BAB 49-WAR: PART 1

5.2K 180 26
                                    

Mejar Amsyar, Mejar Syafiq, Kapten Sahrul, Leftenan Fiona dan Leftenan Zana berkumpul di markas utama kerana ada tugasan yang perlu dilaksanakan. Mereka selaku ketua setiap kumpulan hadir untuk mendengar arahan dari ketua pasukan mereka iaitu Kapten Sahrul.

Suasana tegang apabila mereka sedang berbincang mengenai rancangan untuk menangkis serangan daripada tentera zionis yang dikatakan akan menyerang kawasan mereka lusa. Mereka mendapat berita serangan ini daripada anggota yang diarah untuk menyamar memasuki kawasan musuh. Tindakan mereka menghantar penyamar ke sana sememangnya berisiko namun berkat doa dan ilmu yang diaplikasikan, mereka teruskan strategi penyamaran tersebut.

Lagi pula, mereka enggan penduduk Islam di sini diapa-apakan oleh tentera zionis yang tidak berperikemanusiaan itu. Selagi mereka mampu, mereka akan membantu sehingga semuanya kembali aman sedikit.

"Macam mana dengan pertahanan kita Mejar Amsyar? Kau dah uruskan?"Soal Kapten Sahrul tegas. Dalam suasana yang sedikit huru-hara sekarang, dia tidak mahu ada kesilapan langsung dari anggota bawahannya. Silap sedikit, pasti ramai nyawa yang akan terkorban.

"Sudah Tuan. Saya telah arahkan pasukan saya menggali parit mengelilingi kawasan ini dan ditutup dengan kayu lalu ditimbus dengan tanah supaya musuh tidak menyedari." Jawab Mejar Amsyar dengan wajah serius. Dia memandang ketuanya tanpa perasaan.

Kapten Sahrul mengangguk.

Kaedah menggali parit merupakan kaedah pertahanan yang pernah digunakan dalam peperangan ketika zaman Nabi Muhammad SAW. Kaedah ini mula dipraktikkan berikutan cadangan seorang sahabat iaitu Salman al-Farisi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan musuh Islam. Kejanggalan pihak musuh terhadap benteng pertahanan sedemikian rupa menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut taufan yang di turunkan Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.

"Selain daripada itu?"soal Kapten Amsyar lagi. Masih mengharapkan lebih banyak pertahanan dan persediaan yang diuruskan oleh anak buahnya. Dia tidak mahu satu pertahanan lalu cukup. Tidak. Dia ingin lebih banyak pertahanan untuk melindungi kawasan mereka kerana kita tidak tahu kebolehan dan kemampuan musuh.

" Saya sudah menempatkan pasukan pemanah dan penembak tepat di atas bukit Tuan. Saya arahkan mereka melepaskan anak panah dan peluru selepas diberi arahan dan melarang meninggalkan posisi masing-masing." Jawab Mejar Amsyar lagi.

Startegi ini pernah digunakan dalam Perang Uhud. Nabi Muhammad SAW telah merangka strategi perang. Tentera berjalan kaki (infantri) akan disokong oleh pemanah-pemanah yang berada di tanah tinggi, iaitu di atas Bukit Uhud. Ternyata kaedah ini telah berjaya mengalahkan musuh. Namun, disebabkan oleh kecuaian para pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah. Kekalahan ini berlaku kerana tentera Islam telah dikaburi harta musuh yang bertaburan hingga menyebabkan mereka meninggalkan posisi masing-masing.

Oleh itu, Mejar Amsyar memesan awal-awal kepada pasukan pemanah agar tidak meninggalkan posisi mereka berikutan daripada kejadian Perang Uhud dahulu. Kejadian itu hendaklah dijadikan pengajaran dan dipratik sebaik mungkin.

"Bagus. Leftenan Zana. Kau dah dapat detect kawasan punca air mereka?" soal Kapten Sahrul mengubah arah kepada Leftenan Zana pula. Dia perlu pastikan keadaan mereka berada dalam situasi yang bersedia.

"Sudah Tuan. Saya sudah hantar anggota menyeludup masuk kawasan mereka melalui jalan tikus untuk putuskan bekalan air sebaik sahaja serangan dilakukan."

"Aku nak mereka putus bekalan air. Terpulang lepas itu mahu mati atau apa," ujar Kapten Sahrul bengis. Ia memang kedengaran kejam namun hakikatnya mereka lagi kejam. Kita sedia maklum perbuatan mereka yang sentiasa melancar serangan kepada penduduk Syria. Bukan sahaja di Syria, malahan Palestin turut menjadi mangsa kekejaman mereka. Di Palestin, mereka juga telah menghantar anggota di sana untuk menguruskan keadaan di sana. Demi saudara Islam, mereka berkorban demi agama dan negara.

TAKKAN BERAKHIR (DEGIL )✔️Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon