Sat with you, syo syo boring...” rungut salah seorang anak kecil itu dengan wajah mendatarnya.

Meletus tawa dua orang individu setelah  mendengar bicara anak itu.

“Anak kau pun bosan dengan kau Marc. HAHAHA” gelak Lutfie dan Shahrizan yang berada di kerusi belakang Marc. Bukan main hebat mulut anak buah mereka. Sangat jujur orangnya.

Marc menggelengkan kepala. Anak-anaknya dipandang dengan penuh keredhaan.

Haiyyan Handley.

Haiyyun Handley.

Dua permata miliknya dan isteri yang sudah berusia dua tahun. Mereka berdua kembar seiras dan wajah mereka berdua kebanyakkannya mengambil iras wajah Marc manakala sikapnya kebanyakkannya mengambil sikap isterinya. Sebagai contoh, anak-anaknya walaupun baru berusia dua tahun tapi otak laju sahaja proses ayat yang berseni untuk memberi tamparan hebat kepada orang lain.

“Yan, Yun. Jangan jauh sangat. Nanti kena langgar dengan kereta kebal kat depan tu. Penyek karang.” Ujar Engku Zaidah yang dari tadi melihat cucu kembarnya leka bermain di depan khemah tempat mereka berteduh. Sudahlah orang ramai, nanti kena culik pula.

Mereka kini sedang menghadiri Sambutan Hari Angkatan Tentera ke-89 di Padang Merdeka yang dihadiri oleh ramai rakyat Malaysia untuk menyaksikan sambutan tersebut. Bukan itu sahaja, Fiona malahan turut terlibat dalam sambutan tersebut iaitu dalam acara kawad kaki dan juga acara penganugerahan pangkat kepada para kadet yang berkelayakan.

Seluruh keluarga Fiona menghadiri sambutan itu kecuali Zul yang sibuk di hospital kerana tuntutan kerja. Mereka semua duduk di bawah khemah yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Mujur sahaja ada tempat berteduh, jika tidak mereka perlu berpanas di bawah cahaya matahari yang terik. Sudahlah Haiyyan dan Haiyyun spesies hyperactive.

Nanny. Please. Do not ask us to stop pelay (play)” jawab Haiyyun yang berambut keperangan bersama mata hazelnya. Serupa dengan kembarnya Haiyyan. Fizikal mereka sangat serupa sehingga susah untuk membezakan mana satu Haiyyan dan Hayyun. Hanya tahi lalat di tepi mata yang dapat dijadikan tanda untuk membezakan dua kembar itu.

Haiyyan tidak mempunyai tahi lalat diwajahnya manakala Haiyyun mempunyai tahi lalat kecil di tepi mata kirinya. Hanya itu sahaja cara untuk membezakan mereka berdua. Selebihnya, semua mengenai mereka berdua adalah serupa.

“Geram aku nak picit dua ekor tu.” Ujar Shahrizan memandang anak buahnya yang sangat comel itu. Bukan dia sahaja geram bahkan orang sekeliling pun turut memandang dua orang anak kecil itu dan tersenyum memandang mereka.  Siapa sahaja tidak suka dengan anak kecil yang montel itu. Lebih-lebih lagi mereka kembar seiras yang pasti menarik perhatian ramai orang.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Where stories live. Discover now